7💞Cinta Terlafaz💞

3.5K 185 9
                                    

Dua minggu telah berlalu sejak kejadian itu. Keadaan kembali seperti biasa, namun, Taqiff belum lagi mendapat kemaafan dari Amanda. Ucapan terima kasih telah berkali-kali dilafazkan, ia diterima Amanda, tetapi permohonan maaf darinya belum diterima.

Jam didinding menunjukkan 11.55 malam, Amanda naik ke biliknya, lampu dipasang.

"Eh! apa pula kat luar tu, macam teddy bear jer," Amanda membuka pintu kaca biliknya.

"Teddy bear, wah! ada pokok bunga mawar warna pink juga, cantiknya, susah nak dapat ni, tapi?," Amanda memeluk teddy bear dan membuka sekeping kad yang terselit di poket teddy bear tersebut.

Assalamualaikum awak,
Saya ni, Taqiff,

Awak....tolong maafkan saya, saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak dulu, saya cuma nak bergurau dengan awak, tapi saya ter 'over' malam tu, tolong maafkan saya, hati saya tak tenang sejak malam tu. Awak... saya tahu awak suka dan, tercari-cari bunga mawar pink, saya hadiahkan untuk awak tanda permohonan maaf saya.

Saya harap awak suka bunga dan teddy bear tu, maafkan saya yer awak.

Sebenarnya....sa..saya...

"Saya dah maafkan awaklah si lembu Taqiff yang comel, hihihi.....tapi.... yang sebenarnya sa..saya tu apa?," Amanda kehairanan.

"Sebenarnya sa..saya cintakan awak Amanda Rosella Binti Hakim," Tiba-tiba Taqiff muncul dari kegelapan biliknya. Bau perfume dashing menusuk hidung Amanda, dia terkelu, matanya kaku ke arah Taqiff, merah pipinya.

"A..awak,"

"Yer Amanda, sejak pertama kali saya terpandang awak, saya dah suka dengan awak, saya cuba dekati awak dengan membidas kata-kata awak,"

"Taqiff, a..awak cintakan saya?," Amanda menoleh melihat jam di dinding biliknya menunjukkan 12.02 tengah malam. Tangan kanannya menekup mulutnya, rasa hatinya berdebar, namun terukir satu senyuman kerana hatinya juga telah merasakan perkara yang sama.

"Saya sangat cintakan awak Amanda, saya rindukan awak, Amanda....sudi tak awak jadi pengisi ruang dihati saya?,"

"Taqiff... terima kasih untuk semua ni, awak memang baik, saya suka bunga dan teddy bear ni," Amanda menoleh dan melangkah perlahan ke arah biliknya.

"Amanda...," Taqiff hampa, dia malu, dia juga berjalan perlahan untuk masuk ke biliknya, terasa lemah hatinya.

"Taqiff... saya juga cintakan awak, saya sudi," Tiba-tiba Amanda memandang dan tersenyum ke arah Taqiff.

"Hah!," Taqiff menoleh. Kelihatan Amanda telah berada ditepi balkoni. Taqiff melangkah laju ketepi balkoninya.

"Ermm.. apa awak cakap Amanda?," Kini muka Taqiff berhadapan dengan muka Amanda yang mempersonakan hati bagi yang melihatnya.

"Saya juga cintakan awak," Amanda tersenyum.

"Ya Allah, syukur, alhamdulillah, buat pertama kalinya saya melafazkan cinta, saya diterima.... terima kasih sayang," Taqiff memandang raut wajah Amanda dengan senyuman yang amat germbira. Mereka bertentangan mata. Tiba-tiba kelihatan manik-manik jernih di tubir mata Taqiff.

"Awak, kenapa ni?," Amanda menghulurkan tangannya dan mengesat air mata yang mulai tumpah ke pipi. Taqiff memegang tangan Amanda, digenggam dan diletakkan ke dadanya.

"Terima kasih sayang sebab terima cinta saya," Taqiff mencium tangan Amanda dengan hidungnya, bau lotion Enchanteur menerjah ruang rongga hidung Taqiff. Amanda menarik perlahan tangannya, dia malu.

"Sama-sama awak, ermm... sebelum ni, awak tak pernah lafazkan cintakah?,"

"Tak, inilah pertama kali dalam hidup saya,"

"Oh! ermm....awak...dah lewat ni, saya masuk tidur dulu yer," Amanda tersenyum.

"Saya sayang sangat awak," Taqiff memandang Amanda.

"Ermm...cinta yang pertama kali awak lafaz ni untuk sayakan.. ermm," Tiba-tiba Amanda menoleh.

"Yang pertama dan yang terakhir, hanyalah untuk awak seorang Amanda," Taqiff senyum.

"Thank you awak, saya sayang awak, selamat malam," Amanda gembira, teddy bear dipeluk dan diciumnya.

"Yes!, wuhuuu, selamat malam sayang, i love you," Taqiff melompat riang.

Ternyata perbualan mereka di perhati empat pasang mata yang amat penting dalam hidup Amanda dan Taqiff.

Tiba-tiba iphone Puan Aryna, ibu Amanda berbunyi menandakan ada kiriman yang masuk. Aryna membuka aplikasi whatsappnya. Ibu Taqiff, Puan Aisya menghantar kepadanya mesej.

Aisya : Aryna, awak dengar dan nampak tak apa yang saya dengar kat balkoni anak-anak kita?😍

Aryna: Yer Cik Sya, saya dengar..😂😂

Aisya: Tak lama lagi, rumah saya ni akan jadi rumah Amanda, hihihi.... 😂😂

Aryna: Rumah saya juga akan jadi rumah Taqiff😍

Aisya: Alhamdulillah, semoga semuanya berjalan lancar, 😍💞

Aryna: Aamiin.... berbesanlah kita Cik Sya...hihihi😂

Aisya: Senang, raya-raya, sebelah rumah jer, 😂

Aryna: Betul tu, lega rasa hati saya, ok Cik Sya, esok kita ke pasar sama-sama, boleh kita berborak panjang, hihihi...💞

Aisya: Ok, kita jumpa pagi esok, banyak perlu dirancang ni..selamat malam Cik Aryna...😍

Aryna: Selamat malam juga untuk Cik Aisya😍😍

Amanda membaringkan tubuhnya ke katil, dipeluk erat teddy bear pemberian Taqiff.

"Dia lafazkan cinta ditengah malam, setelah pukul 12, seperti yang aku impikan, hmm... semoga cinta ini kekal hingga ke akhirnya," Amanda tersenyum.

💞Hati yang telah bersatu menghadirkan cinta yang tulus, namun masih ada hati yang akan terluka💞.

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now