Bab 4 : Ini Mimpi Ngeri

202 8 4
                                    

"Aduhai , mana pulak si ketot ni ! Kelmarin suruh aku jumpa dia kat One Borneo , tapi dia tak sebut pula Atrium mana ." bebel Tengku Mikhail sendiri yang dari tadinya kelihatan gelisah . "Pergi South Atrium lah ." kata Tengku Mikhail lalu mebuka langkahnya ke tempat yang hendak ditujuinya .

"Wani ! Nisa ! Wani ! Nisa !" Kedengaran suara sorakan orang ramai menyebut dua nama itu . Tengku Mikhail tertarik dengan sorakan itu . "Wani ? Maybe Fazura Izwani . I should go for it ." ujar Tengku Mikhail sambil menuju ke arah orang ramai yang sedang berkumpul . "Excuse me." Ujar Tengku Mikhail sambil meminta laluan untuk bergerak ke hadapan .

Seperti yang dijangkakan , memang Fazura Izwani . "Alright , today , we gonna sing a song entitled Kau Menjauh by Sam Nuhair . So , I hope you guys enjoy it ." ujar Fazura Izwani yang berada di atas pentas mini itu dengan adiknya Nysa Nafyssa yang duduk setia di belakangnya bersama gitar elektriknya . "Wuuuuuu !!" kedengaran sorakan dan tepukan daripada para penonton yang berada di sana .

"Excuse me . Wani ni siapa sebenarnya ?" tanya Tengku Mikhail kepada seorang pemuda yang berada di sebelahnya . " La , takkan tak tahu kot ? Ni Wani dan Nisa lah , popular kot . Part time performer . I'm their big fans . Go Wani , Go Nisa ." ujar lelaki itu sambil melambaikan tangannya . Tengku Mikhail melonggarkan tali lehernya . Tengku Mikhail berlalu pergi . Bunyi petikan gitar kedengaran . Selangkah demi selangkah Tengku Mikhail pergi . "Masih aku teringat , pertemuan diriku dan dirimu .." sebaik sahaja Izwani melontarkan suaranya , Tengku Mikhail berpusing ke belakang .

Dia tergamam . "What ?!" kata Tengku Mikhail terkejut . Dia menggelengkan kepalanya lalu duduk di Kenny's Roger Roaster Restaurant yang terletak tidak jauh dari pentas tempat Izwani bernyanyi . Dia menikmati Nasi Ayam yang memang tip top di Malaysia . Sesekali , Tengku Mikhail menghirup Honey Dew yang berada di hadapannya .

Akhirnya , setelah hampir 2 jam Tengku Mikhail duduk di Restoran itu , Izwani datang ke tempatnya . "Aku ingat kau dah balik ?" tanya Izwani membuka bicara . "Kau ni kan ketot , punyalah lama aku tunggu kau , dah berjanggut aku kat sini kau tahu tak ?" kata Tengku Mikhail . "Eh , sotong pun pandai berjanggut ?" ujar Izwani . Tengku Mikhail mengetap bibirnya lalu beredar dari situ . "Merajuk la tu ." agak Izwani .

"Eh mana Si Ketot , dia tak nak pujuk aku ke ?" kata Tengku Mikhail dalam hati sebaik sahaja dia berlalu pergi dari restoran itu . Dia hendak berpusing ke belakang , tapi , takut dikatakan perasan pula . "Arhhh , aku pusing je lah !" kata Tengku Mikhail yang tidak berpuas hati . Fazura Izwani tidak kelihatan di tempat duduknya tadi . "Dah agak dah , dia tak pujuk aku punyalah . Baik aku balik !" lalu Tengku Mikhail berpusing semula ke hadapan . ZAP ! Dengan sekelip mata Fazura Izwani berada di hadapannya . "Eh , mak datuk !" latah si Tengku Mikhail terkejut .

"Oh melatah . Hehehe .." ujar Izwani dengan gelak nakal . "Kau ni kan ketot , muncul macam langsuir , tup tup dah ada depan mata ! Jatuh jantung aku tau , kau ingat ada jual kat Seven Eleven ke jantung aku ni ?" omel Tengku Mikhail kepada Fazura Izwani yang dari tadi khusyuk mendengar omelannya . Fazura Izwani mengelipkan matanya berkali-kali sambil merenung Tengku Mikhail . "Apahal kau pandang aku macam tu ?" tanya Tengku Mikhail kepada Fazura Izwani . "Kau merajuk eh ?" tanya Wani ringkas .

"Mana ada , aku tak merajuk lah !" Tengku Mikhail membidas pernyataan Izwani . "Habis tu kenapa kau pusing ? Kau nak aku pujuk ke ?" tanya Wani lagi . "Errr , 20 sen aku tertinggal kat atas meja tu tadi ." kata Tengku Mikhail gelisah sambil otaknya ligat mencari jawapan bernas , tapi jawapan soal 20 sen itu jugalah yang keluar . Dia mengetap bibirnya . "Eh , apahal kau suruh aku datang sini ha ?" tanya Tengku Mikhail menukar topik . "Dah , jom ikut aku naik atas !" kata Izwani lalu berjalan menuju ke eskelator . Tengku Mikhail hanya menurut Izwani dari belakang .

Suamiku CEO Pink RM15Where stories live. Discover now