Aku buntu. Aku tidak tahu ke mana arah yang harus aku tuju. Aku tidak mahu pulang ke rumah sewaku. Aku juga pasti tidak mahu pulang ke rumah Leo. Hak aku telah dilucutkan dua hari yang lepas. Dengan duit ehsan dari Nikandros yang masih berbakinya aku menaiki teksi dari KLIA menuju ke KLCC. Aku mahukan ketenangan.
Aku berjalan tanpa arah dengan perlahan mengelilingi taman KLCC. Aku mahu memproses segala apa yang telah berlaku dalam hidupku kebelakangan ini. Kemudian aku berhenti dan duduk di bangku yang bertentangan dengan kolam air pancut. Orang kata bunyian air boleh menenangkan minda. Aku berharap sangat bunyian air di hadapanku mampu membantu menenangkan perasaanku yang sedang berkecamuk sekarang ini.
Apa yang perlu aku lakukan sekarang?
Buat masa sekarang aku tidak sanggup untuk berhadapan dengan Leo. Dan memikirkan kemungkinan yang aku akan bertembung dengannya di kolej kelak. Eii.. tak sangggup…
Aku mesti tangguh dulu pengajian aku di sana. Tepatkah tindakan aku ni? Adakah Ini menjadikan aku, Ariana seorang yang pengecut, lari dari masalah
Oops! Bukan sekadar lari dari masalah tapi lari dari punca masalah iaitu Leo. Tolonglah aku ya Allah! Berikan petunjuk untuk diriku. Aku tahu kau menguji hambamu mengikut kadar kemampuan sesorang hamba tersebut. Jadi aku yakin aku mampu tempuhi badai ini, rintih hatiku.
Aku memandang keadaan sekelilingku. Ramai pelancong dari luar Negara mengambil gambar kenangan di hadapan KLCC, salah satu mercu kebanggaan rakyat Malaysia, untuk di abadikan dalam hidup mereka. Sedangkan aku yang baru balik dari Greece tiada satu pun gambar yang ku bawa pulang untuk dijadikan sebagai kenangan.
Aku mengambil telefonku di dalam beg yang ku sandang. Memang sengaja telefon itu tidak dihidupkan kerana aku tidak sanggup untuk membukanya kerana takut Leo akan menelefonku semula mungkin untuk memarahi aku lagi. Aku tenung lama telefon di genggamanku. Aku nekad tidak akan membukanya lagi. Bateri telefon dibuka dan simcard asal dikeluarkan dan di gantikan dengan simcard pra bayar. Aku tidak mahu diri ini dikesan. Mengenali Leo walaupun seketika, aku tahu dia pasti akan mengupah penyiasat persendirian untuk mengesan di mana aku berada. Itu pun kalau dia mahu mencari aku.Untuk apa kau meletakkan harapan yang tinggi, Ariana? dia sudah tidak mahu ada apa – apa hubungan dengan kau, marah akalku. Untuk apa dia mencari kau sedangkan sudah jelas dan terang ucapannya bahawa dia suruh keluar dari hidupnya.
Mungkin dia akan sedar bahawa aku tidak bersalah? Hatiku memujuk.
Mungkin adalah satu perkataan terlalu besar risikonya untuk kau letak harapan yang tinggi, marah akalku lagi.
Argh!! Aku mungkin aku sudah gila kerana bermonolog sendirian.
Seperti robot aku mendail satu nombor yang tidak akan hilang dari ingatanku."Hello.. " hujung talian bersuara.
"Assalammualaikum ibu", tanpa diundang air mataku mengalir laju.
"Yana?" Suara itu kedengaran resah.
Aku teresak di telefon. Aku tidak pedulikan orang yang lalu lalang di hadapanku yang memberikan reaksi bercampur akan tangisanku. Ada yang kaget ada yang tersenyum sinis ada yang memberi pandangan simpati.
"Ibu… Yana mahu ibu…", suaraku dengan penuh emosi.
"Datanglah jumpa ibu, sayang… ibu sentiasa menunggu..", balas suara itu lagi.
Mesti korang rasa pelik siapakah insan yang ku panggil ibu sedang aku adalah seorang yatim piatu. Insan yang ku panggil ibu itu adalah pengasas dan pengurus rumah anak yatim yang selama ini banyak membantuku untuk membentuk diriku sekarang ini. Dia adalah Puan Rahmah yang ku panggil ibu…
Tak ubah berbunga lalang,
Rendahnya pandanganmu,
Padaku yang amat memerlukan,
Kegersangan sekeping hati,
Harapkan setitis embun,
Agar basah hidup ini,
Aku yang terbiar,
Sejak mula lagi,
Biarku menangis, puas ku berduka,
Ku hanya mampu berserah,
Berserta doa harapan,
Ubahlah laluan hidup ini,
( rela – Tila)
YOU ARE READING
OMG! Suamiku Greek! (Complete)
RomanceApakah yang akan berlaku apabila kromosom XY, DNA campuran Greeks dan Melayu berjumpa dengan kromosom XX berDNA Melayu tulen. Pasti akan ada pertembungan budaya, bahasa dan juga cinta. Ini adalah kisah antara Khairul Leonadis Aristides Rahman seoran...