BAB 20

4.6K 197 1
                                    

Sekejap je seminggu berlalu. Hari ini akan termaktub dalam kamus hidup aku sebagai salah satu acara yang penting iaitu buat kali pertama aku akan menjejak kaki ke Negara asing.

Yeah! Perasan gembira tu pasti ada akan tetapi aku turut berdebar menantikan saat ini. Hari ini merupakan hari aku akan bertemu dengan nenek kesayangan leo. Bagaimanalah penerimaan nenek leo. Mampukah dia menerima aku seadanya. Kalau nak diikutkan syarat utama kriteria menantu kepada cucu kesayangannya telah dipenuhi, iaitu berbangsa melayu. Dah berpeluh tangan aku ni.

Sekarang kami berada di dalam pesawat penerbangan menuju kea then, Greece. Selain dari berdebar untuk berjumpa dengan nenak leo, aku hatiku berdentup gembira kerana ini adalah kali pertama aku menjejakan kaki ke tanah Greece.
Sebaik sahaja kami sampai kepalangan terbang di athen, kami disambut oleh beberapa lelaki berpakaian sut seperti cerita Men in Black tak pun cerita James Bond. Terasa macam artis terkenal pun ye juga sebab ada pengawal peribadi.

"Perlu ke semua ni leo?" Aku bertanya kepada leo yang sedang erat mengenggam tanganku.

"Ya, ini perlu," dia merujuk kepada genggaman tangannya.

"Tak... maksud saya bukan pasal pegang – pegang tangan ni, (hehe.. sebenarnya dalam hati suka.. halal..tak pa)," aku membetulkan.

"Habis tu?" Leo meneruskan langkahnya termasuklah aku kan…

"Perlu ke pembantu peribadi macam ni? Dah la setiap seorang seperti watak dalam cerita men in black aje, "aku menyuarakan apa yang aku rasa.

"Ini perlu," jawapan ringkas.

Ceh! Nada sama je seperti ‘ini poyo’.

"Kenapa?" Soalku seperti orang bodoh.

"Obviously! For safety reason" jawap leo lagi.

"Memanglah untuk keselamatan. Takkan diaorang semua ni penari latar kot," rungut aku perlahan. Mulut leo mengukir senyuman. Dia memberhentikan langkahnya, menghadiahkanku pandangan yang lembut dan kemudian mengucup dahiku perlahan.

"Don’t ever change yourself okay," kemudian kami meneruskan langkah.

Woah!

Aku masih terkejut dengan tindakan leo (seperti biasa mulut macam ikan belukang sebab tak tau nak cakap apa dah).

"Jangan tercegat saja. Cepat jalan. Perjalanan kita masih panjang," leo menarik tanganku kasar. Huh! Tadi aku bermimpi ke? Macam romantic aje laki tu. Kena personality transplant ke? Atau makhluk asing dah ambil alih badan suamiku.

OMG!

"Ariana!" suara leo mengejutkan monolog aku.

"Masuk ke dalam kereta," aku memandang ke arahnya.

"Kereta?"

Aku masih diawangan memandang wajah leo dengan blur.

"Subhanallah, dah mula berangan la tu," leo memegang kepalaku dengan kedua belah tangannya dan memalingkan mukaku kea rah pintu kereta.

Humang aih! Limosin! Jerit hati kecilku. Bestnya! Ini kalau boleh cerita dengan fadilah ni best ni. Aku melangkah masuk ke dalamnya.

Wow! Besarnya! Boleh menari Hindustan tak pun kpop kat dalam ni.

Hati dan mata aku masih meng’wow’ sehingga aku tidak sedar dalam sebesar – besar ruang di dalam kereta ni, leo duduk di sebelah aku.

Aku hanya sedar akan kehadiran leo setelah terasa tanganku di sentuh.

"Leo.." aku mengensot untuk menjarakkan diri darinya.

"Jauh lagi ke perjalanan kita ni", aku bertanya.

"Hm.. " leo bersandar sambil memejamkan matanya. Kemudian diam tanpa  menjawap soalan aku.

Dah tido ke suami aku ni? Memandangkan Ruang dalam limosin dah besar macam bas mini aku pun cuba bangun untuk mencari tempat duduk baru.

"Don’t  move ariana! just stay where you are," leo bersuara tanpa membukakan matanya.

OMG! Suamiku Greek! (Complete)Where stories live. Discover now