Bab 1 : Si Mamat Pink RM15

380 11 4
                                    

Hujan. Hujan membasahi seluruh daerah Kota Kinabalu sekaligus membasahi bangunan konkrit sebesar alam ini. Sudah berjam-jam Fazura Izwani duduk termangu menunggu keputusan yang jelas di kerusi besi dalam ruangan menunggu ini. Kebas sungguh kakinya kerana duduk sahaja. Sesekali ada juga dia mengerling jam di tangannya.

Lainlah seperti mereka yang acap kali lalu lalang di hadapan mata Fazura Izwani, sudah terang lagi bersuluh keputusannya. Ada yang menangis kegembiraan, ada yang menangis kesedihan dan ada yang melambaikan tangan diiringi dengan senyuman yang tawar tanda perpisahan, juga, ada yang berpelukkan keriangan sesama sahabat, kaum kerabat tanda pertemuan dan melepaskan kerinduan.

Fazura Izwani melihat di papan pemberitahuan elektronik tersebut. Masih tertera perkataaan "DELAY". "Aduh, nampaknya lamalah aku kena duduk dan tunggu lagi kalau macam ni!" rungut Fazura Izwani perlahan. TING TONG! Kedengaran satu bunyi loceng yang bergema di seluruh ruangan bangunan itu memecahkan suasana.

Loceng itu kedengaran seperti loceng yang ingin membuat pengumuman. Setiap individu yang berada di ruangan menunggu itu memberikan perhatian termasuk Izwani. Fazura Izwani memasang telinganya mengambil perhatian akan pengumuman yang bakal diumumkan sebentar lagi. Selang beberapa saat setelah itu, kedengaran suara pegawai bertugas menggeletek kesunyian.

"Minta perhatian kepada para penumpang pesawat MH871, penerbangan ke Johor Baru telah ditangguhkan sehingga esok tepat pukul 5:30 pagi atas sebab yang tertentu. Pihak Malaysia Airlines memohon maaf atas kesulitan ini. Terima kasih."

Ujar pengumuman itu lalu diulang sekali lagi dalam Bahasa Inggeris. Usai sahaja terdengar pengumuman itu, lantas Fazura Izwani meninggalkan ruangan menunggu terus menuju ke pintu utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah. Misinya, untuk keluar dari bangunan konkrit tersebut.

Dengan senyuman tertera di bibir dan langkah yang lemah longlai, Fazura Izwani menarik bagasinya dengan penuh kecewa. "Hmm , nampaknya aku kenalah balik ke rumah!" Fikirnya sejenak. "Alamak! aku tak bawak kereta pula! Tadi Pak Hamid yang hantar aku." Sedar Fazura Izwani sebaik sahaja dia menerobos keluar perut Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Dia bermonolog "Apa harus aku buat? Takkan nak call Pak Hamid pula? Menyusahkan dia nanti." Izwani melihat ke kiri dan kanan, sesekali terpandang deretan bas ekspres. "Kalau aku naik bas, kena tunggu bas penuh dengan penumpang pulak. Lambatlah sampai rumah nanti. Hmm , hah ! Baik aku cari teksi! Ya , aku mesti cari teksi !" monolog Fazura Izwani sendiri berikhtiar ataupun lebih selesa digelar sebagai Wani .

Lantas Wani memperbesar langkahnya menuju ke ruangan parkir teksi yang terletak betul-betul di hadapan pintu utama lapangan terbang tersebut. Dia mengerling ke kiri dan ke kanan mencari perut teksi yang belum berisi. "Itu dia !" Fazura Izwani menjadikan teksi yang berwarna merah putih berjenama Alza itu sebagai sasarannya.

Dia membuka langkahnya dengan besar lalu mengerling ke kiri dan ke kanan sekali lagi memerhatikan bahawa tiada siapa yang ingin menyasarkan teksi tersebut. Kelihatan seorang lelaki juga berlari keanak-anakkan ke arah teksi yang sama disasarkan Izwani. Lelaki itu seperti perasan akan tingkah laku Izwani yang menyasarkan teksi yang sama sepertinya.

Fazura Izwani berlari dengan sepenuh hati sambil mengheret bagasinya bagi memintas lelaki tersebut masuk ke dalam teksi yang telah disasarkannya. Lelaki itu juga melakukan perkara yang sama. "Aku sampai dulu!" ujar Fazura Izwani dan lelaki itu serentak separuh menjerit. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain dalam keadaan yang tercungap-cungap mencari oksigen. Pemandu teksi itu terkejut dan kepalanya terhantuk di bumbung teksi. Surat khabar yang dipegangnya kemas tadi, berselerak habis di dalam teksi .

"Uncle, saya sampai dulu!" ujar lelaki itu. "Saya dulu sampai lah! Uncle saya dulu kan?" bidas Fazura Izwani mempertahankan haknya untuk menaiki teksi itu. Pemandu Teksi yang sudah berusia separuh abad itu menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal melihat perilaku Izwani dan lelaki itu yang sedikit kebudak-budakkan. "Cik pendek, saya yang sampai dululah!" ujar lelaki itu tidak mahu mengalah .

Suamiku CEO Pink RM15Where stories live. Discover now