CERITA CINTA SILAM: SERAGAM

137 2 0
                                    

"Tiada lafaz yang lebih agung! Kalimah cintamu. Yang ku tunggu-tunggu! Biar jasadku yang menanggung permainan darimu. Relaku pujuuuuk!" Akhmal menyudahkan nyanyiannya. Lagu tersebut menang Juara Lagu 2004. Memang layak juara. Tapi mana entah perginya band yang bertanggungjawab perkenalkan lagu tu. Jual burger agaknya.

Aku juga selesai memetik gitar. Macam ahli band yang profesional, kami kerap mencari keseragaman dalam menghiburkan hati sendiri.

"Power dah ni, Khuz. Aku rasa kita boleh pergi jauh." Akhmal bermotivasi.

"Pergi jauh tengkorak kau. Lagi sekali kau nyanyi sengau gitu, aku tumbuk kau. Eeeee. Geram je aku. Guna suara biasa tak boleh?" Memang pantang betul aku dengan Akhmal bila dia menyanyi. Dia peminat Aiman Tino. Lantas nyanyiannya juga dia tiru suara penyanyi bersuara macam belum pernah mimpi basah itu.

"DUM!" Pintu rumah kami terkuak dari luar. Safwan masuk dengan nafas tercungap-cungap mendengus.

"Hnss hnss hnsss! Bak gitar tu!" Safwan minta. Aku hulurkan tanpa prejudis.

"PRANG!" Dia hempas gitar aku ke dinding.

"Eh laknat! Gitar aku tu. Kau apasal? Dah nak mampos?" Aku bingung dengan sikap baran Safwan tiba-tiba. Akhmal yang ketakutan dengan situasi tak terduga itu, sekadar berdiam, melompat ke dalam sangkar hamster dan berpura-pura jadi hamster.

"Hnsss hnsss hnsss... Gini..."

*******

Safwan diketahui kami dengan perangai buaya daratnya walaupun rupanya takdelah boleh pergi mana. Dia cuma berlagak kelakar. Modal kelakarnya pun banyak dicedok dari pick up line bodoh berakhir chia chia chia. Tak faham juga aku makwe bangang mana yang bercitarasa selera lawak gitu. Sekurang-kurangnya ada 8 orang makwe dah ditawan hati oleh Safwan. Namun begitu, dalam banyak koleksi makwenya, Safwan cuma benar-benar mencintai Haliza. Makwe berwajah naif tapi suci dan penuh santun. Itulah makwe dia nak buat bini.

Safwan bijak menyusun jadual untuk keluar dengan makwe. Juga setiap lokasi juga jauh antara satu sama lain. Termasuk juga latar belakang kerjaya. Ada yang masih pelajar universiti tempatan, ada pelajar praktikal kolej swasta, ada pekerja kerajaan, ada staf swasta, ada juga yang meniaga sendiri. Genius macam Safwan ni jarang-jarang dikuasai jantan-jantan di luar sana yang suka berlaku curang.

Suatu hari, Safwan mengajak salah seorang makwenya untuk menengok wayang. Cerita seram. Teknik mengajak makwe tengok cerita seram ni teknik paling keji untuk mengambil kesempatan.

"Eeee!!! Seramnya you!!!" Lina memeluk erat lengan Safwan sambil menyembam muka di belakang lengan Safwan. Safwan cuba menumpukan tontonan walau hakikatnya dia dah tak keruan sama.

Selesai bertemu janji, Safwan menghantar Lina ke rumah sewa menggunakan jentera peribadinya, sebuah Proton Saga BLM yang dibeli secara ansuran AEON Credit, bayar bulan-bulan RM500.

"Thank you ajak I tengok wayang."

"Hehehe. Sama-sama. Good Night! Muah! Sweet dream!" Safwan melayangkan ciuman layang. Macam setan kalau difikirkan.

---

Hari berikutnya, Safwan keluar pula dengan Latifah. Seorang gadis meningkat remaja sedang melewati gelora cinta. Malang sungguh nasibnya, Safwan dijadikan objek bercinta yang pada Latifah adalah suci.

Hari itu Safwan membawa Latifah melawati Galeri Seni. Menurut Safwan, seni adalah sesuatu yang abstrak dan tak boleh diungkaikan dengan tulisan. Cinta juga suatu yang seni. Meleret-leret senyuman Latifah memikirkan dia sedang bercinta dengan lelaki berfalsafah agung.

Malamnya, Safwan menghantar Latifah pulang. Safwan turunkan tingkap kereta dan Latifah merapati pintu kereta.

"Terima kasih lelaki hebat. Hati-hati pulang."

"Heeee. Tidur elok-elok tau. Jangan nakal-nakal."

"Eeee. Awak ni. Nak nakal apa time tidur?" Latifah menggedik.

"Hehe. Babai!"

---

Hari berikutnya, Safwan keluar pula dengan Nurul Ain. Seorang gadis penjawat awam di salah sebuah organisasi perairan. Dia kenal melalui Facebook. Safwan mengajak Nurul Ain ke ladang teh. Sengaja dia ingin menikmati kehijauan.

"Nurul Ain tahu? Teh ni minuman zaman berzaman. Di Tamadun Hwang Ho juga pihak istana menjadikan teh sebagai medium berdiplosi." Safwan menggunakan pengetahuan sejarahnya yang entah betul entah tidak.

"Wow! Power la Safwan! Untuk Ain ada pakwe terer Sejarah." Lalu mereka berpimpin tangan melewati renek-renek pokok teh yang menghampar seolah-olah permaidani hijau yang menutup tanah-tanah.

"Good Night Ain. Jangan tidur lewat tau." Safwan menasihati Nurul Ain sebaik menghantar gadis itu ke rumah. Sempat juga dia mencuit hidung Ain.

"Ehek! Safwan pun. Baik-baik balik. Jangan laju-laju."

"Babai darling."

----

Esoknya, Safwan keluar pula dengan Amelia. Seorang wanita berkerjaya dengan kedudukan agak tinggi di syarikat. Kali ini wanita itu yang menjemput Safwan dengan kereta Ford Fiesta. Mereka makan malam secara ekslusif di sebuah restoran mewah berlatarkan pemandangan KLCC dengan alunan muzik lembut serta penataan cahaya separa terang. Romantis. Sangat romantis.

"Dalam kesamaran begini pun, saya masih boleh nampak mata awak bersinar." Pujian Safwan sebaik dia menyua sesudu nasik goreng kampung.

"Hehe. Awak ni ada-ada je la." Amelia tertunduk tersipu senyum menyebabkan rambutnya terjatuh menutup dahi.

Selesai makan malam, Amelia menghantar Safwan pulang.

"Take care tau awak. Hava a nice trip." Safwan yakin dengan perbendaharaan Bahasa Inggerisnya. Entah betul entah tidak.

---

Hujung minggu, Safwan keluar makan bersama kekasih sebenarnya. Haliza. Itulah satu-satunya untuk dia buat bini. Keluarga masing-masing juga sudah saling mengenali dan merestui hubungan mereka. Tinggal cincin sahaja untuk disarung di jari.

"Sayang. Jom shopping?"

"Ok anje." Safwan memandu selepas mereka makan.

Mereka membeli-belah ala kadar. Entah menda-menda yang dibeli pun Safwan tak tahu. Selesai segala urusan keluar, Safwan menghantar Haliza ke apartmentnya.

"Bye sayang. Hati-hati." Haliza menasihat.

"Night awak. Have a sweet dream. Dadaaaa." Safwan membalas.

"Awak? Sweet dream? Dadaaaa?" Selama ni tak pernah cakap gitu pun dekat anje? Cakap dengan perempuan mana tu?"

"Errrr... Anu... Errr... Gini... Errrr... Hehe... Anuuu... Huhu..."

"**** you!" Jantan tak guna!" Keperibadian lembut Haliza berubah sama sekali bila dia mencarut dalam bahasa penjajah dan menghempas pintu kereta lalu beredar tanpa menoleh.

**************

"KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH!!!!!!" Aku dengan Akhmal ketawa memang betul punya ketawa. Tak kasik chance langsung.

"KAHKAHKAHKAHKAH!!! Aduuuiiiii!!! Lain kali tu, seragamkan ucapan perpisahan tu. 17 makwe pun takkan kantoi. KAHKAHKAHKAHKAH!!!" Akhmal yang lebih berpengalaman dalam urusan banyak makwe menasihatkan sebaik kami mendengar cerita Safwan.

"KAHKAHKAHKAHKAH!!! Mangkuuuk! Mangkuk!"

"Hnsss hnss hnsss! Diamlah korang." Safwan bengang dan nyalakan rokok. Dahlah kepit rokok terbalik. Dia pergi bakar puntung rokok.

"KAHKAHKAH!!!" Kami gelak lagi bagai tiada hari esok.

CERITA CINTA SILAMOnde histórias criam vida. Descubra agora