Bab 65

9.6K 127 4
                                    

    Sepanjang perjalanan menuju Ke KLIA mulut Dee tidak berhenti berceloteh itu dan ini bersama Thiago sehinggakan Darius yang berada disebelahnya berasa begitu terpinggir, dibuatnya. Semenjak, keluar daripada rumah sampailah sekarang isterinya itu tidak menyapa dirinya langsung. Pelik! Dia marah dekat, aku kah? Tanya hati kecil Darius sambil mengerling sekilas, ke arah isterinya yang masih lagi asyik bersembang dengan Thiago, pembantu peribadinya itu. Pada mulanya, dia cuba buat tak endah dengan sikap Dee itu tetapi apabila melihat Thiago menyentuh pergelangan tangannya tiba-tiba sahaja timbul terus perasaan cemburu di dalam hatinya.
    "Ehemm!..."
    Deheman kuat Darius itu menghentikan terus perbualan di antara Dee dan Thiago. Mata keduanya terus terhala kearahnya. Dee yang perasan dengan riak, wajah kurang senang suaminya itu segera mendiamkan dirinya. Wajahnya yang ceria sebentar, tadi terus bertukar menjadi suram. Yalah! Baru ingat nak senyum dekat suaminya itu tetapi apabila melihat tatapan tajamnya Dee mematikan sahaja niatnya. Lantas, wajahnya di halakan terus ke arah luar tingkap. Hilang terus mood cerianya sebentar, tadi. Darius yang perasan dengan wajah monyok isterinya itu terus tergelak sendiri di dalam hatinya. Alah! Dia ni, baru aku pandang tajam macam tu dah cuak! Ingat aku ni jahat sangat, kah? Aku pun boleh juga buat lawak, bukan Thiago je yang boleh buat kau senyum! Apasal, kau tak nak sembang dengan aku, hah? Bertubi-tubi persoalan mulai, menyesak masuk ke dalam kotak fikiran Darius di saat, ini.
     "Tuan Darius! Kita dah, sampai! Tuan Darius nak check-in sekarang, kah?!"
    Sapaan tiba-tiba Thiago itu membantutkan terus semua lamunan Darius sebentar, tadi. Wajahnya segera, di halakan ke arah Dee. Namun, dia agak terperanjat apabila melihat isterinya tidak ada disebelahnya. Kelam-kabut, dia meluru keluar daripada kereta sambil memanggil nama wanita itu dengan wajah paniknya. Thiago yang berdiri di hadapannya tidak dipedulikan langsung. Hampir terjatuh dia dibuatnya akibat ditolak ketepi oleh bossnya seketika, tadi. Kelakuan pelik Darius itu amat membingungkan Thiago. Tidak pernah dia melihat lelaki itu bersikap seperti, ini. Baru sahaja, dia ingin mengejar majikannya itu Dee muncul lalu menyapa dirinya.
    "Thiago! kau nak pergi mana pula, ni?!" Tanya Dee dengan wajah penuh kehairanannya.
    "Aku nak pergi cari tuan Darius, lah!" Jawab Thiago dengan nada risaunya.
   "Eh! Bukan tadi masa aku pergi toilet tuan Darius masih dekat dalam kereta, ni! Dia pergi mana, pula?!" Tanya Dee sekali lagi sambil menghalakan wajahnya ke arah Thiago.
    "Tak taulah, Dee! Aku pun tengah bingung sekarang, ni!"
    "Bingung! Isskk! Kau cakap apa, ni Thiago? Aku tak fahamlah!" Bentak Dee nada kuatnya. Geram pula dia melihat sikap lelaki itu yang kelihatan agak blur. Isskk! Mana pula tuan Darius, ni? Takkan dia nak cancel pula plan nak pergi pulau Redang, ni! Alah, melepaslah aku kalau macam tu! Kempunanlah aku nak bersantai dekat, pantainya yang cantik tu! Keluh Dee dengan riak wajah hampanya.
    "Oi! Kau pergi mana, huh? Puas aku tawaf satu kawasan KLIA tak nampak langsung batang hidung kau!" Sergah Darius dengan wajah berangnya sambil mencengkam dengan kasarnya pergelangan tangan Dee.
    "Sakitlah tangan saya, tuan Darius!" Rintih Dee dengan riak wajah terkejutnya.
    "Tau pula kau rasa sakit! Hati aku ni lagi, sakit!" Bentak Darius dengan nada tingginya.
    Terhinjut terus kedua-dua bahu Dee apabila dibentak secara kasar oleh suaminya, itu. Tidak berani sedikit pun dia hendak menatap ke arah wajah Darius di saat, ini.
    "Apasal, kau diam? Mulut kau ni ada batu, kah? Sampai dah tak boleh nak jawab soalan simple mecam, tu!" Marah Darius sambil melepaskan dengan kasarnya pergelangan tangan isterinya, itu.
    Dee yang mulai, geram dengan perangai suaminya itu terus naik angin. Dengan sekuat tenaganya, dia meluru ke arah lelaki itu dan terus mencengkam dengan kuat kolar bajunya. Sebelah tangannya pula sudah diangkat ke atas. Niatnya, hanya satu lelaki ini perlu diberi pengajaran sedikit.
     "Bukk!"
     Laju sahaja, dia melayangkan penumbuk sulongnya ke arah lelaki, itu. Terdorong terus tubuh Darius ke arah lantai. Thiago yang berada tidak berapa jauh daripada tempat Dee dan Darius bertekak tadi, turut tergamam. Para penumpang yang tadinya sibuk lalu-lalang berhenti seketika, dan terus memandang ke arah dirinya dan Darius.
     Sial! Berani betul dia tumbuk muka aku yang hensom, ni! Desis hati kecil Darius sambil menatap ke arah wajah pucat lesi isterinya di saat, ini. Bibir wanita itu kelihatan, bergetar. Ada riak, ketakutan yang muncul pada wajah Dee di saat, ini. Thiago yang takut keadaan menjadi semakin tegang terus meluru ke arah Darius dan terus membantu bossnya itu bangkit, daripada lantai.
     "Are you okey, boss?!" Soal Thiago dengan wajah gelabahnya.
     "Do i look okey, Thiago? Did you see my nose is bleeding right, now!" Jawab Darius dengan wajah berangnya.
    Sekilas, Thiago menghalakan tatapan matanya ke arah hidung majikannya yang kelihatan, agak bengkak dan lebam itu.
    "I am sorry, boss!" Ucap Thiago dengan wajah serba-salahnya sambil mengisyartkan matanya ke arah Dee yang masih lagi tercegat menatap ke arah dirinya dan Darius.
    "Kalau aku ikutkan marah aku ni memang nahas juga perempuan ni aku kerja, kan nanti!" Bebel Darius sambil meletakkan saputangannya ke arah hidungnya yang masih berdarah itu. Sekilas, dia merenung dengan tajamnya wajah wanita yang sedang berdiri tidak berapa jauh daripada dirinya, itu. Entah apa malang betul nasib dirinya hari ini dahlah penat tak hilang lagi sekarang hidungnya pula buat hal.
    Terbeliak terus biji mata Dee apabila melihat lelaki itu mengalami kecederaan akibat, daripada tumbukkan kuatnya sebentar, tadi. Perasaan bersalah terus menyelubungi, dirinya. Ya Allah! Apa yang aku dah buat, ni! Ampunkan aku ya Allah! Rintih Dee dengan rasa penuh penyesalannya. Dia yang baru menyedari, kesilapannya segera meluru ke arah suaminya, itu.
   "M....maafkan sa...sa...ya, tu...tu..an Da...rius!" Ucap Dee dengan nada gugupnya. Dia memberanikan dirinya menatap ke arah wajah suaminya, itu. Kelihatan, Darius masih lagi merenung kearah dirinya seperti, tadi. Tidak ada kelembutan dan senyuman langsung yang terpamer pada wajah lelaki itu di saat, ini.
    "You bettar watch you atitude, my sweet wife!" Bisik Darius dengan lembutnya sambil mengarahkan Thiago mengangkat beg pakaian mereka berdua ke dalam troli.
    "I said i am sorry, tuan Darius!" Tutur Dee dengan suara perlahan sambil menatap kepergian lelaki itu dengan wajah sedihnya.
   Thiago yang bersimpati dengan keadaan Dee itu, cuba membantunya. Perlahan-lahan dia menghampiri wanita yang sudah pun dianggap seperti, adik kandungnya itu.
    "Dont be sad, Dee! Tuan Darius tengah marah sekarang, ni! Tapi saya yakin kemarahan dia sekejap, je! Nanti okey, lah!"
    "Tapi, Thiago..."
    "Cepatlah sikit, Dee!!" Teriak Darius dengan nada kuatnya.
    "Dahlah, Dee! Baik kau gerak sekarang! Sebelum boss aku yang garang tu meroyan!" Arah Thiago sambil menghulurkan troli yang berada di tangannya ke arah Dee.
    "Eerr....Thiago! Kau tolong tengok-tengok, kan papa aku, ya!"
    "Okey, Dee! Take care, yourself" Ucap Thiago sambil memeluk tubuh Dee dengan eratnya.
    Tergamam seketika, Dee apabila melihat pelakuan Thiago itu. Bukan setakat Dee saja yang tergamam Darius juga turut terkejut dengan tindakan bodyguardnya itu. Mendidih terus lubuk hatinya bila melihat isterinya berada di dalam pelukkan lelaki lain. Baru sahaja, dia ingin mengatur langkah kakinya menuju ke arah Dee dan Thiago suara kecilnya menghalang calm down, Darius! Takkan kau nak belasah Thiago, pula? Bukan, kah Thiago anggap Dee seperti, adiknya! Bila mengingatkan hal itu dia mematikan terus niat gilanya sebentar, tadi. Huh! Keluhan berat dilepaskan, olehnya.
    "Hurry up, Dee!!" Laung Darius dengan nada lantangnya. Pandangan pelik para penumpang lain yang lalu-lalang tidak dipedulikan langsung olehnya.
    "Okey! I got to go now, Thiago!" Ujar Dee sambil menolak troli yang berada di hadapannya itu dengan keadaan tergesa-gesanya.
   Thiago yang melihat keadaan kelam-kabut Dee itu, terus tersenyum sendiri sambil menggelengkan kepalanya.




Dia pencuri hatiku.Where stories live. Discover now