Bab 41

5.8K 208 1
                                    

Sayup – sayup aku dengar pakcik Johnny cash menyanyi. Hm.. siapa pula yang telefon aku petang - petang begini.

Aku memerhatikan nombor yang tertera di dalam skrin telefon.

Nombor siapa pula ni? hati kecil ku bertanya. Memandangkan Leo telah menukar nombor telefon aku pada minggu lepas, jadi hanya orang yang terdekat seperti Leo ( off course la kan) ya- ya, Nabil, Fadilah, doctor erm.. entah apa nama…

eh! Eh! banyak juga senarai orang tahu akan nombor baru aku ni.

"Assalammualaikum," aku memberi salam. Malangnya salam aku tidak berjawap.

"Katerina disini,"

Ooo… cik Katerina yang telefon rupanya.

"Saya nak minta maaf," ringkasnya, straight to the point-

-nya.

Erm… aku tak tahu nak jawap apa. Aku ni bukannya malaikat tapi aku juga bukannya syaitanirajim.

"I really want to wish you happy but I can’t, but if I had know yang dia desperate nak anak boleh saya cari ibu tumpang," bebel Katerina lagi.

"o…kay,"

Aku cuba untuk tidak menjadikan ini adalah perbualan dialog berat sebelah.

"But.."

Eh! eh! ada but lagi pula minah ni, marah aku dalam hatilah.

"Kalau you tak suka atau tak mahu Leo lagi, tolong beritahu saya awal – awal. Saya nak pikat dia semula. okay bye!" Talian telefon terus diputuskan.

Aku masih lagi memandang telefon dengan pandangan yang tidak percaya. Adakah aku ni bermimpi? Tak nak lah cuba cubit pipi nanti sakit.

"What a bizarre conversation!" Aku bersuara kuat.

Agaknya aku masih lagi memandang kearah telefon di tangan aku tanpa berkelip semasa Fadilah menepuk bahuku perlahan.

"Telefon tu ada but salah dengan kau ke? "

"Huh!"

"Telefon tu ada buat salah dengan kau ke?" Ulang Fadilah lagi. "Lain macam aku tengok cara kau pandang telefon tu."

"Erm.. tak ada apa – apa", aku meletak telefon itu semula ke atas meja.

"Aku dah nak gerak balik Malaysia ni. kau kena jaga diri kau elok – elok tau. Say no to the stress. Nanti baby keluar.. sama dengan emoticon masam jangan baru nak menyesal."

"Ala.. sekejapnya.. lepak la beberapa hari lagi. penat oo baru sampai dah nak balik.
Jarak Greece – KL bukan macam jarak rumah kau ke kolej."

Sebenarnya Fadilah dah tiga hari di sini.

"Ha.. tahu tak pe.. aku kenalah balik. Exam lor… nak baca buku dulu," balas Fadilah.

"Apesal tak bawa buku sekali, tak pun kau boleh tanya dengan pakcik google", aku cuba memujuk.

"Ala.. aa juga kan… kenapa aku tak terpikirkan," jawap si Fadilah dengan nada sarkastik tahap melampau.

"Aku rasa aku faham… leo kata bawa kad pengenalan dengan passport aje kan?" Aku menembak. Ternyata sasaran aku tepat ke sasaran.

"Ha.. dah tahu perangai encik hubby kesayangan awak kan?"

"Sejak bila kau jadi bendul ni?" soalku dengan nada merajuk. Muncung!

"Sejak aku sayangkan kau dan aku tidak sabar nak jumpa dengan kaulah, pandai… "

Empangan air mata aku pun… mulakan beroperasi.
Aku memeluk fadilah. "Take care," pesanku ikhlas.

"No-no, you yang kena jaga kesihatan."

"Baby…" Fadilah tunduk sambil memegang perutku yang boyot. “ nanti kita jumpa lagi. jangan ganas sangat tinju pundi kencing mak awak tau!"

Fadilah menggenggam tanganku. "I know he is really love you. I can see in his eyes. Just give him a chance."

Aku mengelap air mataku.

"Jom teman aku ke helicopter…" Fadilah menarik tangan aku. dah macam pakwe makwe pula.

Dari jauh aku lihat Leo berdiri di tepi pintu gerbang menuju ke kawasan mendarat helicopter.

"What’s wrong, moro mou?" Leo kelihatan panic apabila melihat aku mengesat air mata. "Are you in pain?"

"Eh! tak adalah", jawapku pendek.

"Apalah encik Khairul ni, dia sedihlah sebab saya dah nak balik."

Terima kasih Fadilah kerana tolong jawapkan. Encik laki aku ni kadang – kadang blur…

Leo hanya menganggukan kepalanya.

"Terima kasih Fadilah kerana sudi datang in short notice," Leo mengucapkan terima kasih.

"Are you kidding me? Sapa yang tak mahu datang melancong percuma? Enciklah yang patut saya ucap terima kasih",

Amboi! Excitednya kawan aku ni.

"Next time aku bawa kau pergi ke mainland yer.. sorrylah keadaan aku sekarang tidak begitu mengizinkan nak bawa kau melawat kawasan", aku senyum.

"Ala.. pulau ni pun aku tak habis lagi jelajah. Eh! pilot dah bagi isyarat tu.. bye.. assalamualaikum! "

Aku dan Leo menjawap salamnya.

Leo memelukku dari belakang sambil meletakkan dagunya ke rambutku.

"Are you happy, agape mou?"

Aku hanya menanggukkan kepala.

I'll be more happy if you just love me back, aku merintih di dalam hati.

OMG! Suamiku Greek! (Complete)Where stories live. Discover now