29💞Scotland💞

2.6K 106 2
                                    

"Akhirnya....kaki aku ni jejak juga bumi Scotland, yahooo!," Khairul Anam mengeliat di depan Ain Salsabila.

"Eee....mengada jer orang tu," Cebik bibir Ain Salsabila.

"Ok, kita dah pun sampai ke hotel, ini kunci bilik-bilik kita semua, macam biasa, Amzar dengan Khairul dan, ini untuk papa dan mama, ini pula...kunci Ain, ingat.. Khairul dan Amzar jangan hilangkan kunci macam di Turki dulu," Senyum Taqiff.

"Baik uncle," Salute Khairul Anam.

"Ok, jom kita tengok bilik masing-masing, mama, papa.... Taqiff nak rehat dulu, letih sangat badan ni, kalau nak keluar, hati-hati yer," Taqiff membuka pintu biliknya.

"Ya, Taqiff, papa dah selalu ke sini, dah tahu selok belok jalan di sini, kamu jangan risau," Kata Encik Tajuddin.

"Wah! cantiknya bilik uncle, macam bilik prince charming, hihihi," Ain Salsabila ketawa kecil selepas menjengukkan wajahnya ke bilik Taqiff.

"Ok, dah-dah, pergi tengok bilik kamu tu, agaknya bilik snow white, hahaha.. bye," Taqiff menutup pintu biliknya.

"Ee...uncle nikan," Ain Salsabila berlalu ke biliknya.

Taqiff duduk di katilnya. Satu nota kecil di keluarkan dari dompetnya.

"45, Albany Terrace, Dundee, Scotland," Taqiff membacanya dan terukir senyuman di bibirnya.

"Wow! amazing!," Ain Salsabila separuh menjerit.

"Woi! Cik Ain Salsabila, kenapa menjerit macam nampak hantu tu," Khairul keluar dari biliknya yang bertentangan dengan bilik Ain Salsabila.

"Tengoklah bilik Ain, super duper, Princess room, hehehe, cantik kan...hmm.... macam tidur dalam fantasy, pandai uncle pilih hotel ni," Ain Salsabila memeluk bantal sambil tersenyum memandang Khairul Anam.

"Heishhh.... macam budak kecil, eee.... buat orang terperanjat jerlah," Khairul Anam menutup pintu biliknya.

"Jealous lah tu, huh!," Ain Salsabila menutup pintunya.

Setelah sejam berehat, Taqiff keluar dari hotel dan mendapatkan kereta sewanya iaitu BMW 318i berwarna biru gelap di pakir.

"Petang ni, aku perlu tahu juga tempat tinggal Amanda," Enjin kereta di hidupkan dan Taqiff memandunya menyusuri bandar Dundee menuju ke kawasan Universiti Dundee. Kini dia tiba di Albany Terrace, dengan perlahan dia memandu di lorong tersebut, kelihatan rumah-rumah Victorian Semi begitu indah sekali. Kini dia di hadapan rumah 45. Dia berhenti di tepi jalan, dan memandang ke rumah tersebut yang bertentangan dengan keretanya.

"Cantik rumah sayang, kemas," Detik hati Taqiff. Tiba-tiba matanya terpaku melihat susuk tubuh yang keluar dari sebuah kereta Mini Cooper berwarna merah.

"Uh! lenguhnya leher ni, letihnya badan ni, nasib baik esok weekend," Amanda mengeliat dan memicit-micit bahu dan lehernya, rambutnya yang di ikat ditarik ke kiri. Beg di seat belakang di ambilnya. Pintu kereta di tutup. Di keluarkannya kunci rumah dan membuka pintu, dan ditutupnya kembali.

"Hmm... tetap cantik macam dulu juga, abang rindu pada sayang," Taqiff membuka pintu keretanya dan keluar dari kereta.

Sementara Amzar, Ain Salsabila dan Khairul Anam menaiki kereta Mazda Sedan berwarna merah menuju ke Albany Terrace kerana Khairul Anam telah mendapatkan seorang pemandu pelancong.

"Betulkah jalan ni Khairul, Ain rasa macam dah dua kali kita lalu Raine Street ni, tak jumpa pun Albany Terrace tu," Ain Salsabila memuncungkan bibirnya.

"Taklah ni first time kita lalulah, nampak tu, samakan rumah-rumah ni, sebab tulah macam banyak kali kita lalu, sebenarnya baru jer lalu, ok, kejap lagi kau belok kanan Amzar," Jelas Khairul Anam sambil melihat google maps.

"Hmm... macam letih jer Amanda tu, seminggu aku kat sini, masih ada waktu lagi, lebih baik aku pulang ke hotel dulu," Taqiff masuk semula ke dalam kereta dan memandu pergi. Keretanya berselisih dengan kereta Amzar Safaraz, namun, cermin kereta Taqiff sedikit gelap. Akhirnya kedua-dua kereta mengikut haluan masing-masing.

"Amzar, kau berhenti depan rumah yang ada pokok pagar hijau tu, itulah rumah pemandu pelancong kita kalau berdasarkan maps ni," Arah Khairul Anam.

"Ok, kita dah sampai," Kata Amzar.

"Jom," Khairul membuka pintu kereta. Mereka bertiga berjalan menuju ke muka pintu rumah pemiliknya.

"Tuk! tuk!," Pintu di ketuk oleh tangan Khairul Anam.

"Krek!," Pintu di buka. Terserlah wajah seorang wanita yang amat manis senyumannya.

"Assalamualaikum,"

"Wa'alaikumussalam, oh! Khairul Anam, dah sampai, silakan masuk,"

"Yup!, so, beautiful your house aunty, classic victorian," Khairul Anam teruja.

"Thanks Khairul, bertiga jer datang Scotland?,"

"Ermm... actually six, aunty..ermm... aunty?" Amzar terhenti dan ingin mengetahui nama puan yang berada di depannya.

"Oh! just call me Aunty Rosella, ok, please have a seat," Senyum Rosella a.k.a Amanda Rosella.

"Oh! this Am and Ain," Khairul Anam senyum.

"Ok, Am and Ain, nice name,"

"Aunty Rosella tinggal seorang jer ke?," Tanya Ain Salsabila.

"Yes dear, dari dulu lagi, sejak aunty tinggalkan Malaysia 20 tahun yang lalu,"

"Wah, dah lama, aunty dah kahwin?," Tanya Ain.

"Yes, aunty dah kahwin tapi... ermm...aunty buatkan kopi yer, tunggu yer," Amanda berlalu pergi ke dapur.

"Eishhh kau ni Ain, soalan sensitif tu, baru jer berjumpa, dah tanya macam-macam, hmm...," Khairul Anam menjeling Ain Salsabila. Ain mencebik.

"Ok, dah siap, silakan,"

"Thank you aunty," Kata Amzar. Amanda mengangguk senyum. Mereka bertiga menghirup kopi panas yang sungguh wangi aromanya.

"Aunty ni suka jadi pemandu pelancong, especially untuk orang-orang dari Malaysia, rindu dengan Malaysia," Senyum Amanda.

"Itulah, saya pun dapat kenal dan tahu pasal aunty dari kenalan saya dari Brunei, Fatel, aunty ingat Fatel?," Terang Khairul Anam.

"Ya....Fatel Ferhad dari Brunei, dia ada datang sini dua bulan yang lepas dengan keluarga dia,"

"Yes aunty, Fatel Ferhad, thanks a lot untuk dia sebab, kenalkan saya dengan aunty," Senyum Khairul Anam.

"Ok, esok aunty bawa kamu melawat tempat-tempat menarik di Dundee ni, jangan lewat yer,"

"Ok, aunty, no problem, awal pagi kami dah sampai depan pintu rumah aunty ni, hihihi," Ketawa Amzar Safaraz.

"Jangan risau aunty, driver dah sebut akan sampai awal, sure dah tu, jangan ada yang kena siram dengan air dahlah pagi esok, hihihi," Ain ketawa. Amanda turut tersenyum.

"Ok, aunty, kami pulang dulu yer, esok kita jumpa lagi," Khairul Anam meminta diri.

"Baiklah, aunty tunggu, elok-elok drive kereta tu," Amanda membontoti mereka hingga ke muka pintu rumahnya.

"Ok, thank you aunty, assalamualaikum," Senyum Amzar.

"Wa'alaikumussalam," Amanda mengukir senyuman. Di pandangnya Amzar Safaraz hingga ke kereta.

"Amzar Safaraz, kesayangan mama sekarang ni mesti dah besar, agaknya macam Am tukah? ," Detik hati Amanda. Manik jernih yang memutik di kelopak matanya di seka lembut. Pintu di tutup.

💞Hebatnya cintamu memberiku sejuta pilu, namun agungnya cintamu rela mencintaiku dengan ketulusan jiwamu💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now