BAB 7

6.1K 174 1
                                    

Argh! Bestnya cuti…aku mengeliat di tempat tidurku. Bukan setakat cuti dari kuliah tapi cuti dari ehem.. uhuk..solat. yeah! Boleh bercita – cita nak bangun lewat..sayangnya cita – cita hanya tinggal cita – cita kerana jam biologi aku ni tak mau dengar kata. Asal pukul enam pagi je pasti terjaga dari tidur yang lena. (eh berirama pula) Alahai! Tapi tak mengapa lah lagi pun aku ada berjanji dengan rakan serumah dan fadilah nak pergi berjogging kat tasik brhampiran kolej kami. Si gendut macam biasalah mengrekot di hujung kaki aku. tambahan sejuk pada pagi ini lagi sedaplah dia mengerekot.
Aku meregangkan badan di toto using aku ni. Tangan lurus ke atas kaki lurus ke bawah.. iyah!… gendut mengangkat kepala tanda tidak puas hati. Mana tidaknya dalam proses aku meregangkan badan secara tidak langsung aku ter’kuis’ dia dari tempat dia beradu.. hehe sorry gendut.. selepas memberikan pandangan tidak puas hati gendut mengambil semula tempatnya tadi kemudian memandang aku dengan pandangan mengharap pula. Entah apa yang dia harapkan pun aku tak tahu. Aku bukannya boleh berbahasa kucing.
Seperti biasa untuk mempercepatkan otak aku yang dok tengah mamun lagi ni bak kata orang kedah, Sebenarnya mamum tu a.k.a mamai lah, aku terus bangun dan membuat lompat bintang sebanyak sepuluh kali. Sebenarnya aku dapat tips ni sebuah rancangan tv. Aku dah lupa la rancangan apa tapi rancangan itu sebenarnya rancangan make over dekorasi, tak ada kaitan pun dengan kesihatan tapi ada lah satu episode tu dia beri tips nak segarkan badan apabila bangun dari tidur ni.
Semua tahukan lompat bintang tu apa? Ala lompat, buka langkah atau bahasa kasarnya kangkang serentak dengan tangan pun mendepa, lompat sekali lagi tutup pul kaki tu dan tangan pun tutup, dan ulang lagi langkah yang sama sebanyak mana yang mahu dan mampu. Huh! Selesai je aku lompat bintang mata pun dah segar, otak pun dah mula masuk gear..cantik…seterusnya aku mengemaskan tempat tidur aku pula. Huh! Sorry la cik gendut oi! Sekali lagi aku mengganggu tidur dia dan seperti biasa sekali lagi dia memberikan pandangan tidak puas hati buat kali terakhir sebelum dia keluar dari bilik aku, mungkin pergi cari tempat tidur baru kot yang tidak ada sebarang gangguan. Pintu bilik aku sememangnya tidak bertutup rapat jadi jangan ada pula orang fikir yang gendut ni supercat ke ada belaan ke sampai boleh bukakan pintu bilik sendiri.
Selesai aku mengemas bilik tidur, aku melihat jam di telefon. Awal lagi ni, baru pukul enam empat puluh tiga pagi. Well.. walaupun otak dah masuk gear badan kena mandi kan.. jadi aku mengambil tuala dan membuka pintu untuk keluar sebelum…
Argh! Opocot mak kau! Aku menjerit sehabis suara. Memandangkan peti suara aku ni agak besar jadi memang kuat gile la suara aku ni.
Subjek yang membuat aku terkejut pada pagi yang hening ni mengangkat mukanya kea rah aku dan sekali lagi vocal suara aku bersenam di pagi yang indah ini.
Argh!aku menjerit sambil mengundur setapak.
Huh! Rupa – rupanya suzanna yang membuatkan peti suara aku ni bersenam. Mari aku terangkan situasi yang membuatkan aku terkejut. Cuba bayangkan aku yang masih ada sisa mamai buka pintu dan ada makhluk allah tu dalam kes ni suzanna, sedang kusyuk menulis sesuatu menggunakan pintu aku sebagai pelapik, jadi apabila pintu dibuka makhluk allah tu pasti akan ke terdepan seperti mahu menerkam aku. Dan sekali lagi bayangkan apabila makhluk allah itu memandangkan aku dengan matanya yang terbuka luas, muka dilitupi dengan bedak sejuk. Well.. mata si suzanna memang Nampak terbuntang macam terbeliak apabila membuka kaca mata. sesiapa yang ada kawan atau saudara atau pakwe, makwe mesti perasan yang apabila si berkaca mata membuka kaca mata mereka maka mata mereka akan terbuka luas dari biasa.
Jadi tak salahkan kalau aku terkejut kan..ditambah pula mukanya putih gomak penuh dengan bedak sejuk. Hish! (sila buat gaya menggigil sikit) mestilah aku terkejut. Tarik nafas dalam – dalam ariana!
Astaqfirullahalazim! Aku beristifar panjang. Suzana apa yang buat kat depan bilik aku ni?
Aku nak mandi la, dengan muka tak bersalah je dia memberi jawapan. Seolah – olah dia tak sedar (tak hiraukan?) yang aku ni hampir hysteria.
Bilik air kat hujung sana bukannya depan bilik aku, aku lihat Suzana seperti mengelamun. Aku memetik jari di depan matanya. Suzana! Aku ni sedang bercakap dengan kau! Aku bukan marah walaupun meninggikan suara tapi lebih kepada nak menyedarkan si Suzana. Aku rasa dia pun faham. Yang aku tak faham macamana dia belajar dalam kelas jika asyik mengelamun dengan formula – formula tu.
Ops! Maaf, aku teringat akan formula yang aku baca semalam jadi aku nak tulis supaya aku tak lupa,( masih memberi jawapan dengan perasan tidak bersalah.) Huh! Bertuah alam kau nak lupa sebarang formula cik kak oi! Perlu ke Kau conteng formula kau kat pintu bilik aku ke?
Eh! mana ada aku conteng kat pintu kau. Aku tulis dekat tisu ni ha, Suzana menunjukkan tisu yang menjadi mangsa akibat salah disalah guna.
Pelik betul minah ni ke mana – mana mesti bawa pen. Kemudian buat pertama kalinya untuk pagi ini aku melihat betul – betul si Suzana dari hujung rambut ke hujung kaki,
Ya allah! Apa yang kau pakai ni cik Suzana oi!
Dan buat pertama kalinya aku rasa dia melihat akan dirinya untuk pagi ini.
Ops! Aku capai je baju masa nak tidur malam tadi.
Nak tahu apa yang cik Suzana ni pakai? Berkain batik (sudah tentu lah terbalik) bersarung kaki tapi berlainan pasangan (satu warna hijau satu warna merah terang, satu panjangnya ke buku lali satunya ..hm lebih dari buku lali) baju T dia lehernya ke belakang siap bertulisan lagi “Kau ada? Aku ada!” yang aku rasa agak menjolok mata kerana tulisan itu betul – betul terletak di ehem..uhuk..terletak di dadanya. Sangat tidak sesuai untuk anak kecil.
Kau nak mandi kan? Buat apa kau pakai sarung kaki pula? Aku tumpukan perhatian aku satu benda yang paling tidak sesuai sahaja untuk masa sekarang. Ketidakkesesuaian (ada ke dalam kamus bahasa) yang lain tu aku abaikan termasuklah yang baju yang menjolok mata dan jangan lupa mukanya yang dah macam tepung gomak.
Nanti masuk bilik air aku buka la.. semalam kan sejuk jadi aku tidur mestilah bersarung kaki. Kau tahu tak ada kajian yang menunjukkan bahawa jika kita terdedah kepada hawa sejuk yang lama kita boleh mendapat selsema walaupun para saintis bingung kerana mereka mengaitkan selsema hanya terjadi akibat dari pathogen – pathogen asing seperti virus dan bacteria.
Dah mula nak trivia dengan aku dah! Aku merungut dalam hati. Tak layan karang kesian pula.
Aku tahulah semalam sejuk dan kau perlu bersarung kaki tapi perlu ke berlainan warna dan saiz? Kenapa? ada kajian saintifik ke yang perlu aku tahu? Ni ayat sakarstik sebenarnya.
Hm.. aku tersalah ambil sebenarnya. Aku bukan tengok pun, aku redah je pakai apa yang tercapai, aku dah mengantuk giler malam tadi. Amelia! Cepatlah sikit. Dalam satu nafas dan satu ayat dia bercakap mengenai dua perkara yang berbeza. Satu ayat penerangan satu lagi ayat arahan (menjerit kepada Amelia)
Hai… itulah masalahnya kalau berbilik air satu je kat rumah ni, pada waktu pagi memang akan ada peperangan kecil, perebutan kuasa atau apa saja kerana  berebutkan bilik air dan masing – masing pula (kecuali aku) kalau boleh nak berkampung je kat dalam bilik air tu. Si Amelia segala jenis produk kecantik perlu dipakainya, sabun, shampoo, pelembab, pencuci muka entah macam – macam lagi cuci yang tak rasanya tak perlu aku jelaskan di sini dan si Suzana pula kalau dia termasuk dalam dunia formula dia..alamatnya berjanggutlah kita orang nak tunggu.
Cepatlah Amelia! Aku pula menjerit. Kan kau janji nak berjogging bersama – sama, sabun sikit – sikit sudahlah. Balik karang kena mandi lagi.
Okay! Okay! Dua minit, jawap Amelia.
Dan kau Suzana jangan dok berangan pasal formula dan jangan nak berconteng merata – rata macam kanak – kanak 2 tahun baru dapat pencil. Bak sini pen tu, aku bukan percaya kat kau tu, pen bertukar tangan. Dan buka sarung kaki dulu.. sakit mata pula aku tengok… hehe bossy tak aku ni..
Baik makcik! Jawap Suzana sambil membuka sarung kakinya. Eh! Sebelum aku lupa, Nanti sebelum berjogging makan  sebiji epal dulu. Menurut kajian apakar pemakanan pembakaran kalori lebih efektif jika makan sedikit sebelum bersenam berbanding dengan perut kosong.
Baiklah cik Suzana. Bagusnya ada kamus trivia bergerak ni ye.. (ayat sakarstik)
Aku hanya ingin berkongsi maklumat.. dan..,( kebetulan pada masa tu Amelia keluar dari bilik air) aku pun cepat – cepatlah tolak Suzana masuk bilik air.
Dah! Dah! Pergi mandi cepat, aku tak kisah ada kajian telah dibuat atau tidak tapi aku suka berjogging waktu pagi ni sebab nyaman dan udara segar..cepat mandi. Aku nak mandi pula. Aku pula tolong tutupkn pintu bilik air.
Puh! Lega! Aku pula yang bersandar kat pintu macam cerita Hindustan di lamun cinta.
Kau tak masak ke pagi ni? Laung si Amelia.
Tak masak, kan kita nak pergi berjogging, aku sambut laungan Amelia. Dalam perjalanan nanti kita belikan epal ajelah..
Buat apa nak makan epal pagi – pagi ni?
Huh! Itula kebanyakan orang melayu asli, (yang ada kacukan tak di kira kerana percampuran  budaya dah lain) masa sarapan jarang makan buah, kecuali musim durian kot! Buah tu bagus untuk kesihatan. Walaupun aku selalu bagi ayat skarstik Suzana tapi aku tahu fakta – fakta yang diberinya tu benar. Tapi kalau ada orang melayu yang makan buah semasa sarapan.. alhamdullilah..tak siapa nak marah pun.
Aku tanya sekali lagi ni, buat..pzz..epal … pzz.. pepagi buta ni? Dah ..pzz.. tabiat ke? pzz..pzz..pzz.. tak buka lagi..
Apehal lah yang minah ni cakap. Aku kurang dengar, dah macam bercakap di telefon kketika ada gangguan signal, sekejab jelas sekejab hilang.
Kau cakap apa Amelia oi! Aku tak dengar. Keluar lah dulu dari bilik tu, aku melaung lagi. si Amelia mengeluarkan kepalanya di celah pintu. Aku tanya, kau dah buang tabiat ke nak makan epal pagi – pagi ni?
Don’t ask me, ask miss Suzana..aku menjawap. Eh! yang kau tak berbaju lagi ni kenapa? Cepat!cepat!
Eleh! Kau tu lagi teruk tak mandi lagi, Amelia menyambung kembali aktivit memakai baju.
Aku tak pe aku sekejap je mandi, mandi koboi je, pakai baju pun pantas macam koboi juga haha..aku ketawa tanpa tujuan. Akhirnya setelah hampir empat puluh lima minit kemudian kami bertiga siap sedia untuk berjogging. Puh!
Nak naik motor aku ke? Nanti aku hantar satu per satu le? Pelawa Amelia. Sebenarnya untuk ke taman tasik tu jaraknya Cuma satu kiliometer je dari rumah kami.
Jangan kau nak mengada – ngada Amelia, taman tu dekat je. Jom kita mula dari rumah.
Ala…merengek Amelia.
Humang aih! Wanginya kau ni. Kau taruk sebotol perfume ke?
Suka tak? ni wangian Gucci yang terbaru, tanya Amelia. Kami bertiga dah mula berlri – lari anak.
Suka tu  memang suka tapi wangi sangat, ujar Suzana pula.
Korang suka aku pula sesak nafas, ingatkan pagi – pagi ni nak menghirup nafas udara segar alih – alih peparu aku penuh dengan bau minyak wangi amelia, aku membalas
Ala.. aku terlajak tekan masa pakai tadi.. hehe..hah! kau Suzana jangan nak berangan semasa berjogging ni, nanti takut ada batu ke tembok ke kau tak perasan pastu terlanggar, Amelia menngingatkan Suzana.
Aku tahulah..
Tahu..tapi nanti  (bernafas) tiba- tiba je kau (bernafas) hilang  (bernafas) di dunia nyata, aku pula sambung.. huh huh bernafas bernafas.. sebenarnya susah juga berbual sambil berjogging ni.
Mana epal kau?  (Amelia)
Epal apa pula, (Suzana)
tadi kau juga yang cakap kena makan epal sebelum berjogging. (Amelia)
Dah tak ada epal aku minum air aja la, (Suzana)
Esok aku la aku pergi beli epal (Suzana)
Tapi kita berjogging hari ni, (Amelia)
Ala.. tak jogging pun boleh makan epal juga (Suzana)
Huh! Aku tak tahu lah di mana mereka berdua ni belajar Teknik pernafasan, sambil berlari boleh berborak panjang. Aku yang jadi pendengar setia ini pun semput!
Dah! Dah! Aku tak mau berborak lagi. aku nak berjogging, serentak dengan itu aku melajukan langkah ku. Bukan nak tunjuk terer, bukannya layak masuk ke olimpik hatta ke sukan sea pun tapi nak cepat habiskan target larian untuk hari ini. Hari ini aku target nak berlari keliling tasik sebanyak dua kali dan kalau tak salah berkiraan aku mungkin jaraknya dalam lima kilometer. Lagi pun rakan baik ku fadilah pasti sudah menunggu aku di sana.
Woi! Tunggulah, jerit Amelia.
Aku tidak menghiraukan laung Amelia terus bergerak meninggalakan mereka berdua. Sampai sahaja aku di taman aku berhenti sebentar, membuat senaman ringan sambil mata meliar mencari fadilah. Pelik! Aku tak Nampak dia pula lagi ni. Selalunya fadilah sangat menepati masa. Mungkin ada masalah kot. Dari jauh aku lihat teman serumah aku bergerak ke arah aku. memang kontras sangat cara dan gaya mereka berdua tu. Kedua – duanya sama cantik (in their on way) tapi amelia kelihatan lebih menarik perhatian kerana pandai bergaya dan si Suzana seperti yang aku katakan sebelum ni fesyen sense dia atuk tok wan lagi pandai kot. Contohnya sekarang ni di depan mata aku.
Amelia:
Pakaian : t-shirt berjenama X, berwarna merah jampu yang terang. Seluar juga seperti menjerit “woi! Aku ni berjenama la” berwarna kelabu dan sudah tentulah  berkassut sukan berjenama Y, berwarna hitam dan pink juga.
Wajah: very friendly face, sedikit make up (lip gloss + bedak).
Suzana:
Pakaian: t –shirt berlengan panjang yang mempunyai tulisan “apa tengok – tengok! Aku debik kang!” (dia memang gilakan t-shirt bertulisan yang entah apa –apa ni) berwarna coklat lusuh, seluar mak aih!  Besar macam seluar palazzo! Besar dan longgar untuk menutup aurat tak salah tapi ini terlalu besar sehingga boleh mendatangkan kecederaan. Aku risau (dari jauh  je) dia terpijak dan terjatuh. Sudah beberapa kali aku Nampak dia asyik tersadung nak jatuh.
Wajah: masih cun walaupun agak kusam kerana tak cukup tidur. Mata bengkak (sekali lagi tak cukup tidur). Kaca mata tebal? Teman setia. Make – up? Aku pasti seratus peratus satu – satunya bahan kecantikan yang dia ada adalah bedak sejuk yang aku Nampak pagi tadi dan pagi sebelum - sebelumnya.
Aku masih lagi membuat senaman ringan sehingga mereka berdua sampai kepada aku.
Mana fadilah? Suzana bertanya sambil membetulkan seluarnya.
Entah! Selalunya dia dah sampai. Sekejab lagi sampai le tu, aku mnjawap sambil mencangkung dan meluruskan sebelah kaki.
Mereka berdua turut mengikuti jejak langkah aku membuat senaman ringan.
Ramai orang kat taman pagi ni, Amelia bersuara. Aku harap pakwe – pakwe pun ramai juga.
Kau ni asyik nak berpakwe je, tak ada benda lain lain lebih faedah ke nak mengisi masa lapang,
Ala kau ni aku saja je cakap bukan betul – betul pun, Amelia membidas. Tapi berpakwe pun berfaedah juga la, boleh wat teman belajar tengok wayang..
Buat maksiat bersama – sama, boleh ditangkap khalwat bersama – sama, boleh masuk neraka bersama – sama. Hah! Nak aku sambung lagi. Bukan betul – betul konon, ye la tu.
Eh! Engkau ni ke situ pula, marah Amelia.
La..aku tolong menyatakan kebenaran, sahut aku. hehe jadi ustazah jadian pula aku ni.
Caffeine! I need caffien! Tiba – tiba fadilah muncul di belakang aku.
Mak aih! Sorang lagi dah macam mak limah zombie kampong pisang, aku bersuara. Pagi tdi si Suzana dengan beak sejuknya.
Suzana? huh! Blur, tak perasan pun aku dok kutuk dia depan mata.
Caffeine!
Engkau ni apa hal? Amelia bersuara.
Caffeine!
Dia tak minum kopi lagi le pagi ni. Tak tak tahu ke dia ni memang dah kena ketagihan kafein, aku tolong memberikan jawapan kepada rakan serumahku.
Caf..belum sempat dia menghabiskan perkataan kafein dia tu,  aku tepuk belakang fadilah. Biar dia pula yang sedar di alam nyata.
Cepat -  cepat panaskan badan kau dulu, kita nak berjogging beramai – ramai ni, aku memberi arahan (hehehe). Sambil tu boleh lah kau ceritakan kepada kami semua kenapa kau boleh ter’miss’ ritual minum kopi pagi ni,
Fadilah dengan tidak bersemangatnya memulakan aktiviti memanaskan badan. “ bekalan elektrik rumah aku terputus, jadi macamana pembuat kopi aku nak hidup dan beroperasi”
Apa susahnya minumlah kat gerai! Suzana memberi penyelesaian.
Betul tu, pendapat itu disokong pula oleh Amelia.
Ala kedai mamak tak ada kopi perancis! I need my French coffee!
Eleh berlagak! Aku membalas. Amelia, Suzana, jom kita jogging dulu. Biarkan budak zombie kafein ni panaskan badan dia dulu. Harap – harap berkesan la.  Maka berlakulah sahutan beramai – ramai memberi jawapan ‘jom’ bagi menyamput ajakan aku tu!
Eh! tunggu lah aku! jerit fadilah sambil berlari mendekati kami.
Setelah dua kali kami mengelilingi tasik, kami semau menghentikan larian dan mula berjalan perlahan – lahan sambil mengerakan tangan membuat bulatan kecil. Perg! Memang berpeluh gila. Basah baju ni. Memandangkan pagi ni berkabus sikit maka kami sedikit sebanyak dibasahi embun. Masing – masing membuat Teknik pernafasan menarik dan menghembus nafas. Tangan jangan lupa di gawangkan ke udara ye adik – adik!
Dah hilang ke ketagihan kopi kau tu! Amelia bertanya.
Tak ada nak hilangnya, aku pula menjawap. ‘lagi tak kena secawan dok jadi zombie lagi le’.
Korang nak dengar trivia pasal kopi tak? Suzana mencelah. Dan, maka dengan pantas kami beramai – ramai sebenarnya menjawap tidak! Tapi tidak diendahkan beliau.
kopi luak antara kopi yang paling mahal di dunia yang datang dari Indonesia. Kopi itu sebenar datang dari najis sejenis musang. Dalan najis itu terdapat biji – biji benih yang dikumpul,dibersihkan dan di jadikan kopi,
ew! Kami menjawap beramai. Terima kasihlah atas info tu,Suzana, Amelia menjawap.
sama – sama. Gembira dapat membantu, jawap si Suzana.
korang tak tahu aku ni macam tak dapat berfungsi tau tak kalau tak minum kopi tu. Kopi itu umpama minyak petrol campur pelincir untuk aku bergerak memulakan aktiviti harian,
sah! Ketagihan kronik zombie kafein!
Dah berjogging ni masih perlukan kopi lagi ke? Suzana mencelah.
Fadilah memandang muka Suzana seperti mahu di jamahnya jam itu juga. “Mestilah aku kena juga cari kopi, kopi mamak pun mamak la!”
Apa kata kau balik rumah kita orang lepas tu Amelia bancuhkan kopi Malaysia kat kau! Maaflah kita orang memang tak ada kopi perancis, aku memberi cadangan bernas.
Apsal aku pula yang kena bancuh! Kalau nak bancuhlah sendiri, Amelia membetah.
Ala kopi kau kan sedap! Kopi dari kedah kan sedap, aku membodek.
Kau ingat aku nak makan bodekkan kau ke?
Aku tak suruh kau makan bodekkan aku ni. Bodekkan aku tak sedap. Kopi kau bancuh sedap, aku membodek lagi sambil mengipas – ngipas muka si Amelia dengan daun yang gugur dari pokok berhampiran.
Ala..ala… aku pula buat suara gedik.
Baiklah! Ee.. geli betul bila kau buat ‘ala..ala’ kau tu,
Yes! Berjaya, dengan selamba aku membuat gaya ‘yes!’ dihadapan rakan serumahku tercinta, maka tercetuslah ketawa beramai – ramai termasuklah si Amelia.
Hehehe. Aku tahu walaupun macam Amelia tu tak rela tapi dia sebenarnya rela, rela membancuh kopi untuk kami semua. Amelia kemudian meminta diri sebentar untuk bertemu dengan rakan sekursus dengannya yang kebetulan berada ditepi padang permainan. Kami bertiga bergerak ke kawasan khas untuk bersenam ala – ala gim. Memandangkan hari ini aku ni PMS jadi aku hanya memilih untuk berjalan atas batu – batu yang berlainan saiz dan bentuk. Adoi! Sakit la juga.
Psttt! Psstt! Fadilah mencuit lengan aku. dia pun mengikuti aku berjalan atas batu. ‘hari ni si Suzana tak berconteng formula ke?”
Aku dan Amelia tak kasi dia bawa pen atau kertas masa berjogging hari ni. Kami nak dia beriadah sepenuhnya tanpa perlu memikirkan formula,
oo.. patutlah, fadilah masih lagi memandang kea rah Suzana. “ aku rasa niat korang nak dia melupakan sebentar masalah formula dia tidak Berjaya la,
kenapa?
Fadilah memuncungkan mulutnya. “tu..cuba kau lihat. Aku rasa dia meulis sesuatu di atas pasir tempat kanak – kanak bermain”
La.. Suzana! aku menjerit memanggil Suzana yang kelihatan sibuk menuis sesuatu di atas pasir menggunakan ranting kayu. Mari ke sini, aku mengamit ke arah Suzana supaya dia mendekati kami.
Kekadang aku pelik dengan si Suzana ni. Macamana la dia boleh hidup dan belajar di kollej ni? Pening ar! (tiru trademark pelawak kumpulan sepah)
Tak payah kau nak pening – pening. Otak kau campur dengan otak aku pun belum tentu lagi sama dengan otak dia,
Kenapa? Otak dia lagi besar ke? Normal je aku tengok saiz kepala dia.
Sah, minah ni kena keracunan kafein. Tak dapat berfikir secara kritikal apatah lagi analitikal. Apa ke bendul sangat kau ni? IQ dia la yang lebih dari kita. aduh! Kau ni kena pergi ke kelas pemulihan bagi penagih kafein ni,
Hey! Hey! Aku tak ada masalah dengan ketagih ye, fadilah menafikan. aku mengangkat kening tanda tidak percaya.
Do not disturb me and my French coffee ok! Aku mengangkat kening lagi. dia mengjegil matanya ke arah aku. mak aih! Betul – betul macam zombie. Aku menurunkan keningku sebaliknya mengangkat tanganku.. pantas. Okay! Kau tak ada masalah dengan pakcik kafein dan aku berjanji tidak akan mengganggu mr French coffee kau. Mulut aku dah tersimpul, tergeliat nak ketawa. Fadilah pun seperti mahu tahan ketawa dan si Suzana berjalan di sebelah aku.
Suzana! kenapa kau kahwinkan stoking kau?
Suzanna memandang ke arah kakinya. “La.. lain warna ke? Tak perasan pula. Lantaklah, bukan kena tangkap dengan polis pun,
Eh! kau jangan lupa ada Fashion Police kat channel E!
Aku memberhentikn langkahku dan menghadiahkan pandangan tidak percaya kepada fadilah. “Eh! sejak bila pula kau mula minat tengok rancangan tv yang macam tu? Kalau si Amelia aku tak la hairan sangat.”
Ha..salahkan si Amelia la yang membawa virus tu kat ku. Seronok pula aku tengok si joan rivers tu dok kutuk orang. Hahaha.. ayat – ayat dia memang kreatif gila, fadilah ketawa. Aku mengalihkan pandangan aku kepada si Suzana, “ kau tengok juga ke rancangan tu?”
Suzana hanya menggelengkan kepalanya. Aku pun turut menggelengkn kepala untuk sebab yang berbeza dari Suzana. Entah hapa – hapa bebudak ni. “cuti semester ni korang nak ke mana?” aku mengubah tajuk perbualan dan kembali berjalan kembali di atas batu. Ouch! Ouch! Sakitla..terjingkit – jengkit aku berjalan tapi tetap sakit juga. Saja je nk mendera diri sendiri. Huhuhu
aku  kerja sebagai pembantu penyelidik untuk professor Zakaria, jawap Suzana. aku tengok muka dia cool je memijak batu tu. “ la.. kau tak balik rumah ke?” soal aku.
aku balik seminggu minggu pertama cuti semester kemudian aku terus kerja dan balik sehari dua sebelum buka semester, jelas Suzana. aku yang sememangnya tahu akan kisah keluarganya, memang faham sangatlha kenapa dia tidak menghabiskan cutinya di rumah bersama keluarganya dan tidak akan bertanya dengan lebih lanjut. Malangnya fadilah tidak tahu menahu akan kisah Suzana mesti lah terasa hairan dan sebagai manusia biasa yang ingin tahu maka dia bertanya.
Kenapa kau nak kerja dengan professor tua tu? Mak kau tak marah ke?
Mamma aku dah meninggal. Sekarang Cuma tinggal papa dan mummy tiri dan adik beradik tiri sahaja. Dipendekkan cerita mereka semua lebih suka jika aku langsung tak balik rumah tapi sebagai anak, aku perlu juga melawat ayah aku kan? Sehingga aku berkahwin si ayah masih mempunyai tanggungjawap dan hak kepada anak perempuannya kan? Suzana menjawap seperti menjawap kertas soalan peperiksaan, tiada perasaan.
Ops! Sorry to hear that, jawap fadilah. Suzana sekadar mengangkat bahunya. “tak perlu bersimpati kat aku, aku dah biasa. Hidup mesti diteruskan. Sekurang – kurang aku belajar berdikari tak perlu terlalu bergantung harap kepada orang, jawap Suzana. aku walaupun tahu situasi sebenar suzanna pun tersentuh apabila mendengar kata – kata beliau. Nak je aku nyanyi lagu Zainal Abidin ‘kita serupa..kita serupa..” aku pun dari kecil telah belajar untuk tidak terlalu berharap kepada orang lain.
Fadilah mendiamkan diri. “ aku insaf. aku amat bersyukur dengan keluarga aku sekarang. Walaupun kadang – kala rimas kerana mereka terlalu busy body tapi aku tahu mereka semua sayangkan aku.”  kami bertiga teruskan berjalan atas batu berdiam diri sambil melayan perasaan masing – masing.
Setelah hampir dua jam bersenam dan berjogging kami berempat pulang ke rumah sewa. Balik jalan kaki jer tak ada nak berlari – lari anak dah. Masing – masing dah letih. Kebetulan dalam perjalanan pulang terdapat mak cik yang menjual sarapan di tepi simpan sebelum rumah kami. Apa lagi kami pun membelilah makanan yang masih ada, almaklum lah dah meninggi hari, mak cik tu pun dah nak tutup gerai. Fadilah sudah sudah memakumkan kepada abangnya (yang menjadi ‘driver’ tak berbayar untuk hantarnya ke taman) bahawa dia akan bersama kami untuk hari ini dan memintanya abangnya menjemput pulang apabila petang. Masing – masing perut dah berkeroncong. Adalah tangan – tangan tak berbasu cuba mengambil kuih d dalam plastic yang berada di tanganku.
Hep! Hep! Tunjuk perangai bersopan sikit macam anak dara. Tangan dahla tak berbasuh, nak pegang makanan pula. Cikgu tak ajar korang kat sekolah ke? (kesian cikgu..adap makan diajar tapi murid jer yang buat tak endah), aku membebel. Hehe jangan dilepaskan peluang kalau ada peluang nak membebel kat rakan – rakan ni. Bukan selalu (ye ke?).
Tuan Tangan – tangan yang cuba mengambil makanan berbunyi tidak puas hati, “ala. Macam mak nenek la kau ni. Kitaorang dah lapar ni”
Habis tu kau ingat aku ni tak lapar ke? Dah jangan nak mengada – ngada, sekejab lagi kita dah nak sampai ke rumah. Ha..tu ha dah Nampak bumbung rumah, aku memuncungkan bibir aku kea rah rumah sewa kami.
Cik Amelia jangan lupa ye janji tadi, terus sahaja suara aku berubah lembut. Bodek! Jangan tak bodek, ariana! bisik hati aku.
Kau tengok tu bab nak membodek aku, terus tukar nada suara. Hampeh!
Cik Amelia tak kesian ke kat saya ni? Cik Amelia nak tengok saya jadi zombie kampung pisang ke? Giliran fadilah pula membodek. Siap dikipas – kipasnya si Amelia dengan tangan.  “Kipas! Jangan tak kipas fadilah”, aku menyokong dari belakang. Betul! secara literalnya aku kat belakang fadilah. Amelia hanya mampu menahan ketawa dengan karenah kami.
Sampai sahaja kaimi di depan pintu rumah si Suzana terus membuka pintu dengan gelabah. “bilik air aku punya” katanya sambil berlari menuju ke bilik air. Dah tak tahan sangat lah tu. Jangan lupa tutup pintu bilik air oi! Sahut si fadilah. Kami bertiga ketawa terbahak – bahak sambil menuju ke dapur. Amelia terus mengambil teko untuk membancuh kopi istimewanya yang datang dari kedah. Baunya… harum betul! Aku dah tahu dah Amelia mesti bancuh kopi hitam pekat melekat.
Ha..boleh lawan kopi perancis kau tu, tangan ku sengaja menepuk lengan fadilah. “dari sini dah boleh bau kopi yang menggoda tu.”
Yana..buat masa sekarang ni kopi pak belalang pun aku sanggup minum tau tak? fadilah membalas. “ cepatlah Amelia, aku dah tak sabar dah ni.” Aku pasti ramai yang telah tonton cerita nujum pak belalang lakonan arwah tan sri p ramlee dan tahu akan alkisah kopi buatannya itu.
Dalam perjalananla ni. Tepi..tepi..kopi panas nak lalu, Amelia meletakkannya di hadapan kami. Dengan pantas fadilah menuang kopi ke dalam mugnya. Dia memejamkan matanya pada hirupan kopi yang pertama, kemudian hirupan kedua, ketiga dan seterusnya sehingga habis. “ terima kasih Amelia,” ucapnya sambil menuang kopi untuk kali kedua. “Kopi kau ni betul – betul sedaplah,” ujarnya lagi.
Tulah.. lain kali sokonglah barangan tempatan. Jangan ingat barang import je baik, barangan keluaran tempatan tak kurang hebatnya, Amelia menarik kerusi dan duduk bersama kami. Dia mula mengambil kuih karipap untuk dijamah.
Kata orang yang membeli pakaiannya jenama luar Negara, perli Suzana yang baru keluar dari bilik air. Aku mengangguk tanda setuju.
No comment, balas Amelia sambil mengangkat bahunya.dia kembali menjamah karipapnya dengan berselera.
Elok sangatlah lah tu, baru buang lemak tambah lagi lemak dengan makan nasi lemak, Suzana bersuara.
Kalau kau tak nak tak usah makan. Tak siapa pun paksa engkau, aku dengan semangat menyuap nasi lemak ke dalam mulut aku.
Aku cakap je, (ketawa kecil). Meh sikit nasi lemak tu. Aku lapar ni, dengan kurang semangat aku tolong suapkan Suzana nasi lemak aku. hua.. “nak lagi”, minta si Suzana dengan tak malunya.
Tak boleh! Tapi tangan tetap bergerak kea rah mulut Suzana, siap dengan nasi sekali. Huhu..
Setelah selesai kami menjamu selera, maka bergelimpangan lah kami di depan tv dengan pelbagai bau orang bermandikan peluh.
Siapa nak mandi dulu, Suzana bertanya.
Aku mengangkat tangan.
Elok le tu, pagi tadi dia mengaku dia mandi koboi je, jawap Amelia. Ala  kau tu mandi ngan minyak wangi je,
Minyak wangi vs koboi, minyak wangi menang la.. di mana jua anda berada, jawap Amelia berseloroh.
What ever! Aku menuju bilik aku untuk mengambil tuala untuk mandi. Suzana mengambil alih bilik air setelah aku selesai mandi. Sesudah aku memakai pakaian yang sesuai aku keluar ke ruang tamu.
Jadi kita nak masak apa untuk hari ini? Aku bertanya kepada rakan – rakan aku yang leka menonton rancangan Fashion Police. “Cik kak, aku tanya ni,” dalam rumah ni memang aku sering masak untuk kawan – kawan aku ni. “ nanti  chef ni merajuk, korang masak lah sendiri” aku mengugut fadilah dan Amelia. Sepantas kilat mereka memberi tumpuan kepada aku. amboi kalau bab nak suruh aku masak, pantas je mereka memberi perhatian ye…
Mereka berdua menghampiri aku, fadilah! Kipas!, Amelia memberi arahan kepada fadilah. Dengan menggunakan kedua – dua belah tangan , dia mula mengipas aku. bukan tangan tangan jer bergerak mulutnya pun berkicau, kipas, kipas,kipas. So…annoying! Si Amelia pula menghampiri aku dan memicit kedua belah bahuku.
Chef, janganlah merajuk. Kita orang masak tak sedap. Chef yana masak semuanya sedap, walau masak air pun sedap. Tak macam kami semua. Tangannya memicit perlahan.
Fadilah! Kipas laju sikit aku nak bodek lagi ni. Maka bunyi latar pun sambung berbunyi, kipas,kipas,kipas.
Eh! fadilah alang – alang  nak kipas aku, lajula sikit. Cepat sikit rambut aku ni kering. Aku bersuara. Diaorang ni boleh masuk raja lawak. Asyik nak buat lawak bangang je terutama si fadilah. Baik chef! Jawap fadilah. Dia berhenti mengipaskan dengan tangan dan menghilangkan diri di dalam bilik aku.
Aku nak makan asam pedas, memberi cadangan atau lebih kepada keinginan.
Asam pedas mana? Utara ke selatan?
Selatan la, jawap Amelia. Aku kan orang utara, aku nak ubah selera makan asam pedas versi selatan. Hari tu kau masak sedap betul sampai menjilat jari, puji (bodek ) si Amelia. Tiba – tiba aku terasa angin kuat membadai wajahku. Rupa – rupanya si fadilah menghalakan kipas yang diambil dari bilik aku. hampeh! Tahap melampau nak buat kelakar bangang.
Cukup tak anginnya chef! Fadilah dah mula ketawa kecil. Nak saya nyanyi, kipas,kipas,kipas lagi ke?
Aku tidak menjawap  soalan tak tidak bertauliah tu. Membara aje hati aku ni dengan perangai kanak – kanak ribena ni.
Asam pedas selatan ek? Amelia masih lagi memicit – micit bahuku lagak orang memujuk (membodek). “baiklah”, memberi persetujuan. Sebenar terdapat beberapa perbezaan kerana antara dua jenis asam pedas ni. Mari rujuk jadual di bawah.

OMG! Suamiku Greek! (Complete)Where stories live. Discover now