BAB 12 - GILA

158 5 0
                                    

"THANKS TAU KIO. Kalau kau tak tolong aku tadi , arwah dah agak nya aku ni." Alicia menuturkan kata tanda penghargaan nya kepada Kio. Kio tersenyum dan tergelak sedikit.

"Aku takkan biarkan kau arwah. Jangan risau. Ingat aku nak biarkan orang yang aku sayang pergi dengan cepat?" Kio tersenyum memandang Alicia. Alicia terkedu.

'Sayang?' Akalnya berbicara. Langkah nya terhenti.

"Kio. Aku gerak keluar seorang ya? Aku tahu jalan keluar. By the way , thanks." Alicia memberikan senyuman akward kepada Kio lalu meninggalkan Kio yang sedang terpinga pinga. Alicia berjalan tanpa menghiraukan Kio.

"What the f that happened today?" Alicia bermonolog. Kepala nya pening dek kerana menjalani waktu yang panjang meski pun hanya beberapa jam lamanya. Dia berjalan menuju ke kereta yang di pandu oleh ayahnya dan kelihatan abang nya sudah pun berada di dalam kereta.

"Siapa yang study ni. Kenapa dia yang paling lambat keluar? Jumpa someone eh?" abang nya mula menyakat Alicia yang masuk ke kereta dengan wajah yang suram. Alicia memandang mata abang nya dengan sangat tajam. Dek kerana aa yang terjadi hari ini sangat menyakitkan kepala dan hati nya.

"Diam lah. Kita nak makan kat mana ni?" soal Alicia yang tidak mahu meneruskan perbualan bersama abangnya.. 

"Em... Alicia nak makan secret recipe kan?" soal Ayah nya. mendengar kalimat Secret Recipe itu jelas membuahkan senyuman keanak-anakkan diwajahnya. Alicia mengangguk bagaikan kanak-kanak kecil yang sangat teruja.

"Jom?" soal ayah nya.
"Jom!!" Alicia menjerit teruja. Abangnya yang duduk dibelakang hanya menggeleng sambil tersenyum melihat kegembiraan adik nya itu. Hanya itu lah satu-satu nya adik-beradik yang dia ada di dunia.

********************************

USAI TIBA DI MANTRA MALL , Alicia terus berjalan tanpa melihat kedai kanan dan kiri. Di fikirannya hanya lah KEK COKLAT LAVA SECRET RECIPE SAHAJA.

"Ayah! Kedai nya kat sini!" Alicia terus masuk ke kedai itu tanpa menunggu ayah dan abang nya. Lalu memilih tempat duduk yang empuk untuk mereka bertiga. Usai melabuhkan punggung di atas kerusi , ayah Alicia berkata.

"Jangan bagitahu mama tau. Nanti dia jelouse." ujar ayah nya. Alicia dan abang nya hanya tergelak mendengar kata-kata yang di ucapkan oleh ayahnya. Mereka memanggil pelayan untuk mengambil order  mereka.

"Excuse me!" Ujar Alicia dengan suara yang sememangnya kedengaran excited.

" Ye cik , boleh saya ambik order?" 

"Okay , saya nak..." belum sempat Alicia memberitahu apa yang ingin di pesannya , percakapannya di potong.

"Hati saya?" mendengar kata-kata itu , Alicia hairan. Lalu dia mendongak dan memandang suara lelaki yang menjadi pelayan di situ.

"Kau... kau buat apa kat sini?" soal Alicia dengan wajah yang sangat terkejut.

"Hai Alicia. Assalamualaikum uncle , Andy. Saya Ayie. Satu tempat belajar dengan Andy. Kawan Alicia. Baru kenal. Tu , kawan saya , Azam." Azam yang duduk di meja lain mengangkat tangannya tanda menyapa sambil menganggukkan sedikit kepala nya.

"Kawan Alicia?" soal Abang nya, Andy. Alicia dengan pantas menggelengkan kepalanya.

"Jom lah makan sekali dengan kitorang. Cukup meja ni makan berlima." Ayah Alicia mengajak Ayie untuk makan bersama-sama mereka.

"Boleh juga tu uncle." Belum sempat Ayie melabuhkan punggungnya , Alicia terus menggenggam lengan Ayie lalu dibawak agak jauh sedikit dari ayah dan abangnya.

PILIHANWhere stories live. Discover now