Bab 2 - Secretary Si Ketat

220 6 0
                                    

Kedengaran bunyi-bunyian yang indah dan merdu dari luar rumah . Bayu yang menuruni membasahi setiap hidupan dibumi mengulit manja pagi ini . Cip Cip Cip ! Bunyi kicauan burung yang memecahkan keheningan pagi menjadi mukaddimah hari ini .

            Kringg ! Kringg ! Deringan jam loceng Fazura Izwani berdering menjerit membangunkan Wani . Kaki Izwani sedikit terusik lalu tangannya mematikan jam loceng itu .  Usai sahaja jam loceng itu dimatikan olehnya , dia mengerdipkan matanya beberapa kali untuk melihat keadaan sekelilingnya dengan jelas .

            Tok ! Tok ! Tok ! Pintu bilik Fazura Izwani diketuk . “Masuk.” Ujar Izwani dengan sepenuh tenaga yang dia ada pada pagi itu . “Selamat pagi Cik Izwani , Cik perlu bersiap segera untuk ke Farhan Holdings .” ujar kelibat seseorang di muka pintu . Izwani mengangkat sedikit kepalanya lalu menggosok matanya . “Oh , kamu Tisya . Alright . Tolong start engine kereta saya . Kejap lagi saya turun .” kata Izwani ringkas .

            Tisya mengangguk lalu beredar dari bilik Izwani . Lantas Wani duduk di atas katilnya sebentar lalu turun dari sana dan mencapai tuala mandinya yang disangkutnya di hadapan meja soleknya . Lantas dia menyegarkan dirinya .

            Sesudah sahaja dia menyegarkan dirinya dia mengenakan seluar sleck berwarna hitam dan kemeja putih panjang lengan serta mengenakan tudung bawal labuh menutup dada . Lalu , Izwani berjalan menuju ke walk-in-closet miliknya . Dia membuka pintu yang pertama .

            Kelihatan beratus kasut yang tersusun rapi mengikut jenis , jenama dan ton warna . Dia mencapai kasut gothic berwarna hitam tidak bertumit yang kebiasaannya digunakan untuk bekerja dalam pejabat lalu Izwani berjalan lagi ke dalam walk-in-closet miliknya dan membuka pintu kedua . Kelihatan berpuluh-puluh beg dan tas tangan yang disusun juga mengikut warna , saiz dan jenama . Lantas dia mencapai beg galas berwarna hitam putih yang bersaiz sederhana dan berjenama Lacoste dan digalasnya dibahunya .

            Izwani berjalan ke dalam lagi dan membuka pintu yang ketiga . Bilik ketiga pula terdapat barisan-barisan tergantung seperti rak buku tetapi disusun gadget seperti Iphone , Samsung , Sony , Blackberry , Nokia dan sebagainya dan Izwani menuju ke satu sudut dan mencapai telefon Nokia 3310 . Telefon yang dia rasa menepati ciri-ciri seseorang yang bermula dari bawah .

            Akhirnya , Izwani berpatah balik ke pintu keluar walk-in-closet miliknya itu . Fuh , itu baru walk-in-closet ,tapi sudah kelihatan macam butik dan kedai telefon ! maklumlah , anak orang kaya . Wani bergerak menuju ke satu dinding yang kelihatan seperti terowong dan dia menghidupkan lampu di jalan itu.

            Perlahan-lahan Wani menyusuri jalan itu dan di sebelah kiri dan kanan dalam terowong itu , tergantung gambar-gambar milik Izwani bersama adik beradiknya juga kedua ibu bapanya dan rakan-rakan sekolahnya pada suatu ketika dahulu . Senyuman terukir di bibir Wani tatkala dia melalui terowong tersebut . Terowong yang penuh dengan memori . Akhirnya dia tiba di tempat parkir kereta . Kelihatan Tisya sedang duduk di tempat penumpang di dalam kereta milik Fazura Izwani . Izwani segera membuka pintu kereta dan menyusur keluar dari perkarangan rumahnya .

            Tisya hanya mendiamkan diri sejak tadi . “Latisya , nanti kamu bawa balik kereta saya ke syarikat ya . Tengahari kamu jemput saya di Farhan Holdings , boleh ?”tanya Wani membuka bicara . “Baiklah Cik Wani .”jawab Latisya dan tersenyum ringkas  dan Izwani focus pada pemanduannya semula .

            Perjalanan itu sunyi tanpa sebarang bicara . Hanya kedengaran bunyi radio sahaja yang bergema di dalam kereta itu . “Do I have any appointment today ?” tanya Izwani lagi bagi memecahkan kesunyian . Tisya menjawab “Yes you have . Dalam pukul 2 petang hingga 3 petang Cik Wani perlu ke Marrybrown Café , kena lunch dengan client untuk kontrak shipping . Pukul 4 hingga 6 , Cik Wani dan Cik Nafyssa ada project , as always both of you guys do every evening , pukul 8 malam hingga 10 malam , Cik Wani dan adik-adik ada majlis rasmi di Sutera Harbour , Majlis Perkapalan Antarabangsa .”

Suamiku CEO Pink RM15Where stories live. Discover now