CERITA CINTA SILAM: SIHIR CINTA

227 5 0
                                    

Aku melihat Zailee sedang membongkok 90 darjah sambil dagunya hampir-hampir mencecah lantai meja beralaskan baldu berwarna hijau itu. Tangan kanannya kemas menggenggam sebatang kayu sambil tangan kiri diletakkan dia atas meja sebagai pemandu kayu panjang tersebut.

"Hitam!" Semangat dan yakin Zailee menyebutkan warna bola yang akan dibidiknya.

PAP! Dalam satu saat, bola berwarna putih yang ditunjalnya mengena bola hitam. Tapi akibat salah teknik, bola berwarna hitam melantun ke meja sebelah sementara bola putih masuk ke lubang di penjuru meja.

"KAH KAH KAH KAH KAH!" Aku ketawa serupa bangsat akibat Zailee tewas 7 pusingan snuker kepada aku hanya dalam satu jam.

"Bukak baru!" Zailee melaung ke petugas kaunter snuker. Biasanya dijaga budak rempit pemakai bangle besi rantai anjing dekat pergelangan tangan.

"Apasal ajak aku main snuker ni?" Aku cuba memancing niat sebenar Zailee. Dia bukan hebat dalam sukan menunjal ni. Zailee cuma hebat bermain softball. Entah pondan mana yang memupuk beliau main sukan lembik sebegitu.

"Aku clash dah dengan Zaitun." Suara Zailee mendatar dan hiba.

Aku menahan diri dari ketawa lagi. Kebas pipi aku kembung dengan udara akibat menahan gelak. Lalu aku susuli dengan mengetap bibir bersenyuman yang mengakibatkan lesung pipit aku jelas kelihatan. Itulah teknik biasa aku buat kalau nak tahan ketawa demi menjaga hati kawan.

"Baru sebulan dah clash?" Aku cuba menenangkan diri sendiri.

"Hmm. Dia dapat balak lain. Sorang mamat Penang yang meniaga barang runcit dekat Kulim. Dahlah tak hensem." Zailee menyalurkan rasa geramnya dengan menunjal bola putih kuat-kuat. Habis berselerak bola-bola berwarna bertaburan ke lantai.

"Rileks lah." Aku tak tahu nak tenangkan Zailee macamana.

"Dalam setahun ni, dah 8 kali aku putus cinta kau tau tak! Macamana aku nak rileks!" Zailee tiba-tiba menolak aku ke dinding dan mencekak kolar baju aku.

"Chill Zailee! Chill! Aku ada cara."

Zailee perlahan-lahan melepaskan cengkamannya di kolar baju aku. Nafasnya berombak masih marah. Entah apa dimarahkan dan untuk apa dia marah.

"Apa caranya?"

"Zailee. Dalam dunia ini, setiap masalah ada penyelesaiannya, sementara Chelsea pula ialah bola sepak sebenar dalam dunia ini." Aku menerangkan.

"Kau guna minyak dagu. Aku pernah tertengok dekat YouTube tutorial buat minyak dagu." Aku cadangkan.

"Ok. Esok kita buat." Benarlah cinta itu buta dan boleh membutakan. Zailee terus setuju tanpa memperdulikan hal-hal insani dan batiniah.

Esoknya, berbekalkan tutorial di YouTube, aku dan Zailee mencari kubur orang yang mati kelemasan. Menurut kata-kata orang paranormal, air merupakan sumber cinta kerana air sentiasa mengalir. Orang yang mati lemas merupakan orang yang mati dengan penuh kecintaan.

Selidik punya selidik, kami dapat juga tahu kubur empunya siapa yang mati kelemasan. Seorang wanita. Itu pun selepas kami terdengar cakap-cakap Mak Cik Lijah di gerai burgernya. Mak Cik Lijah peniaga burger yang sistematik. Burgernya juga sedap. Malahan anak gadisnya yang membantu juga sedap dipandang. Semacam ada dua biji burger double special di pasangan buah dadanya.

Aku dan Zailee memulakan proses menggali. Barang-barang peribadi seperti telefon bimbit, jam tangan, powerbank, kotak rokok, pemetik api, botol minyak gamat yang sudah kosong semuanya kami letakkan di tepi kubur sambil lampu powerbank jadi punca cahaya kami membuat kerja. Entah kenapa aku ikhlas membantu Zailee. Mungkin inilah namanya kuasa sahabat. Tak sanggup aku melihat Zailee menderitai cinta, lantas aku memegang prinsip, cinta itu menguatkan semangat. Bukan melemahkan semangat.

Sebaik galian mula hampir ke dasar liang lahad, kami perlahankan galian. Terlihatlah sekujur jenazah yang mana dagunya bakal disalai sebentar lagi. Malang sungguh jenazah tidak berdosa itu.

Zailee menyapu-nyapu tanah di muka jenazah itu.

"Maafkan aku." Zailee terus menghidupkan pemetik api tajam menghala ke dagu jenazah. Bau daging tersalai mula terhidu kuat. Minyak mula menitis masuk ke dalam botol minyak gamat yang ditadah di bawah dagu jenazah.

"Awuuuuuuuuuu!!! Bunyi lolongan anjing sayup-sayup seakan ditiup angin. Benar. Angin juga mula bertiup kencang menambah efek seram. Aku rasakan bukan aku, Zailee dan jenazah itu sahaja yang ada di situ. Pasti ada entiti lain.

"Melepaskanmu, bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini..." Aku menyanyi lagu menjengkelkan bagi menghilangkan rasa takut.

"Uuuuuu. Uuuuu. Uuuu..." Terdengar sayup-sayup suara tangisan seorang gadis di atas tanah.

"Dahlah tu Lee. Jom balik. Kita main FIFA." Aku mengajak Zailee beredar. Sebenarnya aku dah mula cuak. Aku yakin Zailee pun cuak melihatkan dia menggeletar bagaikan telefon bimbit dalam mod 'vibrate'.

Kami masuk ke dalam kereta tanpa mempedulikan tanah-tanah yang menyelaputi baju kami. Yang penting kami perlu beredar.

Sebaik sahaja aku memulas picu lampu hadapan kereta, 'BAM!' Terpampang sekujur tubuh jenazah yang dagunya ada kesan terbakar!

"Itu mayat tadi!" Zailee menjerit sambil menuding.

Tanpa dapat berfikir logik, aku memijak clutch dalam-dalam, masuk gear satu dan langgar terus mayat berdiri tersebut.

"Gedegang!" Jelas bunyi kami melanggar benda yang keras. Terpelanting mayat itu masuk balik ke dalam lubang kubur miliknya. Terer gila aku.

***********

Aku berbaring malas sambil mengawal permainan video di televisyen menggunakan alat kawalan jauh. Permainan video tentang seorang tentera Amerika yang berhadapan misi di Congo. Aku tengok Zailee ralit dengan telefon bimbit sambil tersengih-sengih.

"Makwe baru la tu?" Aku menegur.

"Hahaha. Lawa toq. Tengok ni." Zailee menunjuk gambar seorang gadis yang manis dengan bertudung litup dengan sudut gambar senget 45 darjah dari atas. Tipikal gambar gadis-gadis.

"Power dowh minyak dagu tu." Zailee memuji. Entah siapa entah dia puji.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagu Paddle Pop tanda ada panggilan masuk. Pasti gadis yang dia mesej dari tadi. Zailee beredar ke balkoni inginka privasi berbual. Biarlah. Orang sedang bahagia.

Aku dapat dengar dengan jelas Zailee terkekeh-kekeh menggedik ketawa-ketawa dengan makwe dalam talian telefon. Tapi tiba-tiba aku terdengar satu permintaan Zailee.

"Alaaa. Bolehlah you. Satu je gambar tak pakai baju. I janji I delete terus. Pomish."

"BANGSAAAAATTTT!!!" Aku berlari menerajang Zailee dari belakang.

"Kalau macamni kerja mintak gambar bogel je, memang 100 kali pun takde makwe nak lekat!" Marah betul aku dengan sikap malar tak boleh diubah Zailee itu.

Marah betul aku. Maraaaahhh!!!

CERITA CINTA SILAMWhere stories live. Discover now