Oh!
Wow!
Akhir untuk ke dua kalinya kaki aku menjejak ke pulau langkawi. Yang bezanya adalah kalau dulu aku datang melalui jalan laut yakni menaiki feri kali ini aku datang melalui jalan udara iaitu kapal terbang. Pulau ini memang indah dan sangat terkenal di kalangan pelancong tempatan mahupun luar Negara. Boleh dijadikan sebagai tempai untuk honeymoon buat pasangan yang baru berkahwin. Ewah! Ewah! Boleh mohon kerja jadi pemandu pelancong pula lepas ni.
Seperti biasa kami tidak berdua hanya sahaja(maksudnya boleh lupakan angananku untuk berhoneymoon) pastinya ada orang ketiga yang akan menemani kami tidak lain dan tidak bukan sudah tentulah nabil si pemandu peribadi aka pengawal peribadi aka orang kaya peribadi.. dah sudah tentulah dia pun asyik melekat ke dengan kami. Huhu..
"Encik khairul.. perimeter selamat. Tiada orang yang dikenali berada di kawasan berdekatan. Semua ahli lembaga pengarah sudah ada di hotel."
Aku?
Blank!
Huh! Perimeter selamat?
Ada Anak panah imaginasi besar menunjukkan aku adalah Pak pacak dalam perbualan ni.
"Good! Kereta sudah tersedia?" Tanya leo.
"Sudah ada di tempat parking. PA saya sudah uruskan," jawap si nabil.
"Good," balas si leo pendek.
Just...wow! Driver pun ada PA.
"The meeting will be start tomorrow morning and I want you to accompany me," leo memberi arahan.
"Hmm.. arahan tu untuk siapa ye?
Untuk aku ke?
Atau untuk Nabil? Aku memandang wajah leo.
"Saya ke?"
Pak pacak cuba mendapatkan dialoq. Akan tetapi seperti kebiasaanlah pak pacak terus terabai. Huh! Tekanan perasaan betul.
"Yes, sir," balas nabil.
Mulutnya ada sedikit tercuit – cuit macam nak tersenyum je. Ni mesti dia dengar apa yang aku kata tadi tu..huhuhu
Dah korang berdua nak berbual sangat dan mengabaikan aku kat sebelah ni kan? Hah! Amek kaw! Borak la sepuas hati. Bukannya aku faham pun apa yang korang bualkan. (Well... aku faham bahasa melayu dan inggeris bukannya bongok sangat aku ni tapi yang aku tak faham adalah isi kandungan di dalam perbualan tersebut)
Perlahan – lahan aku mula memperlahankan langkah ku.(berapa kali perlahan daa..) akibat dari tindakan aku tu maka mereka berdua leka berbual sehinggakan tidak sedar bahawa aku telah jauh tertinggal kebelakang.
Yes!
Boleh la aku merayau – rayau kawasan lapangan terbang ni. Almaklumla aku ni jakun tak pernah sampai ke sini.
Mula – mula aku tuju kedai coklat. Dengar kata coklat kat sini murah – murah. Nyam – nyam! Hantu coklat sudah datang. Jaga – jaga beg duit aku.. dah mula nak rabak dah ni..hehe..ada duit sikit mula la nak lupa diri.. manusia.. manusia..Seusai aku membeli belah di kedai coklat aku duduk di satu pangkin yang disediakan. Aku sengaja beli coklat di sini kerana aku tak tahu sama ada encik suami akan bawa aku pergi berjalan – jalan atau tidak.
Nyum!nyum!
My inner diva dah mula menggosok tangan tanda gembira. Aku mula membuka coklt kegemaranku. 70% dark chocolate..just my taste. Aku memerhati keadaan sekeliling. Ramai juga yang datang ke sini. Mungkin sebab cuti umum pada hari isnin ni maka pelancong temptan mengambil kesempatan untuk melancong di pulau ini. Atau mungkin mereka seperti leo, datang bermesyuarat di sini. Siapa tahu?
YOU ARE READING
OMG! Suamiku Greek! (Complete)
RomanceApakah yang akan berlaku apabila kromosom XY, DNA campuran Greeks dan Melayu berjumpa dengan kromosom XX berDNA Melayu tulen. Pasti akan ada pertembungan budaya, bahasa dan juga cinta. Ini adalah kisah antara Khairul Leonadis Aristides Rahman seoran...