OMG!
OMG!
WTF!
WTF!
Aku membebel sambil berjalan ulang alik di ruang tamu rumah sewaku tanpa sebarang tujuan. Dan sekali lagi aku bermantera..
OMG!
OMG!
WTF!
WTF!
"Woi! Kenapa kau ni? Dari luar aku dah dengar kau membebel OMG..OMG.. ni," Amelia menyelar aku dari pintu rumah. Dia membuka kasutnya kemudian meletakan di dalam rak almari kasut yang sememangnya ada di ruang pintu masuk rumah kemudian berjalan masuk ke ruang tamu sebelum duduk di kusyen. Aku berhenti dari bermentera dan memerhatikannya seketika sebelum aku teringat akan masalah aku semula.OMG!…OMG!…
WTF!…WTF!…
"WTF?"
Amelia mengerut dahinya. "Kenapa pula kau nak mencarut ni? Cuba cerita apa masalah sebenar kau sampai perlu mencarut ni. Meh duduk kat sebelah aku ni," Amelia menepuk – nepuk kusyen disebelahnnya.
Aku memandang kusyen yang tak berapa nak empuk tu sebab kusyen tu adalah barangan secondhand yang disediakan oleh tuan rumah. Aku menggelengkan kepala aku.
"Aku bukan mencarutla," aku membetulkan anggapan Amelia.
"Apa yang tak mencarutnya kalau dok sebut WTF…WTF… tu,"
"Tu..what the fish! Bukan what the bintang bintang bintang bintang…"
"Ye ke?"Amelia tidak percaya..
"Kalau kau tak percaya sudah. Aku ni tengah pening ni…" aku kembali mundar mandir.
"Tadi ada kuiz tergempar kat dalam kelas termodinamik.. pastu ku nyaris – nyaris nak hantar kertas kosong sebab bab tu aku tak faham dan tak ulang kaji lagi!"
"La… masalah tu je ke? Rileks la.. aku ni pernah juga alami situasi seperti kau tu tapi tak perlula panic tak tentu arah.. benda tu kan mewakili lima peratus je dalam ujian penilaian kita."
"Kau cakap memanglah senang. Pensyarah aku ni maaf cakap mereng sikit, dia kata ini adalah kuiz pertama dan terakhir untuk kelas kami,"
"So?… lima markah je beb! Kalau kau tak boleh jawap soalan tu."
"Lima markah? Bukan lima tapi sepuluh markah! Habislah aku…habislah aku…"
"Kenapa sepuluh? Lecturer mana.. " soal Amelia sambil memcari alat kawalan jauh tv.
Aku menyebut nama pensyarah tersebut. Amelia membuat bunyi ooo yang agak panjang diikuti huruf m dan g. alat kawalan jauh tv sudah dijumpainya dia menekan siaran kegemaran tapi memperlahankan suara tv. Nasib baik menghormati aku yang tengah boil ni."Nasib kaula dapat lecturer tu… dia tu memang suka buat peraturan sendiri. Dah la tu kedekut sangat kalau bab bagi markah ujian. Aku dah pernah masuk kelas dia. Memang horror gila… dah la garang.. pastu ajar pelajar tak faham… camne boleh jadi tenaga pengajar.. . kalau aku jadi lecturer aku akan pastikan yang pelajar akan faham apa yang aku ajarkan." Sempat lagi minah ni membebel.
"Sorrylah Amelia aku ni bukan nak kurang ajar tapi buat masa sekarang ni aku tak nak dengar cerita cita – cita kau nak jadi pensyarah tu. Aku ni tengah panic dalam huruf besar ni."
"Ala.. tak payahlah kau panic.. kau beusahalah semasa ujian akhir. Dan tugasan yang diberi kau buatlah betul – betul." Matanya tidak lagi tertumpu kepada aku tapi kepada tv yang berada di hadapannya."Aaa ye tak ye juga kan? Betul cakap kau tu.. tapi masalahnya subjek ni susah dan kau pun cakap tadi dia kan kedekut markah."
"Ala.. janji lepas…" jawap Amelia mudah. "Eh! marilah duduk kat sebelah aku ni. Aku tak dapat tonton tvlah kalau kau dok mundar mandir depan aku."
"Ala.. nanti tak cantiklah CGPA aku… pastu aku punya mentor aku mesti membebel sebab pointer aku turun."
"Ala kau kan dah tak kerja malam… apa lagi nak risau.. belajar jela.."
"Tapi.. aku masih lagi tidak tenang."
"Tak ada tapi – tapi lagi. si Suzana kan ada, kau minta tolong dia ajarkan. Sia – sialah ada rakan yang pandai dan tak kedekut ilmu macam dia tu tapi tak minta tolong. Janganlah sombong dan ego tak bertempat."
Amboi cik Amelia ni nak berleter kat aku pula ye… aku masih lagi berdiri di hadapannya.
"Cik kak oi! Ketepilah… rancangan kegemaran aku dah nak bermula ni." Aku mengalihkan kedudukan supaya tidak membelakangi tv lagi.
Rancangan kegemaran si Amelia tu pastilah berkaitan dengan fesyen. Kali ni rancangan mengenai kehidupan Rachel Zoe si stylist artis – artis Hollywood.
"Ala… kau tak payah risau sangat. Yang penting sekarang kau kenalah belajar extra hard untuk subjek tu…oh! Cantiknya jaket tu… dia kata beli kat kedai secondhand je.. cis! Tak aci betul!"
Amboi! Pendeknya daya tumpuan kau cik housemate oi! Sekejap je dah bertukar dari nak menasihati aku terus ke cerita baju.
"Alahai… accessory dia… cantiknya…"
Amelia dalam mood berangan.
Hm… layan jelah tengok cerita dengan si Amelia ni.
"Kau tengok tu… dia ni memang pandai mix and match lah…
Sebab tula dia jadi stylist terkenal kat sana".Layan je La kerenah Amelia. Kemudian gendut pun menyertai kami duduk di atas kusyen usang tu. Siap menyondol – nyondol menghulurkan leher untuk digaru. Apabila dapat apa yang dimahunya, si gendut terus berbunyi manja.
Si Amelia masih lagi melekat dengan cerita tu, aku ni dah malas nak layan terus letak gendut di ribanya. Biar dia ambil alih menggosok leher gendut.
Hati aku sedikit tenang berbanding tadi. Walaupun cara Amelia menenangkan dan mengrasionalkan aku tidak begitu konvensional tapi ia Berjaya menenangkan aku. Betul juga apa yang si Amelia cakap. Tak perlu panic dan terlalu gelisah, kita perlu tackle masalah itu dari sudut lain. Kalau dah tahu matapelajaran dan pensyarah tu ada masalah, kita sebagai pelajar perlu tingkatkan usaha dan gunakan segala sumber yang ada untuk Berjaya. Dalam kes aku ni, sumber yang boleh aku gunakan adalah Suzana.Heh! Heh! Heh! Suzana sila tunggu kedatangan aku pada bila – bila masa sepanjang semester ini.
Aku menuju ke dapur untuk mengambil minuman. (Air kosong je) satu aku tuangkan untuk untuk Amelia. Saja je nak balas budi sebabkan berikan aku nasihat yang bernas sebentar tadi. Kebetulan kuih bahulu yang aku beli semalam masih berbaki. Aku masukkan ke dalam pinggan kemudian aku bawa ke depan.
Aku menghulurkan gelas kepada Amelia. Kemudian aku mempelawanya makan kuih bahulu. Tanpa melepaskan pandangannya dari tv dia mengambil bahulu tu kemudian mencelupnya ke dalam air kosong tadi. Aku pun menurut perlakuannya. Pergh! Nikmatnya makan kuih bahulu bersama air kosong ni. Memang Nampak macam kedekut dan sedikit malas tapi sedap tau!Aku temankan si Amelia ni menonton cerita kegemarannya tu sambil mengiakan apa saja yang dikatanya. Selesai juga bahulu tadi. Almaklumlah makan sambil menonton tv, memang tak terasa kalau terlebih makan. Huh! rosak program diet. Malam ni aku bertekad akan mengulangkasi semula matapelajaran tadi. Caiyok! Caiyok! Untuk diri sendiri.
YOU ARE READING
OMG! Suamiku Greek! (Complete)
RomanceApakah yang akan berlaku apabila kromosom XY, DNA campuran Greeks dan Melayu berjumpa dengan kromosom XX berDNA Melayu tulen. Pasti akan ada pertembungan budaya, bahasa dan juga cinta. Ini adalah kisah antara Khairul Leonadis Aristides Rahman seoran...