BAB 1 - SIAPA?

646 14 1
                                    

"Auch!" Wajahnya seakan ditumbuk ketika sedang menikmati tidur yang lena. Pipi yang diciptakan dengan tulang pipi yang menarik diusap nya lembut.

"Sakit. Siapa tumbuk aku ni." Sambil mengusap lembut pipi nya , dia cuba untuk bangun dari pembaringan dan duduk di birai katil , tiba-tiba ada satu tangan yang merangkul pinggangnya untuk kembali ke pembaringan.

"Sayang nak pergi mana?" Ujarnya dalam keadaan mamai. Dia bagaikan terpana. Matanya mula membuntang bulat. Nafasnya mula turun naik.

"Arghhhhhhhhh!!!!" Jeritan nya mula memenuhi segenap ruang , segenap inci bilik serta rumah itu. Dia berlari menuju ke penjuru bilik itu sambil menutup matanya. Dia bagaikan hendak menangis sahaja pada ketika itu.

"Sayang.. kenapa?" Seseorang bangun dan duduk di birai katil tanpa seurat benang dibadan. Hanya selimut sahaja yang menutupi bahagian sulit.

"Kau.. kau.. kau buat apa kat sini?!" Dia seperti mengenali manusia yang duduk di atas katilnya itu.

"Kan kita baru kawin? Alicia sayang.. lupa?" Mata Alicia membuntang.

'I'm married? What?! With this man?' Getus hati Alicia.

"Dah lah perangai bukan-bukannya tu. Meh sini. Tidur sebelah abang." Jelas lelaki itu. Alicia masih kaku. Tiba-tiba lelaki itu bangun dari duduk nya , dengan hanya memakai boxer dan berjalan menuju kearah Alicia. Setiba nya di hadapan Alicia , dia mencangkung dan memandang wajah polos Alicia.

"Kenapa ni? Mimpi buruk? Jom." Alicia bagaikan tidak takut lagi dengan lelaki itu malah dia rasakan seperti sangat selesa bersamanya. Tangan yang dihulur disambut mesra dan Alicia mengekor lelaki itu terus keatas katil dan baring semula.

"Tidur ye wahai sayang abang." Lelaki itu menarik selimut dan mengeratkan pelukan nya. Alicia tidak menghalang. Siapa lelaki itu?

_____________________________
3 Tahun lepas...

Alicia berasa sedih dek kerana niat nya untuk melanjutkan pelajaran tidak tercapai untuk kali kedua. Niat sahaja ingin melanjutkan pelajaran, pasti pelbagai halangan yang menghalangnya. Masalah kewangan , hati , mama , macam-macam lagi.

"Jelesnya." Alicia duduk di tangga sambil menunggu abangnya sendiri untuk berdaftar bagi menyambung ijazah sarjana muda dia tempat yang sama dengan pilihannya. Tetapi apakan dia , disebabkan keluarga, Alicia mengizinkan sahaja abangnya terlebih dahulu menyambung pengajiannya ke tingkat yang lebih tinggi.

"Main game lah." Aplikasi Mobile Legends yang sangat popular serta menular sekarang menjadi kegemarannya. Sememangnya dia bukan seperti gadis lain. Wajah yang kelihatan ayu dan sombong itu , bukanlah seperti yang disangka oleh banyak orang. Ramai yang sering salah sangka dengan perwatakan Alicia. Sombong, bajet , berat mulut , sopan, itu lah yang sering di 'labe' oleh orang-orang. Tetapi hanya orang terdekat sahaja yang tahu bahawa Alicia ini sangat aktif bercakap, selalu ketawa, garang semestinya dan tidak lah seAYU yang seperti khabar angin yang diceritakan. Baru sahaja aplikasi itu dibuka , abangnya datang dan memberitahu bahawa pendaftaran audab selesai.

"Habis dah?" Tanya ibunya.
"Dah. Lepasni turun-turun kan barang." Ujar abangnya. Ibu , ayah dan Alicia sendiri akur lalu bangkit dan berjalan turun menuju ke kereta nya bagi menurunkan barang-barang milik abangnya.

"NI JE KE BARANG ABANG?" Soal Alicia dek kerana dengan barang yang dibawa terlalu sedikit.

"Ni je lah." Balas nya ringkas.
"Awat sikit sangat." Alicia jelas aneh. Mungkin beginilah lelaki dalam hal seperti ini.

"Nak bawak barang pergi mana ni abang?" Soal ibu.
"Kat asrama. Sana tu." abang menunjukkan arah dimana asrama berada.
"Okay. Meh Alicia angkat." Alicia bersemangat dan berbaur teruja ingin berjalan melangkah ke arah tempat asrama. Sedang menarik bagasi , Alicia merasakan dirinya menjadi tatapan tetapi dibiarkan sahaja.

'Perasaan je kot.' Getus hati Alicia. Dia membantu abangnya meletakkan barang-barangnya bersama barang pelajar yang lain , lantas keluar setelah selesai. Dia berjalan sambil mengundur kerana sedikir terpegun melihag begitu banyak bagasi yang tersusun di dalam itu.

"Ah!" Alicia terkejut. Langkah nya terhenti. Kepalanya bagaikan terlanggar sesuatu.Perlahan-lahan dia berpusing.
'Mati lah nak.' Alicia mulai cuak. Seorang lelaki yang sama tinggi dengan nya , tetapi tinggi sedikit dari nya walaupun dia sudah memakai kasut tumit setinggi 4inci. Lelaki tersebut mengusap-usap hidung nya yang agak sakit akibat perlanggaran tadi.

"So..sor.." Alicia tergagap tapi dipintas pantas dengan lelaki itu.
"Buta ke?" Lalu dia berjalan melepasi Alicia.

'Eh eh. Berlagaknya mamat ni. Tak reti sabar ke? Aku nak cakap sorry dia potong pulak cakap aku. Kalau aku tahu, aku patah-patahkan tulang hidung dia. Fuck off lah jantan.' Hati nya sudah menyumpah-nyumpah seranah lelaki itu. Dia berjalan keluar dengan gaya berjalannya yang sememangnya semula jadi dengan gaya ala model runaway nya.

Sedang dia berjalan, terdapat seorang wanita pertengahan umur memandang nya , lalu Alicia tunduk sedikit dan senyum.

"Cantik nya.." ujar makcik itu. Alicia hanya mampu tersenyum. Sejujurnya dia sudah berasa sedikit malu dan sedikit bbangga dengan pujian yang kuat itu. Alicia meneruskan lamgkah menuju kearah ibu, ayah dan abang nya..

"Bila start orientasi nya?" Soal Alicia.
"Pukul 2 ada exam. Lepastu baru start." Balas abang nya. Alicia bagaikan terkaku sebentar.

"Exam? How come boleh ada exam?" Alicia hairan.
"Ala. Exam BI je. Senang." Mendengar jawapan abangnya , Alicia mencebik
"Poyo" mata dikerling memandang arah lain. Matanya bagaikan tertangkap dengan dua susuk tubuh yang menarik perhatiannya.

"Muka dia samalah." Alicia bermonolog sampai memandang tepat kearah mereka berdua. Matanya bagaikan tidak lepas memandang kedua manusia itu. Sedang memandang , Alicia tidak sedar bahawa dia juga sedang diperhatikan..

PILIHANWhere stories live. Discover now