6💞Baju Berdarah💞

3K 129 2
                                    

Malam kian larut, terasa sunyi, kerana keluarga Amanda yang lain telah mengikuti keluarga Taqiff ke kampung kerana kenduri. Dua rumah itu, kelihatan sunyi dan suram. Hanya tinggal Taqiff dan Amada di rumah masing-masing, kerana peperiksaan tahunan akan berlangsung pada minggu itu.

Usai menonton filem kegemarannya, Amanda menutup suis lampu di ruang tamu dan naik ke tingkat atas. Tubuhnya dihempaskan ke katil. Hatinya masih geram dengan kata-kata Taqiff. Tirai pintu kaca biliknya sesekali disapa angin kipas, dan menampakkan bilik Taqiff.

"Eh! baju apa pula tu yang tersidai di balkoni si Taqiff tu, macam berlumuran darah pula, hmm...lebih baik aku tengok," Detik hati Amanda seraya membuka pintu kaca biliknya.

"Prang!,"

Kedengaran jelas bunyi barang jatuh dari bilik Taqiff, berdebar jantung Amanda. Terhenti langkahnya.

"Ya Allah! darah?," Amanda memandang baju Taqiff yang berlumuran darah itu.

"Argh!,"

"Sakit!,"

Suara Taqiff mengerang, menghantui Amanda. Laju detak nadi Amanda. Apa yang sebenarnya terjadi? Lampu bilik Taqiff samar-samar kelihatan, kerana ditutupi tirai, namun, pintu kaca terbuka luas.

"Buk!,"

Tangan Taqiff yang berlumuran darah terkeluar dari tirai bilik dan, rebah di atas lantai.

''Ya Allah, Taqiff!,"

"Awak!," Amanda gelisah, airmatanya mengalir ketakutan.

"Prang!,"

Bunyi barang jatuh kedengaran sekali lagi, serentak itu, tangan Taqiff seperti ditarik dari dalam oleh seseorang.

"A..aku perlu lihat apa yang sebenarnya sedang berlaku, tapi, aku takut, perlukah aku telefon polis?," Persoalan bermain-main diminda Amanda.

"Taqiff!,"

Sekali lagi Amanda memanggil nama Taqiff namun, hanya kelibat seseorang yang kelihatan disebalik tirai itu.

Amanda memberanikan diri, balkoni bilik Taqiff dipanjatnya. Hatinya kecut.

Dengan keadaan tangan Amanda yang menggigil itu, diselaknya tirai bilik Taqiff.

"Ah!,"

Sepasang tangan yang bersarung hitam menariknya ke dalam, rambutnya direntap kuat. Berpinar mata Amanda, dia rebah ke lantai. Satu sepakan hinggap dikepalanya.

"Argh!,"

"Jangan...," Sayu suara Taqiff, takkala melihat darah mengalir dikepala Amanda.

Mata Amanda tertatap ke arah Taqiff yang berlumuran darah, dengan kaki dan tangannya diikat.

"Hahaha, kau bodoh kerana berani," Rambut Amanda ditarik kuat, terasa perit, mahu saja terkeluar kulit kepala Amanda.

"Ka..kau...kau siapa?," Amanda memandang ke arah susuk tubuh yang berpakaian hitam itu.

"Shsss!, diam! diam!,'" Mulut Amanda ditekup tangan hitam itu.

"Lepas!," Amanda mengelupur kelemasan.

"Kau memang cantik Amanda, tapi sayang, kau sombong!, sengaja aku mengumpan kau ke sini dengan menyerang Si Taqiff dungu ni, hahaha,"

"Kau siapa hah!," Jerit Amanda.

"Shsss, diam! lantang betul suara kau, hmm...kau nak aku.... aku patahkan tangan si dungu ni, yah!,"

"Argh!," Taqiff mengerang kesakitan.

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now