BAB 2 - TWIN?

273 7 12
                                    

"STUDENT BARU JUGA KE?" Alicia tersedar dari lamunannya.

"Ha? Ye saya. Eh! Tak tak. Saya hantar abang saya je." Balas Alicia sambil tersengih bagaikan kerang busuk.

"Dari tadi kitorang perasan. Awak ni asyik pandang kami berdua je. Ada apa-apa masalah ke?" Soal salah seorang dari mereka.

"Eh tak tak. Saya cuma, terpegun sebab nampak kembar handsome macam awak berdua. Eh!" Alicia lantas menekup mulutnya dek kerana terlepas cakap. Wajahnya yang putih dan didandani dengan pemerah pipi , jelas menaikkan lagi kemerahan di wajahnya.

"Hahaha. Awak pun cantik. Kalau tak cantik , kitorang taknak tegur. By the way, nama saya Kio. Saya adik. Ni abang saya , Mio." Kio memperkenalkan diri mereka dengan ringkas.

'Pendeknya nama.' Getus hati Alicia.

"Alicia." Ringkas, padat dan tepat! Mereka memandang satu sama lain. Suasana agak janggal untuk beberapa ketika.

"Alicia je?" Soal Mio. Alicia mengangkat keningnya.

"Iya lah. Alicia. Well, fair and square lah sebab nama korang berdua lagi pendek , Kio dengan Mio. Tak ada pula saya nak tanya lebih-lebih." Panjang lebar Alicia mengemukakan hujahnnya. Kio jelas terhibur dengan gelagat Alicia.

"Oh ya. Ini ibu, ayah and abang saya." Kio dan Mio terus menunduk dan bersalam sesama mahram sebagai tanda hormat.

"Kamu berdua ni , kos apa?" Soal Ayah.
"Muzik." Serentak Mio dan Kio membalas.

"Oh. Sama lah dengan abang nya ni. Dia degree, kamu berdua ?" Soal ayah lagi.

'Banyak pula bapak aku ni menyoal.' Alicia mula berasa tidak senang. Takutnya , Kio dan Mio tidak selesa sahaja.
Tetapi tanggapan Alicia salah , Kio dan Mio jelas kelihatan bersahaja dan selesa sahaja untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih dewasa daripadanya.

"Kami berdua diploma. Tapi lambat setahun. Tahun ni 19." Balas Kio. Alicia yang baru sahaja mengetahui umur mereka , mengangguk sahaja.

"Umur Alicia ni berapa pakcik?" Soal Mio.

"Dia ni baru 18. Sepatutnya belajar kat sini juga , tapi last minute dia taknak pula. Sebab ibu nya ni ha , menangis kat rumah." Ibu yang mendengar penerangan ayah , terus mencekak pinggang di belakang.

"Ayah ayah. Tu." abang menyentuh bahu ayah dan menjuihkan bibirnya ke arah ibu.  Kio , Mio , Alicia dan abang sudah terkekek menahan gelak.

"Haiyuk. Tidur luar pakcik malam ni." Mio bergurau dengan bersahaja. Semakin galak lah gelak mereka semua.
______________________________

"KALAU TAK NAMPAK, BAIK PAKAI CERMIN MATA LAH PEREMPUAN TU." Ayie berjalan sambil berleter-leter akan kejadian yang berlaku.

"Uish. Kawan kita datang membebel-bebel ni dah apahal?" Azam yang dari jauh memerhati kan gelagat Ayie yang dari tadi mulut nya membebel mengalahkan orang tua.

"Takada lah tadi ada perempuan tu, jalan tak nak guna mata. Dengan aku aku sekali dia langgar. Asshole." Jelas kelihatan raut bengang di wajah Ayie.

"Lek lah bro. Mana tahu tu jodoh kau ke one day? Jangan benci-benci. Bahaya." Gurau Azam. Ayie mencebik.

"Babybooo!" Satu suara gedik kedengaran di segenap cafe.
"Sayang" Ayie menyambut suara itu dengan penuh romantik. Tanpa segan silu , pemilik suara gedik itu merangkul leher Ayie. Azam yang melihat jelas menggigil dek kerana kegelian.

"Baby , baby. I miss youu! Cuti sem lepas I felt nothing without you!" Jelas gadis itu.
"Babe , I pun sama. Rindu sangat." Ayie jelas membalas rindu nya.

"Eh Ayra, kau ni datang-datang menggeletis , geli tahu tak? Kau ni pun Ayie , agak-agak lah , public kot." Azam memberikan nasihat kepada mereka berdua yang tidak sedar akan perbuatan mereka. Mereka berdua hanya menjegil kan mata.

"Baby boo, Azam ni kuat betul jelouse kan? Siapa suruh tak ada makwe." Ayra memerli Azam. Ayie hanya tergelak sinis. Nak mengata lebih , kawan sendiri.

"Tak pe lah sayang. Nanti kita sweet-sweet lagi okay? Sekejap lagi you pun kena jadi fasilitator kan untuk orientasi? Do your best! Tak mau nakal-nakal okay sayang?" Balas Ayie sambil mencuit sedikit hidung Ayra. Sekali lagi Azam menggigil.

"Okay my baby boo. See you later! Bye!" Ayra melangkah pantas menuju tempat yang ingin dituju. Ayie hanya tersenyum melihat kelibat Ayra pergi. Semakin hilang kelibat Ayra dari pandangan , semakin pudar senyuman Ayie.

"Fuh. Penat." Keluh Ayie.
"Kau pahal tiba-tiba mengeluh? Bukan tadi cukup main manis bagai nak kena kencing manis ke?" Perli Azam.

"Aku terpaksa. Sebab masa cuti sem lepas kitorang gaduh teruk sebab kantoi aku pergi blind date yang family aturkan. So , in returns , I habe to treat her like a princess." Balas Ayie. Mendengar kata-kata itu , Azam terkekek.

"Princess pale hotak dia princess! Hahahahaha. Kenapa family kau beria suruh kau blind date? Ha?" Azam bagaiman hilang kewarasannya disebabkan terlalu syok gelakkan rakannya.

"Family aku suruh aku kahwin lepas habis study. Dia tak suka Ayra even aku da cakap banyak kali yang aku suka dia. Nak buat macam mana. Daripada telinga aku berdarah dengan bonda aku bising , baik aku pergi je blind date jadah tu. Tapi jadi hal lain pulak dengan si Ayra nya tu." mendengar penerangan Ayie , Azam berhenti gelak.

"Kau tak boleh kawin dengan Ayra. Sebab keluarga kau tak merestui. Apa kata kau usha junior-junior baru kat sini , yang ada ciri-ciri wanita melayu terakhir , latar keluarga baik , then kau bawak jumpa keluarga kau. Amacam idea aku? Boek?" Azam bercakap sambil merangkul bahu Ayie. Ayie terdiam sejenak. Ikutkan hati dia memang sudah penat mahu melayan sikap Ayra yang tak habis-habis mahu berkepit..

To Be Continue...

PILIHANWhere stories live. Discover now