BAB 1 (edit 14/7/19)

12.5K 288 6
                                    

Jam di meter punch card menunjukkan pukul 11.00 malam. Ariana bersiap - siap mengemaskan begya untuk pulang ke rumah sewanya yang terletak kira - kira setengah jam jika berjalan kaki dengan pantas dan jika mengikuti jalan pintas.

"Dah nak balik ke, Yana?" Sapa Ayu, penganti untuk syif malam.

"Yup! Penatlah hari ini, banyak pelanggan. Lagipun esok Yana ada kelas pukul 8.00 pagi."

"Berhati - hati semasa berjalan pulang. Sekarang ni setiap hari ada saja berita mengerikan masuk surat khabar. Orang zaman sekarang bukannya macam dulu, keperimanusian dah semakin kurang. Rogol orang, bunuh orang, pukul orang dah macam perkara biasa," Ayu berpesan.

"Baiklah nenek," Yana tersenyum.

Ayu memang perihatin orangnya, jadi tidak hairanlah dia menjadi pekerja pilihan rakan sekerja paling popular. Dua tahun berturut - turut tu.

"Balik dulu ye nek. Terima kasih di atas nasihat nenek tu, nanti cucu akan jadikannya sebagai panduan hidup," aku terus melangkah keluar dari stesen minyak tempat aku berkerja.

Siapakah aku?

Aku adalah insan bernama Ariana Iman atau panggilan mesra Yana. Aku adalah salah seorang pelajar kolej yang sentiasa dalam kesempitan wang. Jadi jalan penyelesaian yang paling logik untuk mengatasi masalah yang disebut di atas adalah dengan bekerja sebagai juruwang sambilan di sebuah stesen minyak berhampiran dengan rumah sewaku pada waktu malam. Aku menyewa rumah itu bersama dua orang teman yang sangat berbeza karektornya dengan diriku.

Suzana - seorang nerd yang sangat bijak di kolej ku. CGPA almost 4.00 setiap semester. Tapi fashion sense? Nenek aku lagi pandai bergaya dari dia. Tambahan dengan cermin mata 'old school'nya yang tebal tu,
membuatkan aku pernah terfikir matanya tak overdose cahaya ke?

Amelia - seorang yang cantik, gemar bergaya, merupakan guru dan kamus fesyen bergerak (hampir semua jenama terkenal dan fesyen terkini dia hafal.

Isk.. isk.. kalaulah belajar pun macam tu) dan tentulah ramai peminat dan bakal pakwe beratur menunggu peluang. Biasalah kaum lelaki suka perempuan yang cantik.

Aku - hanyalah seorang gadis sederhana yang terletak antara mereka berdua yang bersosial di kalangan kaum hawa kerana aku gemuruh jika berada di kalangan kaum adam. Jadi maksud tersirat dan tersuratnya ialah aku masih single and available.

Oklah cukup pengenalan untuk setakat ini, mari kita melangkah ke bab seterusnya.
Aku mempercepatkan langkahku apabila terdengar pertengkaran antara pasangan kekasih di bawah lampu jalan berhadapan simpang tempat aku berkerja. Entahlah diaorang ni, kot ye nak buat drama telenovela percuma pun, pilihlah kawasan tersembunyi sikit, aku mengomel perlahan.

Tapi kalau tempat terlindung nanti tertangkap basah dengan pegawai jabatan agama pula. Basah sebab berpeluh hehe,

Otakku bermonolog sendiri. Hehe..

Pertengkaran mereka semakin kuat, oleh kerana naluri perempuanku tiba - tiba menjadi prihatin.. diulangi prihatin.. bukan busy body, aku terpaksalah menajamkan deria pendengaranku untuk mendengar
perbualan mereka.

"You memang takde hati perut. Kenapa you nak tinggalkan i?" Jerit si teman wanita.

Aku meng'scan' wanita itu (meng'scan' adalah bahasa yang salah. Jadi para pelajar di luar sana jangan ikut tau) hmm memang cantik, tapi macam pernah aku lihat perempuan itu, tapi di mana ya?

OMG! Suamiku Greek! (Complete)Where stories live. Discover now