CERITA CINTA SILAM: KEINDAHAN

466 7 3
                                    

Ramai yang tak tahu, sebenarnya aku pernah bercinta dengan makwe 'free hair'. Puas jugak aku fikir apa dia 'free hair' dalam Bahasa Melayu tapi tak jumpa. Takkan 'bebas rambut' pulak?

Baizura (Bukan nama sebenar) memang lawa. Wajahnya kacuk antara Melayu dengan Cina. Barangkali susur galur keluarganya ada berkahwin dengan bangsa Cina apatah lagi negara kita memang berbilang bangsa kaumnya. Baizura berwajah bujur dengan anak mata berwarna coklat terang. Kalau ditenung, matanya semacam terpancar bentuk kristal. Rambutnya beralun melebihi paras bahu. Kadang-kadang dia lepaskan, kadang-kadang dia ikat bentuk ekor kuda. Tapi belum pernah lagi dia buat rambut gaya Wong Fei Hong, botak depan.

Aku jumpa Baizura masa kami terperangkap dalam satu seminar Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat atau bahasa mudahnya Multi-Level Marketing (MLM). Aku mengikuti seminar tersebut sebab kawan aku, Akhmal, beria-ia mengajak. Katanya nak dengar ceramah cepat kaya. Sudahnya aku rasa nak tumbuk muka Akhmal bila penceramah seminar tak habis-habis 'luar biasa baik, luar biasa baik.' Dahlah tunjuk gambar melancong tak habis-habis.

Seminar tersebut berlangsung secara bangang. Lalu aku ambil keputusan untuk keluar dan pergi hisap rokok sebab boring. Waktu aku keluarlah aku ternampak Baizura tengah duduk dekat satu sofa sambil main Candy Crush. Aku yang terniat nak hisap rokok, berubah niat sama sekali. Terus duduk berhadapan dengan Baizura.

Wangian dari tubuh Baizura pantas menangkap di rongga hidung aku sebaik aku melabuhkan punggung di sofa. Rokok John Putih aku nyorokkan semula dalam poket seluar bagi mengekalkan imej lelaki maskulin.

"Hai. Sangkut seminar jugak ke?" Aku bertanya mesra.

"Ha'ah! Geram je. Cousin I la ni. Dok ajak dengar ceramah apa ntah ni! You pun?" Baizura mencebik.

"Hahaha. Samalah. I pun ikut member ni." Peh. Dia punya perasaan ber-I-you ni, tak boleh digambarkan. Rasa macam bangang. Tapi makwe punya pasal, jiwa rock buang jauh-jauh.

Dalam perbualan ringkas tersebut, aku terpana dengan anak matanya. Sedikit sepet tapi masih cantik. Semacam matanya turut berbicara dengan mata aku, 'marilah kita bercinta'.

*********

Tak sangka aku bercinta dengan makwe 'free hair' yang lawa. Maka berbanggalah aku bila kawan-kawan tak habis cemburu dengan aku.

"Orang pergi seminar MLM, nak kaya. Khuz pergi seminar MLM, dapat makwe lawa. Geraaam je aku." Terngiang-ngiang suara Akhmal yang tak berpuas hati. Satu, tak puas hati aku dapat makwe lawa. Dua, tak puas hati dia tak dapat lagi cari downline.

Suatu hari, seperti biasa, Baizura mengajak aku keluar di hujung minggu. Apa lagi tugas seorang makwe-pakwe? Mestilah keluar meluangkan masa dan berbalas kata-kata cinta.

"You. Hari ni nak pergi mana?" Baizura bertanya lembut sewaktu kami makan tengahari di sebuah restoran ternama sebelum keluar.

"Eh. Ikut you la. I kan driver je. Hihihi."

"You kan boyfriend I. Apa pulak driver. Bencilah." Baizura mencebik manja. Biasanya aku tewas.

"Ok... Ok... Alaaa. Janganlah merajuk. You tahukan kalau you merajuk, nanti I nangis? You dahlah cantik buat muncung gitu." Ya tuan-tuan dan puan-puan, geli jugak bila aku ingat aku pernah cakap macam ni.

"Hmm..."

"Oklah. Tengok wayang nak?" Aku mencadangkan.

"Taknaklah. Wayang dengan mall ni... Boringlah. Nak la tempat yang seronok. Penuh dengan elemen cinta. Cantik. Lawa. Haaaa. Gitulah best. Baru ada makna kita keluar dating." Baizura mencadangkan.

Sungguh aku bersyukur Baizura tak tipikal macam makwe-makwe lain yang suka ajak pakwenya tengok wayang dan lepak kompleks membeli-belah. Aktiviti gitu, zaman sekolah bolehlah. Ni zaman karier. Zaman membina empayar! Baizura memang tersendiri. Selain wajahnya yang cantik, Baizura turut bijak membuat keputusan.

********

Akhirnya malam itu kami berpisah secara baik dan membuat haluan masing-masing walaupun berat untuk aku terima.

"Macam orang zaman dulu je lepak tempat-tempat gini." Masih terngiang-ngiang suara Baizura di gegendang telinga. Semuanya sebab aku bawak dia pergi Zoo Negara dengan Muzium Negara.

Kata tak nak tengok wayang sangat!? Hek eleh.

CERITA CINTA SILAMHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin