13💞Kau Berubah💞

2.2K 117 5
                                    

Setelah usai memanjakan tubuhnya di dalam tab mandi, Amanda mengenakan t'shirt putih Versace dengan jeans skinny Levi's berwarna hitam, rambut lurus panjangnya di sisir lembut dan dikenakan ikatan reben merah jambu. Bibirnya di kenakan lipstik yang berwarna merah lembut dan wajahnya di tacap simple.

Kecantikan kacukan Malaysia-Scotland itu sungguh indah, wajah Amanda yang gebu menarik lirikan mata sesiapa saja yang terpandangnya dengan bentuk tubuhnya yang mempersonakan, amat sempurna ciptaan Yang Maha Teragung.

"Hmm...manalah Intan ni, janji pukul 3.30 petang, kata nak mesej sebelum datang, ini dah pukul 4.15 dah ni," Amanda membuka aplikasi whatsappnya, tiada mesej dari sahabatnya itu. Tiba-tiba....bunyi 'klik kluk', satu paparan mesej dibuka.

"Amanda.... sorry sangat, aku tak jadi keluarlah dengan kau petang ni, tiba-tiba jer saudara sebelah ayah aku datang bercuti, singgah rumah aku, tidur sini, sorry yer yang, lain kali ek..,"

"Hmm.....oh!.ok....take care dear," Amanda membalasnya.

Amanda menarik tirai langsirnya, matanya memandang ke arah balkoni rumah Taqiff, namun sekarang balkoni itu bukan lagi milik Taqiff, ia milik seorang budak kecil yang bernama Sarah. Keluarga Taqiff telah berpindah ke Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur sejak empat tahun yang lalu. Kini semuanya hanya tinggal kenangan.

"Dah empat hari aku berendam dengan air mata, mesej yang bertimbun aku hantar setiap hari selama dua minggu, satu pun kau tak balas, inikan pula nak call, langsung tak ada, nasib baiklah esok baru mak dan ayah balik, Ya Allah.. kenapa kau buat aku macam ni, Taqiff?..," Amanda sayu memandang bunga mawar merah jambu pemberian Taqiff dulu, kerana terlalu sibuk, daunnya hampir kekuningan.

"Ah!...buat apa aku fikir dia lagi, buat rugi jer, dia seronok-seronok dengan perempuan tu, aku kat sini menangis sedih, apa faedahnya, buat habis airmata, lemah jantung jer, huh, kau kena kuat Amanda, lupakan dia, lupakan dia," Amanda menutup kembali tirai langsirnya. Airmatanya ingin mencurah, namun dikawalnya, lidah boleh berkata-kata, namun hati sukar sekali melupakannya. Luka yang terhiris masih berdarah.

Amanda baring dikatilnya, gambar Taqiff dimeja tepi diambil, di perhatinya wajah kacak Taqiff, sebak hatinya, hiba terluka, akhirnya manik-manik jernih dibiarkan memenuhi kelopak matanya, namun terus dikesat, dengan pantas laci di buka dan gambar Taqiff dihempas ke dalamnya.

"Hmm...Intan ...Intan... haih.... aku dah siap ni, erm... aku keluar jerlah, lagi pun mak dengan ayah dah ke Kedah, memandangkan Amy dan Amsyar masih kat u, tinggal aku seorang-seorang ni dengan hati yang terluka, lebih baik aku pergi tengok wayang, makan-makan, hmm...mungkin nanti aku ada mood, boleh ajak Zirul sama..ok, aku nak keluar," Amanda bangun dan mencapai beg tangan dan kunci keretanya dan turun ke bawah.

Amanda membuka pagar rumahnya, tiba-tiba sebuah kereta BMW i8 berwarna merah membrek kejut dekat dengan kakinya. Amanda menoleh, hatinya terkejut.

"Eishhh....ikut suka hati jer brek mengejut, mabukkah apa orang ni, nasib baik aku tak terpelanting, maunya esok duduk hospital, kereta jer mewah bapak dia punya agaknya, akal tak ada, eee...," Amanda tidak memperdulikan kereta tersebut, dia terus menolak pagar rumahnya ke tepi.

"Hai....,"

Amanda terkelu, hatinya meruntun tiba-tiba, suara itu, ya, suara yang di tunggu-tunggunya selama dua minggu, menyakitkan hati atau dirindui. Yang mana satu patut di pilihnya. Amanda menoleh.

"Hai..," Hanya itu mampu disebut Amanda.

"Nak keluarkah?,"

"Ya, nak keluar, boleh tolong ke tepi sikit tak, nak keluarkan kereta," Amanda senyum.

"Jom, keluar dengan kereta ni, nak tak?, baru lagi ni, bau pun masih ada?,"

"Oh! ingat kereta siapa tadi, mewah....,"

"Jomlah...tutup pintu pagar tu,"

"Ok, tunggu sekejap yer," Amanda berlalu ke keretanya, handbeg di capai. Hatinya sebak, sedaya upaya dia menahan air mata yang sedang bergenang dikelopak matanya. Pintu pagar dikunci. Pintu kereta dibuka, punggungnya kini terletak kemas di kusyen kereta mewah tersebut. Kereta itu berderum pergi.

"Sayangku, aku rindu padamu, sungguh tenang melihat wajahmu," Detik hati Taqiff seraya memandang Amanda.

"Ahh...kenapa dengan aku ni, sepatutnya aku merajuk, bukan keluar dengan dia, hmm... biarlah, aku nak tengok sebanyak mana dia telah berubah," Amanda membetulkan rambutnya.

"Awak sihat?,"

"Alhamdulillah, sihat, encik sihat?,"

"Saya sentiasa sihat,"

"Cantik tak kereta ni?,"

"Cantik,"

"Nak bawa saya ke mana yer?,"

"Saya nak bawa awak tengok hobi baru saya,"

"Oh! ok,"

"Tolong pakai seat belt tu, takut nanti awak terhumban ke depan," Taqiff menekan pedal minyak, keretanya di bawa laju, rasa hendak putus jantung Amanda.

"Ya Allah, kenapa dia macam ni?, salam pun tidak diberi, mana perginya sayang yang selalu di panggilnya bila bertemu dengan aku, dia tak bimbangkah bawa aku dengan laju macam ni, Allah...lindungi aku," Detik hati kecil Amanda, ke kiri ke kanan terasa dirinya seperti melambung apabila jalan beralun.

"Awak takutkah?,"

"Tak,"

"Oh, ok," Taqiff dengan rakus menekan pedal minyaknya, kereta terasa berdenyut ke depan. Amanda menelan air liurnya, mukanya di kawal tenang. Tiba-tiba sedang di dalam kelajuan, sebuah lori tangki minyak Petronas kelihatan keluar dari simpang dihadapan.

"Krekkk...," Amanda memandang ke arah tingkap. Jantungnya berdenyut getar. Terasa ajal seperti didepan mata. Pucat muka Amanda.

"Ya Allah, nasib baik sempat tekan brek, maaf sayang, maafkan abang," Detik hati Taqiff, berdebar kuat jantungnya, kelihatan berderau darahnya dan naik bulu roma di tengkuk. Taqiff beralah, kereta di pandu perlahan. 10 minit kemudian, mereka tiba dikawasan pantai, kelihatan banyak kereta mewah, mungkin ia satu group hobi.

"Dah sampai, jom," Taqiff dan Amanda keluar dan berdiri didepan kereta. Laut luas terbentang menjadi santapan rohani mereka.

"Ermm....," Amanda memejamkan matanya seketika, terasa tiupan angin bayu laut menyapa sejuk wajahnya.

"Inilah hobi baru saya," Taqiff senyum. Keningnya diangkat.

"Oh! group kereta mewah, ermm...baguslah,"

"Tengok tu, ada, Volkswogen, Porcshe, Lexus, Mercedes Benz, Ferrari, mewahkan,"

"Ermm...yer mewah," Tenang wajah Amanda, seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Kalau awak nak berjalan ambil angin laut, pergilah, cantik pasir pantai tu, bersih, saya nak join group saya kejap," Taqiff mengukir senyuman.

"Oh! ok, saya pergi dulu,"

"Pap!," Satu tamparan hinggap di punggung Amanda.

"Eh! kenapa awak ni, dulu awak tak macam ni, eishh," Amanda tiba-tiba berang. Anginnya kini bergolak di lubuk hati. Dia berlari ke arah pantai. Air matanya berhamburan.

"Ops...maaf," Taqiff hanya menjungkil bahunya. Hatinya sakit melayani Amanda sebegitu, namun itu semua diperlukannya untuk menambahkan bahang kebencian Amanda terhadapnya.

💞Ombak yang membadai, akan mengakis tepiannya💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora