Membeli belah bersama si Katerina ini betul – betul memberi satu pengalaman baru kepada aku. Si Katerina memberi makna yang baru untuk golongan shopaholic kerana aku tak pernah jumpa orang gila berbelanja macam dah tiada esok hari.
Aku ni memang kekok gila. Ni bukan dunia aku di mana wang bukanlah masalah besar. Di Dunia reality aku dan lebih Sembilan puluh peratus manusia di dunia ini, duit adalah masalah utama. Kerana di dunia reality aku duit sukar dicari dan kami perlu menggunakan duit itu dengan sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan ini. Tapi memandangkan aku dah terjebak ke dalam dunia fantasi ni, aku hanya mampu menjadi pemerhati saja.
Err... dalam memerhati saja pun ada juga yang aku beli. Sikit aje.
"Look.. this shoes, Ariana. It’s so gorgeous,"Katerina menunjukkan salah satu kasut yang ada di rak. Aku dah tak pasti ni kedai kasut yang ke berapa telah kami masuk. Kasut yang si Katerina tunjukan tu macam pelik je aku tengok... mungkin cantik pada pandangan mata Katerina (Cuba berhusnozon). Malu pula dengan kaki aku yang hanya bersandal je ni (walaupun dengar kata dari Katerina sandal yang aku pakai ni jenama dari Gesele bunchen.. ala supermodel yang terkenal dan termahal di abad ini tu..)
Katerina pula memakai kasut bertumit tinggi dihiasi dengan batu kristal merah berjenama dari Christian Louboutin .
Psst.. aku memang tak kenal pun cap kasut si Katerina tapi dia sendiri yang volunteer beritahu aku jenama high heel dia. Kalau dia cakap kasut dia jenama cap ayam pun aku percaya. Tapi huh! aku hairan..dah lama dia berjalan ke sana ke sini, kaki dia tak sakit ke di dera dengan kasut tumit tinggi ni.
Mata aku terbeliak melihat harga kasut yang ditunjukkan oleh Katerina. Rupa pelik tapi harganya ya ampun! Boleh bayar yuran pengajian aku ni. Siap ada baki lagi...
"Your must have it. It is a real bargain and soo cute", katerina meminta juru jual mengambil saiz yang sesuai untuk aku mencuba. Lagilah aku membeliakkan mata.Cute? Macam belalai gajah je.
"No..no.. Katerina. I don’t wear that kind of heels, gila kau, kasut dua belas inci tu."(aku tembak je tinggi kasut tu)
"It is an armadillo shoe. We..women must endure pain to look good. Have it try,"Katerina menghulurkan kepadaku kasut supaya aku mencubanya. Aku hanya menggelengkan kepala. Katerina yang tidak faham akan bahasa universal yang mengatakan menggerakkan kepala berulang kali ke kiri dan ke kanan bermaksud tidak itu, terus menarik aku untuk duduk di bangku yan disediakan dan si jurujual dengan pantas menyarungkan kasut tersebut ke kaki aku ni. Cish! Macam ada teori konspirasi je ni.
“Come on..try...walk..”, Katerina mengesa aku supaya bangun dan cuba berjalan dengan kasut yang pada pendapat aku patut diletakkan tanda ‘bio hazzard’ untuk bukan pencinta kasut seperti aku ni. Aku pun cuba bangun, pada percubaan pertama aku memang tidak Berjaya. Memandangkan si Katerina yang tak putus - putus memberi sokongan moral kat aku, aku pun cuba untuk kai kedua dan..yeah! Berjaya berdiri! Sort of.. bergoyang – goyang plus menggigil.
Humang aih!Tak pernah pula aku rasa tinggi sebegini. Aku dapat lihat perspective baru dari ketinggian aku sekarang ni. Ada rasa macam gayat je, ada rasa best pun ada. Aku pun cuba berjalan setapak demi setapak.
Perasaan terdekat yang boleh aku jelaskan pada ketika ini adalah sama seperti aku berjalan di atas titi yang kecil dan bergoyang.
Horror gile!
Ish! Ish! Macamana orang boleh pakai kasut setinggi macam ni. Betis, buku lali, tapak kaki malah ibu jari kaki aku ni kalau boleh bersuara dah lama telefon teledera dah ni. Huhu takut terseliuh.
"Ha.. good! Very good! We buy this one.." Katerina bersuara.
"No…no..," aku menggeleng kepala. Aku lihat si jurujual macam sedikit kecewa dengan aku. Agaknya melepaslah komisyen dia kalau aku tak jadi beli.
"We take this one", Katerina mengembalikan keceriaan di wajah jurujual wanita tersebut.
"No..no.. I cannot walk properly in this horrible,nonsensible shoes," aku separa menjerit.
YOU ARE READING
OMG! Suamiku Greek! (Complete)
RomanceApakah yang akan berlaku apabila kromosom XY, DNA campuran Greeks dan Melayu berjumpa dengan kromosom XX berDNA Melayu tulen. Pasti akan ada pertembungan budaya, bahasa dan juga cinta. Ini adalah kisah antara Khairul Leonadis Aristides Rahman seoran...