Bab 5 - Ini Tidak Adil

160 8 9
                                    

Setelah hampir 40 minit perjalanan , akhirnya kereta yang dipandu oleh Pak Hamid merangkap pemandu Dato Sufian telah pun berhenti . Berhenti di hadapan sebuah hamparan lautan yang membiru . Tidak puas rasanya memandang hamparan itu seumur hidup . "buat apa berhenti kat sini ?" monolog Tengku Mikhail sendirian .

"Dah sampai . Jom keluar ." arah Fazura Izwani sebaik sahaja kereta diberhentikan . Tengku Mikhail menjeling tajam ke arah Fazura Izwani tanda protes . "Kau tak nak keluar sudah . Pak Hamid jom makan " kata Izwani sedikit kasar lalu keluar daripada kereta itu . BAMMMMMM ! Hentakan pintu yang kuat dilakukan oleh Izwani melepaskan amarahnya .

ZINGGGGGGGG ! Telinga Tengku Mikhail berdesing . Kepalanya terasa sedikit pening . "Nampaknya marah betul si Ketot ni . Kalau tak mana mungkin dia hempas pintu kereta sekuat tu . Ke dia datang bulan ?" monolog Tengku Mikhail sendiri sambil tergelak kecil . Akhirnya akur dengan rasa bersalah , klik ! Kedengaran pintu kereta dibuka menandakan Tengku Mikhail menuruti jejak Izwani dan Pak Hamid menuju ke arah pantai dengan rela hatinya .

Angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh sebaik sahaja mereka keluar dari kereta . Satu demi satu langkah diorak . Mata menangkap pemandangan pantai yang indah dan dihiasi dengan barisan warung-warung kecil sepanjang pantai dengan hiasannya yang tersendiri menjadi tarikan pengunjung . Ada yg bermeja bulat dan kerusi panjang , malahan ada gerai yang bertemakan pangkin turut didirikan . Cuaca yang redup menambahkan lagi mood para pengunjung untuk bersantai .

Langit dan lautan yang membiru , membuatkan hati meronta-ronta untuk terus tinggal di sana . Pin Pin !! Bunyi hon mengejutkan Tengku Mikhail lantas dia berundur . Manakan tidak , dua ekor kuda putih yg membawa kereta dan empat orang penumpang serta jurupandu lalu di dihadapannya . Tengku Mikhail menggelengkan kepalanya sambil berkata " Dari mana datangnya kuda ni? " lalu meneruskan perjalanannya .

Kelihatan Pak Hamid dan Fazura Izwani telah memilih gerai makanan yang bertemakan pangkin itu . Tengku Mikhail menuju ke sana lalu melabuhkan punggungnya di pangkin tersebut yg turut merupakan 'meja makan' mereka . "Weh , kita buat apa kat sini ?" tanya Tengku Mikhail . Izwani mengendahkannya sambil memerhatikan para pengunjung khususnya kanak-kanak yang bergelak ketawa bermain di pantai dengan layang-layangnya dan istana pasir .

"Cantik kan tempat ni ? Tenang ja rasa. " kata Izwani ringkas . "Apa yang cantik?" balas Mikhail . Izwani merenung tajam tanpa sebarang kata . "Tengku ni memanglah , tak pandai menghargai ciptaan Tuhan langsung" . ZAPPPP !! Kata-kata Pak Hamid pedas menusuk ke jantung Tengku Mikhail . Izwani tergelak besar lalu berkata dengan serayanya " Tulah kan Pak Hamid . Orang kaya macam dia ni , yang poyo macam dia ni , mana nak lepak kat sini . Tempat lepak dia tu haaa kat Sutera Harbour , North Five , aircond gitu . Mana lah nak lepak port panas macam ni" sindir sinis Izwani . Tengku Mikhail hanya diam membisu

"Kau perhati gelagat sekeliling , kau tutup mata kau , hirup udara pantai dan dengar deruan ombak. Kau luahkan isi hati kau yang terpendam melalui suara hati . Pandang ciptaan Tuhan bukan dengan mata , tapi dengan hati , kerana hati seharusnya tunduk kepada kebesaran Tuhan , bukannya riak dengan pembangunan yang terbina" jawab Izwani lebar tapi menusuk ke jiwa raga .

Tengku Mikhail cuba melakukan seperti yang diarahkan Izwani . Dia turun dari pangkin itu . Melangkah satu demi satu ke hadapan tidak berhenti , sambil menutup matanya . BUK ! "Aduhhhhh !" jerit si Tengku Mikhail yg sudah duduk terjelupuk di atas pasir . Fazura Izwani berlari turun dari pangkin mendapatkan Tengku Mikhail . " Wehhh , kau okay tak ?" tanya Izwani gelabah .

" Ahhhhhhhh ! Aduhhhhhh ! " jeritan si Tengku Mikhail semakin kuat . Kali ini , Tengku Mikhail menjerit sambil melompat kesakitan . "Weh kau kenapa weh?! " tanya Izwani gelabah . " Tolong aku , sakit weh sakit! " jerit Mikhail dengan lebih kuat .

"Apa yg sakit? Takkan baru terhantuk pokok kau dah rasa sakit macam tu ? Mengada " bebel Izwani sambil merenung ke arah Tengku Mikhail . "Bukan macam tu lah , kau tengok ni! " Tengku Mikhail berpusing menunjukkan bahagian belakangnya . "HAHAHAHAHAHA" Fazura Izwani Ketawa terbahak-bahak sehinggakan terduduk di atas pasir pantai. Manakan tidak , seekor ketam melekat di punggung Mikhail dengan penyepitnya yang menyepit punggung Mikhail . Muka Mikhail yang merah padam menahan kesakitan dan malu menyedarkan Izwani dari ketawanya .

Izwani lantas bangun dari duduknya dan membuka kasutnya . DUSH ! kasut yang dipakainya itu dibaling tepat ke punggung Tengku Mikhail lalu menyebabkan ketam tersebut melepaskan sepitannya .

"Weh sakitlah ketot !" teriak Tengku Mikhail . "Habis tu , kau nak biarkan punggung kau lebam kena sepit ketam ?" gelak Izwani . Habis merah padam muka Mikhail dibuatnya . Mikhail lantas bergegas semula ke pangkin . Pak Hamid hanya tergelak sahaja melihat gelagat Tengku Mikhail dan Fazura Izwani

"Dah la , jom makan " ajak Mikhail sambil bibirnya dimuncungkan . Izwani tersenyum sambil memanggil pelayan untuk mengambil pesanan . Setelah hampir beberapa minit mereka memesan , akhirnya makanan mereka tiba dengan gaya yang cukup tradisional sekali . Makan dengan menggunakan tangan . Entah biasa atau tidak mamat ni? Monolog Izwani .

Sebaik sahaja makanan tiba Tengku Mikhail menadah tangannya membaca doa makan, diikuti oleh Izwani . Manakan tidak , habis hilang semua tenaga Tengku Mikhail bergelut dengan ketam tadi . "Pak Hamid , jemputlah makan" kata Izwani . Belum sempat Pak Hamid mengambil makanan , Tengku Mikhail telah mencantas laluannya dahulu .

"Hoi , kau ni takda adab ka ? Dahulukan orang yang lebih tua , bukan pentingkan diri sendiri ." tegur Izwani kepada Mikhail . Mikhail mendiamkan dirinya lalu membiarkan Pak Hamid mengaut makanan .

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Dec 06, 2018 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

Suamiku CEO Pink RM15Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt