Bab 87 mature content 18 (sx)

16.3K 98 4
                                    

    "Kringg!!!"
    Bunyi alarm yang bertalu-talu mengejut, kan terus Dee daripada lenanya. Dalam keadaan mamainya dia terus bangkit daripada sofa lalu, entah dimana silapnya tiba-tiba saja tubuhnya jatuh terjelompok ke atas lantai, bilik.
   "Bukk!!"
    Dah macam nangka busuk pun, ada. Mana tidaknya, selimut yang dipakai semalam sudah terlilit kemas di pergelangan kakinya. Sebab itu, lah masa dia nak bangun tadi tiba-tiba saja dia terbaring di atas lantai. Sempat lagi, dia mengerling sekilas, ke arah Darius yang masih lagi tertidur dengan nyenyaknya di atas katil. Isskk! Tido mati agaknya dia, ni! Tak, kanlah bunyi alarm yang kuat macam tu tak bolah nak dengar? Tengok aku yang baring dekat sofa, ni boleh dengar! Bebel Dee sendiri sambil bangkit, perlahan-lahan daripada jatuhnya sebentar, tadi lalu bergegas meluru ke arah jam lonceng yang masih lagi berbunyi semenjak, daripada tadi.
     Sejurus, menghampiri meja yang menempatkan, jam lonceng itu dengan pantasnya juga Dee mematikan segera, bunyi alarm, tersebut. Huh! Senyap, pun! Bisik hati kecil Dee sendiri sambil menghelakan nafasnya dengan perlahan-lahan. Dia kemudian, menghalakan tatapan matanya ke arah Darius yang langsung tidak berkutik daripada posisi tidurnya sebentar, tadi. Emm...agaknya terlalu penat kot! Yalah, semalam dekat jam 2.00 pagi jugak mereka berdua sampai dekat rumah. Agaknya, sebab itulah lelaki itu mengantuk sangat sekarang, ni. Bukan dia je, yang mengantuk aku pun samalah! Desis hati kecil Dee sendiri sambil mendekatkan jarak wajahnya ke arah wajah Darius yang masih lagi terlelap dengan lenanya itu.
     Kesempatan itu, terus di ambil oleh Dee untuk melihat secara dekat, wajah kacak suaminya di saat, ini. Dengan rambut hitam keperang-perangannya, berkulit putih, bermata biru serta, boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan begitu fasih sekali merupakan kelebihan lelaki berketurunan mat salleh, itu. Emm....beruntung betul, kau Dee! Dapat khawin dengan Darius lelaki kacak yang serba-serbinya lengkap. Tak ada langsung cacat -celanya! Getus hatinya sendiri sambil tersengih-sengih seperti, kerang busuk. Kini, Kedua-dua tangan Dee terus menompa ke arah dagunya sambil menatap terus ke arah wajah kacak lelaki itu di waktu, ini. Tak berkelip langsung biji matanya apabila menatap ke arah makhluk, ciptaan Allah yang paling macho dan hot di abad, ini. Ya Allah! Hensomnya, dia! Rasa macam nak kiss pula pipi mamat psyco, ni! Desis hati Dee sendiri sambil membelai dengan lembutnya kulit wajah suaminya itu.


                                                 *****


     Isskk! Siapa pula yang ganggu tidur aku, ni? Fikir Darius  sambil membuka kelopak matanya itu perlahan-lahan. Pada mulanya, dia tidak dapat melihat dengan jelas tangan empunya wajah yang di saat ini begitu asyik, menyentuh ke seluruh wajahnya itu. Sampai jadi tidak selesa pula dia, dibuatnya. Bahagian matanya itu segera ditenyeh-tenyeh dengan jarinya ingin menghilangkan kekotoran yang sedang melekat di kedua-dua area biji matanya, itu.
    Selang beberapa saat kemudian, pandangan mata  Darius yang tadinya kurang jelas kini, semakin terang. Perlahan-lahan muncul raut, wajah isterinya yang di kala ini sedang menatap dengan penuh minatnya ke arah diri dan wajahnya itu. Ai! Minah ni, apasal tersengih-sengih sendiri je, daripada tadi? Tanya hati kecil Darius ssndiri sambil menyentuh sebelah tangannya tepat ke arah wajah comel isterinya yang di waktu ini begitu leka, melayan dan merenung ke arah wajah tampannya itu. Bukan setakat, renung je tau, siap sentuh lagi pipi Darius.
     "Oi! Sampai bila kau nak tengok muka aku, ni?!"
    Kaget seketika, Dee apabila dikejutkan secara tiba-tiba oleh sapaan daripada Darius seketika, tadi. Semua lamunan dan angan indahnya terus berterbangan pergi. Kini, perhatiaanya lebih focus ke arah suaminya, itu semula.
     "Eerr....tuan Darius tak nak bangun lagi, kah? bangun, lah cepat! Tengok jam tu dah dekat, jam 8. 30 pagi! Bangun, lah cepat tuan Darius! Desak Dee kepada lelaki itu dengan nada suara serak-serak basahnya.
     Desakkan bertubi-tubi yang datang daripada Dee itu membuatkan Darius menjadi tidak tentu arah, dibuatnya. Dengan pantasnya, jugak dia menghalakan terus tatapan matanya ke arah jam. Alamak! Aku dah lambat, ni! Desis hati kecil Darius sendiri sambil bergegas bangkit, daripada perbaringannya seketika, tadi.
     "Yang awak kejut, kan saya lewat sangat, ni dah kenapa? Awak tau, tak pagi ni saya ada meeting penting dekat ofis, tu!" Ujar Darius sambil mencapai tuala mandinya dan berlari tergesa-gesa menuju masuk ke dalam bilik, air tersebut.
     "Awak! sorilah!!" Laung Dee dengan wajah serba-salahnya daripada luar bilik air yang sedang digunakan oleh suaminya, itu. Alah! Lek, lah Dee! Tak usah nak gelabah, sangat! Ingat Dee kepada dirinya sendiri yang diketika, ini sedang dilanda kerisauan.
     "Oi! Dahlah tu, aku nak mandi ni!" Laung Darius daripada dalam bilik air sambil membuka dengan kuatnya paip pili singki, tersebut. Sengaja berbuat demikian, kerana tidak ingin diganggu oleh isterinya, itu.
     Huh! Lenguhnya tangan aku, ni! Bukannya nak buka sikit pintu, tu! Tak menghargai orang langsung! Sombong! Berlagak! Bebel Dee di dalam hatinya sendiri sambil mengatur semula langkah kakinya ke arah sofa lantas, melabuhkan punggungnya. Sekilas, tatapan matanya di halakan ke arah pintu bilik air yang masih lagi tertutup dengan rapatnya, itu. Kedengaran bunyi air paip mencurah-curah keluar.
    Terlintas terus fikiran nakal di dalam kepala Dee apabila membayangkan keadaan fizikal hot suaminya diketika, ini. Pasti mengiurkan dan seksi! Ooppss!....Kau fikir apa pula, ni Dee? Isskk! Dahlah tak payah nak mengarut! Takkan kau dah lupa pasal perbuatan jijik lelaki, tu? Boleh, kah senang-senang macam tu je, kau nak maafkan dia? Come on, Dee! Kau tak payahlah nak berlembut sangat dengan Darius, tu! Ingat Dee kepada hatinya sendiri sambil mengetap bibirnya.


Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now