CERITA CINTA SILAM: SKUTER

141 2 2
                                    

KISAH SILAM PERCINTAAN: SKUTER

Tadi aku bawak motor nak balik rumah dengan kadar biasa-biasa sambil hisap rokok dan nyanyi lagu Basikal Tua. Sampai dekat lampu isyarat aku berhentikan motor sebab lampu merah.

Kereta je yang banyak. Motor aku sorang je rasanya. Sedang aku menunggu lampu bertukar hijau, tiba-tiba berhenti pulak sebiji skuter dekat sebelah aku. Wangi lain macam. Takkan la ada pontianak siang-siang.

Aku toleh ke kiri. Peh! Punya lawa manusia. Penunggang skuter tersebut ialah seorang makwe dengan rambut melepasi paras bahu yang aku kira berusia sekitar 25 tahun. Dia memandang sahaja ke depan. Dia menyandang sebiji beg. Aku kira mesti dalam beg tu ada lukisan-lukisan pelan bangunan. Pasti dia bukan makwe biasa-biasa memandangkan gayanya macam baru balik kerja. Dan siapa pulak yang kerja hari Ahad kalau bukan orang berkepentingan?

Dekat rumah, ibunya sudah pun siap memasak untuk makan malam sementara ayahnya sedang sibuk menguruskan kira-kira bekalan kedai runcit. Ayahnya seorang peniaga kedai runcit dan Alhamdulillah anak gadisnya kini membesar dan berjaya menjadi seorang pelukis pelan.

Makwe tersebut terpaksa berulang-alik ke tapak projek atau pejabat untuk ke rumah dengan menaiki skuter demi mengurangkan kos sara hidup. Sebagai langkah penjimatan, dia berulang-alik sahaja ke rumah orang tua tanpa perlu menyewa rumah. Dapat juga dia tengok-tengok orang tuanya yang kian dimamah usia.

Aku memerhatikan lampu merah menunggu ke lampu hijau sambil membayangkan aku dan makwe skuter di sebelah sedang bersiar-siar di tasik yang membiru.

Bila sahaja lampu bertukar hijau.

"Vrooooooommmmmmm!!!"

Berdesup skuter tersebut tinggalkan aku dan motor yang baru nak pijak gear satu. Tau-tau dia dah hilang dari pandangan.

Celake. Laju tak patut makwe zaman sekarang ni bawak skuter. Tak jadi aku nak buat makwe. Mana aku nak letak muka kalau asyik kena tinggal?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CERITA CINTA SILAMWhere stories live. Discover now