5💞Mengapa💞

3.4K 169 19
                                    

"Amanda...Amanda," Taqiff memanggil, namun tidak diperdulikan.

"Amanda... Taqiff panggil kau tu," Intan mencuit bahu Amanda.

Amanda hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak. Intan memandang Taqiff dan menjuehkan mulutnya. Taqiff kelihatan resah. Taqiff mencuit belakang Amanda dengan pensil.

"Awak buat lagi, saya report dekat cikgu, faham!," Amanda berang.

"Aku minta maaf, hal semalam,"

"Kau pergi bawa maaf kau tu terjun kat sungai yang dalam tu, menyampah aku, sakit hati aku tengok muka kau, hipokrit,"

"Sungai?, baiklah Amanda, esok cuti, aku bawa maaf ni ke sungai," Detik hati Taqiff.

Tiba-tiba, Cikgu Dalini masuk bersama seorang pelajar baru.

"Bangun,"

"Selamat pagi cikgu," Kata Taqiff. Di ikuti semua pelajar kelas 5S1.

"Selamat pagi semua," Jawab Cikgu Dalini.

Amanda sedih, dia hanya memandang mejanya sahaja ketika Cikgu Dalini masuk ke kelas, moodnya hari ini suram dengan kata-kata Taqiff semalam. Hatinya terguris.

"Kelas, hari ni kita ada pelajar baru, ok, awak kenalkan diri yer,"

"Assalamualaikum, nama saya Muhammad Hazirul Bin Wazir, boleh panggil saya Zirul, saya dari Johor," Hazirul perkenalkan dirinya.

"Suara tu, Zirul?, Ya Allah memang betul Zirul, tapi mengapa dia di sini," Amanda mengangkat pandangannya ke depan.

"Zirul, awak duduk disebelah Firdaus yer," Arah Cikgu Dalini.

"Terima kasih cikgu," Hazirul melangkah ke arah Firdaus yang berdiri, mereka bersalaman.

"Syukur, akhirnya aku dapat juga sekelas dengan kau Amanda, aku rindu sangat dekat kau," Detik hati Hazirul.

"Dua tahun kau pergi macam tu jer, tiba-tiba kau muncul hari ni, ah! biarlah, yang penting aku bukan yang dulu lagi," Amanda menyeka manik-manik jernih yang tiba-tiba memenuhi ruang matanya.

"Wah!, kacaknya budak baru tu," Mira menoleh ke arah intan dan Amanda.

"Eishh kau ni... tapi aku pun rasa macam tu juga, memang  kacaklah, cair hati aku, macam pelakon koreakan," Balas Intan.

"Amanda, buku rujukan Sains yang aku nak pinjam tu, kau bawa tak?," Tiba-tiba Sofia beralih.

"Kejap ek," Amanda mengambil sapu tangan dan ditekap ke matanya,"

"Eh! Amanda, kau ok tak ni, macam menangis jer," Sofia mengerut dahinya.

"Taklah, mata aku ni macam termasuk habuk pensil ni, hah," Amanda menghulurkan buku rujukan Sains.

"Oh! ok, thanks Amanda,"

"Amanda menangis? sebab akukah?, aku bersalah sangat kat dia," Detik hati Taqiff setelah terdengar perbualan Amanda dan Sofia.

Waktu rehat kini telah tiba, kebanyakkan pelajar menuju ke kantin untuk mengisi kekosongan perut. Amanda tidak ke kantin, seleranya putus.

"Amanda Rosella..," Tiba-tiba sebungkus roti gardenia berperisa coklat dihulurkan kepadanya. Roti yang dulu sangat di sukainya dan selalu diberi oleh seorang yang penting baginya. Amanda mendongakkan kepalanya.

"Kenapa awak datang sini? tak cukup lagikah awak sakitkan hati saya, awak pergi macam tu jer, dua tahun saya tak dengar berita dari awak, mana janji awak? awak tipu saya," Amanda menekup mukanya. Hazirul menarik kerusi dan duduk berhadapan Amanda.

"Sebenarnya ayah saya ditukarkan ke Afrika, kami terpaksa bertolak malam tu juga ke sana, sebab ada kes kecemasan ditempat kerja baru ayah saya, mereka perlukan ayah saya dengan segera, awak.... betul....saya tak nak pergi, tapi saya tak ada saudara kat Johor, saya tak ada pilihan... saya sayang awak, saya rindu sangat dekat awak,"

"Tapi media sosialkan ada, facebook, twitter, awak bolehkan hubungi saya,"

"Awak... kerja ayah saya tu di kawasan pedalaman, manalah nak ada semua tu, saya nak tengok tv pun tak boleh, dah macam orang asli,"

"Betulkah, awak tak tipu saya?,"

"Betul, saya tak tipu, saya syukur sangat dapat balik ke Malaysia, terus saya cari awak, tapi kawan-kawan kita kat Johor cakap awak dah berpindah ke Kuala Lumpur," Hazirul senyum.

"Tapi, macam mana awak boleh masuk sekolah ni?,"

"Saya terjumpa ayah awak masa temankan ibu saya membeli barang rumah, minggu lepas, ayah awaklah yang beritahu saya awak bersekolah di sini, saya pun terus datang daftar kemasukan sehari selepas tu,"

"Oh! ermm... awak tinggal kat mana sekarang?,"

"Rumah saya kat Taman Dahlia, berdekatan dengan Taman Selasih, rumah awakkan,"

"A..ah, rumah saya kat Taman Selasih,"

"Nanti bolehlah saya datang rumah awak,"

"Boleh jer," Amanda senyum.

"Saya minta maaf yer awak untuk dua tahun ni,"

"Awak tak salah pun, saya jer yang salah faham,"

"Terima kasih Amanda Rosella,"

"Eishh awak ni Zirul, nama penuh pula dipanggilnya," Amanda tersenyum.

"Lama saya tak tengok senyuman awak, awak sekarang semakin cantik,"

"Awak..., jangan banyak sangat memuji, nanti awak terpikat pula kat saya, awak tu sahabat saya jer,"

"Sahabat jer...hmm...," Hazirul memuncung mulutnya. Mereka ketawa.

Amanda dan Hazirul tidak perasan, mereka diperhati oleh sepasang mata di pintu belakang.

"Rupanya mereka berdua saling kenal antara satu sama lain, hmm... satu sekolah kat Johor dulu, kekasih Amandakah budak tu? ah! kenapa dada aku ni sakit sangat, hati aku ni rasa sebak pula bila tengok Amanda dengan budak tu, Hazirul, ah!," Taqiff termenung di balkoni di depan kelas dengan sebungkus roti gardenia coklat ditangannya yang sepatutnya diberikan kepada Amanda, namun, dia tidak berdaya untuk memberikannya.

"Kring!....," Loceng tanda masa rehat habia telah kedengaran.

"Amboi kau Amanda, seronok aku tengok kau berborak dengan budak Hazirul tu, kau kenalkah dia," Tanya Sofia.

"Itulah sahabat aku masa kat Johor dulu, dari sekolah rendah lagi, kami rapat, tak sangka dapat jumpa kat sekolah ni,"

"Wah!, sahabat dari sekolah rendah, kekasih kaukah Amanda, hihihi," Mira mencelah.

"Taklah, aku mana ada kekasih, tak ada siapa pun suka kat aku," Amanda mencebek.

"Eh! bukan ramaikah yang nak berkenalan dengan kau," Sofia bersuara.

"Ada tu ada, tapi sekadar nak berkenalan jer, main-main, lagi pun SPM dah dekatkan, malaslah aku,"

"Siapalah yang bertuah dapat jadi suami kau, hihihi.. tak sabar aku nak tengok, mesti handsome, sebab kau ni macam kacukan jer aku tengok, kacukankan cantik," Mira tersenyum.

"Kalau nak jadi suami aku, first sekali mestilah cakap terus terang kat aku, dia cintakan aku, sebab semua perempuan, suka lelaki cakap macam tu," Amanda ketawa.

"Kau ni, memanglah kena cakap macam tu, hmm.. kalau tak, macam mana nak tahu dia cintakan kau.... haiyaa....," Sofia menepuk dahinya.

"Siapa cepat dia dapat, hahaha," Amanda ketawa.

Taqiff tersenyum mendengar perbualan Amanda.

💞Manisnya senyuman, memberi satu kenangan💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now