30💞Keletihan💞

2.6K 102 0
                                    

Setelah seharian mencuci mata dengan keindahan Dundee dan memenuhi minda dengan satu lagi wajah muka bumi ciptaan Illahi, memberi kepuasan kepada tiga sepupu yang rapat itu. Kecekapan dan tatacara Amanda sebagai pemandu pelancong memberi keseronokkan dan satu lagi kenangan baru untuk di ingati.

Pintu bilik di buka, Khairul menghempaskan tubuhnya ke atas katil, manakala Amzar mengeluarkan laptop mamanya. Di skrolnya nota harian mamanya dengan berkali-kali hingga satu ayat tertera. Dia berhenti.

"Hmm...aku dah habis baca nota-nota harian mama ni tapi tak sebut pula di mana alamat nenek mama tu, cuma adik mama, Amelia tu pernah beritahu mama, surat permohonan ke University Dundee telah di hantar, kat mana nak cari mama ni, ermm....oh! ni mama ada tulis, "pilihan terakhirku, aku akan menetap di Dundee", betullah mama ada di sini," Amzar termenung di depan laptop mamanya.

"Aduh....letihnya hari ni, ah! nak mandilah, lepas ni tidur, yeah!," Khairul mengeliat dan mencapai tuala birunya.

"Tapi, aku rasa best sangat hari ni, belum ada lagi pemandu pelancong yang ramah macam aunty Rosella tu," Amzar memandang Khairul Anam.

"Itulah, aku pun rasa best, rasa tak bosan langsung, terhibur dengan cara dia cerita tentang sejarah Dundee ni, dengan kesatuan United Kingdom lagi, memang terbaik, ok, aku mandi dulu," Khairul Anam memasuki bilik air.

Amzar Safaraz terus mencari info-info berkaitan dengan apa yang di tulis Amanda. Dia perlu berusaha untuk mencari mamanya, dia memegang keychain anak beruang kecil yang di beri Puan Aisya, kata Puan Aisya itulah satu-satunya yang sempat ditinggalkan oleh Amanda untuk Amzar. Di bawah tapak kaki kiri dan kanan anak beruang tersebut tertera huruf A dan huruf T, iaitu Amanda dan Taqiff, manakala di dalam poket depan anak beruang tersebut tertulis huruf A iaitu Amzar.

Khairul Anam keluar dari bilik air, dan baring ke atas katil, sementara Amzar pula masuk ke bilik air untuk mandi. Laptop di biarkan terbuka.

"Uh! dahaga pula," Khairul Anam bangun dan mendekati meja. Di ambilnya air mineral. Tiba-tiba matanya terpaku pada skrin laptop tersebut. Di bacanya sedikit.

"What? Amanda Rosella Binti Hakim? Scotland?, Amzar Safaraz cinta hati mama dan papa," Di baca Khairul Anam di dalam hatinya. Tiba-tiba Amzar membuka pintu bilik air. Khairul berlalu perlahan ke katilnya sambil meneguk air mineral. Setelah mengenakan baju dan seluar, Amzar terus duduk di kerusi sambil menyikat rambutnya, dia sekali lagi menghadap laptop.

"Kau nak roti tak?," Tanya Amzar membuka plastik roti dan menoleh ke arah Khairul.

"Tak naklah, mengantuk, kenyanglah," Khairul Anam menarik selimutnya.

"Ok, aku habiskan," Senyum Amzar.

"Tuk! tuk!," Pintu di ketuk.

"Eh! siapa pula tu?," Amzar bingkas bangun dan membuka pintu biliknya.

"Boleh tolong atuk tak?," Encik Tajuddin berdiri di depan pintu.

"Kenapa atuk?,"

"Nek wan kamu sakit kepala, panadol dah habis, boleh kamu ke farmasi kawan atuk yang hari tu, tolong belikan ubat sakit kepala, 10 minit jer ke sana, boleh yer, atuk nak tengokkan nek wan kamu,"

"Baiklah atuk, kejap saya ambil wallet saya," Amzar mencapai wallet di meja tepi pintu dan terus keluar. Laptop masih belum di tutup.

Khairul Anam mendengar perbualan Amzar dan atuknya. Dia bangun dan menghadap laptop milik mama Amzar. Dia mula membacanya. Terasa sebak di dada, tidak di sangka hatinya tersentuh membaca nota-nota harian tersebut.

"Ya Allah, Dian nikan mama aku, astaghfirullah hal 'azim, kenapa mama aku macam ni, hmm... eh! Amanda Rosella Abdul Hakim?, ini kan nama penuh aunty Rosella, oh!, aunty Rosella tu mama Amzarlah," Khairul tersandar ke kerusi. Dia meraup wajahnya. Dengan perlahan dia kembali ke katil. Hatinya berbelah bagi untuk memberitahu Ain Salsabila. Dia tertidur kerana keletihan.

"Hmm....University Of Dundee," Detik hati Amzar Safaraz ketika tiba di farmasi dan berselisih dengan seorang pelajar yang memakai baju sejuk bertulis University Of Dundee di belakangnya.

"Assalamualaikum Uncle Razif,"

"Waalaikumussalam, oh! Amzar,"

"Boleh uncle berikan ubat sakit kepala,"

"Kamu sakit kepala yer?,"

"Tak, nek wan yang sakit, mungkin penat dengan perjalanan yang jauh agaknya," Amzar menghulurkan duit.

"Dah veteren ni, macam-macam penyakit yang timbul, tapi teringin nak berjalan meredah ke tempat orang," Senyum Uncle Razif.

"Itulah uncle, kalau dah teringin tu, dah tak boleh nak buat apa dah, jawapannya bawalah bersama, hahaha,"

"Ini, dua biji yer sekali makan, lepas lapan jam baru makan semula,"

"Thank you Uncle Razif, assalamualaikum," Amzar menghulur tangan untuk bersalam.

"Wa'alaikumussalam," Tangan di sambut Uncle Razif.

💞Sekuat mana pun cinta, jika di putuskan akan bercantum kembali namun adakah ia harapan yang sia-sia💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now