Minggu ini merupakan minggu terakhir Izwani bekerja dengan Farhan Holdings . Kontraknya bakal tamat hujung minggu ini . Sudah cukup penat Izwani ‘didera’ oleh majikannya , Tengku Mikhail . Disuruh buat air , manis lah , pahit lah , komen Tengku Mikhail pada Izwani .
“Fazura Izwani , masuk bilik saya sekarang .” ujar Tengku Mikhail melalui intercom . Izwani mempersiapkan dirinya lalu membawa buku catatan sambil berjalan menuju masuk ke dalam bilik Tengku Mikhail . “Yes , sir ?” tanya Izwani sebaik sahaja berada di muka pintu .
Tengku Mikhail membuat isyarat tangan yang menunjukkan bahawa menyuruh Izwani duduk di kerusi berhadapan dengannya . Izwani menelan liur tanda gelisah . Mahu tidak mahu , kena juga dia turutkan perintah majikannya itu . Lalu dia berjalan selangkah demi selangkah . “Mesti nak bebel aku ni . Tapi apahal muka dia macam marah je ?” fikir Wani sejenak .
“Cepatlah sikit jalan tu , terkepit-kepit , terkepit-kepit !” kata Tengku Mikhail separuh menjerit . Bahu Izwani sedikit terhenjut . Dia menundukkan kepalanya sambil membetulkan cermin matanya . Cermin mata yang hanya sebagai hiasan lalu membetulkan pakaiannya sebelum duduk berhadapaan dengan Tengku Mikhail .
Pakaian seragamnya iaitu seluar sleck , berbaju kemeja putih lengan panjang dan bertudung hitam labuh sempurna . Kini , dia sudah duduk berhadapan dengan Tengku Mikhail . “Look at me .” ucap Tengku Mikhail . Perlahan-lahan Izwani mengangkat mukanya melihat ke arah Tengku Mikhail .
“You are fired !” jerkah Tengku Mikhail sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah muka Izwani . Fazura Izwani terlopong besar . “But , why ..” tanya Izwani penuh dengan persoalan . Apa salah aku ? Aku pecah amanah ke ? Memang taklah ! Aku buat apa ? Monolog Izwani sendirinya .
“Kura-kura dalam perahu , tak tahu nak keluar sendiri , pura-pura tak tahu , masih tak sedar diri !” sergah Tengku Mikhail . Izwani menggaru-garu kepalanya yang tidak terasa gatal . Pantun jenis apa tu ? Nak kata pantun bukan jugak , pening aku mamat ni . “Explain it .” jawab Izwani dengan tenang .
“Explain it kau kata ? Hei , perempuan ! Explain this !” marah Tengku Mikhail lalu menghempaskan kertas yang berlambak ke muka Izwani . Kelopak mata Izwani bergenang air mata . Tidak pernah dia diperlakukan sebegitu rupa oleh sesiapa terutamanya lelaki . Tengku Mikhail merupakan orang pertama yang melakukannya . Nasib baik belum pecah lagi genangan air di matanya yang berkaca itu . Dia mengejapkan akar tunjang kekuatan dirinya . Perlahan-lahan dia mengambil sekeping kertas yang bertaburan di atas lantai itu lalu melihatnya . Belum pernah lagi ada orang yang menghempas kertas ke mukanya sehinggalah ke hari itu .
Setelah pandangannya yang kabur itu dialihkan ke kertas yang dipungutnya tadi , Izwani terkejut . Terlopong besar mulutnya . Sebaik sahaja menyedari keadaan mulutnya , dia lantas menutup mulutnya yang terlopong itu . Setitis demi setitis , mutiara jernih miliknya basah menimpa bumi . “Explain me , what is this ?!” jerit Tengku Mikhail . Badan Izwani terhenjut-henjut menahan sendu . Dia mengelap air matanya lalu berdiri berhadapan dengan Tengku Mikhail , nafasnya dihela panjang lalu ditariknya lagi dan berkata dengan lantangnya “For your information Tengku Mikhail , it was not me ! Look at the date and time below ! Don’t you remember that we went for meeting at Langkawi ? 25th of May 2015 Tengku Mikhail !Teliti , siasat , analisis , berfikir , baru bertindak ! Bukan bertindak seperti orang BODOH ! Think before you speak ! Senakal-nakal saya , saya masih ada maruah Tengku Mikhail bin Dato Farhan ! Saya masih ada harga diri ! Saya bukan perempuan murahan ! You hurted me ! Control your ego , your mouthe please ! Sebelum nak tuduh orang , bezakan dulu paper ni . Gambar original atau Photoshop . Nama ja berpangkat besar berkedudukan tinggi tapi gambar original dan photoshop pun tak pandai nak bezakan . Assalammualaikum ! ” ucap Izwani lalu berlalu pergi meninggalkan ruangan Tengku Mikhail .
YOU ARE READING
Suamiku CEO Pink RM15
RomanceFazura Izwani. Seorang CEO perempuan termuda pertama di sebuah Syarikat Perkapalan yang bertapak di Sabah, ingin menukarkan jawatannya kepada pekerja biasa di syarikat lain atas alasan sudah penat berkerjaya dan ingin bermula dari bawah . Ditakdirka...