Bab 8 - Elak

166 4 0
                                    

"DIA SUKA AKU KE? KENAPA JANTUNG SAKIT TENGOK DIA PERGI MACAM TU JE?" Ujar Ayie sambil memandang kearah pizza yang tidak bertutup. Dada nya digenggam kuat. Sakit di dadanya bagaikan mencucuk-cucuk setiap kali terkenang kan cara Alicia memandang dirinya. Ayie menutup pizza dan bangun dari duduknya lantas berjalan meninggalkan kawasan itu.

Ayie jalan sambil termenung tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya. Dadanya sesak bagaikan dihimpit sesuatu. Bukan sakit teringatkan Ayra tetapi sakit melihat wajah marah tambah kecewa diwajah Alicia.

'Aku buat salah ke?' soalan demi persoalan timbul di benak pemikiran Ayie. Sunggu bodoh alang Ayie ini.

*******************************

"MACAM MANA RASANYA?" Soal Kio kepada Alicia.

"Rasa apa?"Alicia bagaikan buntu dengan soalan yang ditujukan kepadanya.

"Putus cinta." Mendengar perkataan itu , Alicia jelas membuntangkan matanya.

"Wait , what? Putus cinta? Manada saya putus cinta. No. Pfft! Who's said that. No I'm not." Mendengar jawapan Alicia , Kio menjegil dan tersenyum sinis memandang Alicia. Seakan sedang mengejeknya.

"Are you mocking me? Hello. I tak bercinta pun dengan sesiapa lagi okay? Please." Alicia cuba kontrol MACHO. Kio terkekek melihat gelagat Alicia yang berusaha menafikan kehancuran hatinya.

"Tak bercinta. So, I ada chance lah ni kan? Hahahaha." Kio mengusik jiwa Alicia. Mata Alicia jelas membuntang dan turut tergelak dengan kenyataan itu.

"Euwww , what are you talking about." Balas Alicia dengan suara gedik ala-ala LMK.

"Amboi divanya. Hahaha. I serius lah. You boleh cerita apa je dengan I. Anggap I ni abang atau adik atau kawan rapat you. You can tell me anything." Kio cuba untuk mengorek lubang dari Alicia. Dengan pandangan penuh simpati , dia menyangka itu boleh mengumpan Alicia untuk menceritakan segalanya.

"Nah.. I'm good, Kio. Don't worry. It is my problem so I shouldn't let anyone else in. Biar I selesaikan sendiri masalah ni." Alicia menolak pelawaan Kio. Jelas dia bukan seseorang yang memerlukan simpati seorang lelaki. Alicia hanya tersenyum sambil termenung.

Kio memandang Alicia bagaikan memahami keadaan yang sedang dialami oleh Alicia. Dia hanya akur.

'Tengok dia macam ni , tak mungkin aku dapat hati dia.' getus hati kio. 

************************

"APAHAL KAU JALAN TERMENUNG?!" tanpa fikir , Azam terus menerpa Ayie yang berjalan perlahan sambil membawa sekotak pizza yang tinggal beberapa keping di tangannya

"Woi!" Ayie jelas terkejut dengan perilaku yang dilakukan oleh Azam.
"Eh Sial lah! Kalau aku mati sakit jantung tadi macam mana?!" Ayie jelas berang. Dia sungguh terkejut yang teramat dengan Azam. Azam terkekek melihat reaksi Ayie tentang usikan yang dilakukannya sebentar tadi.

"Hahahaha. Kau ingat apa? Setan? Jembalang? Apahal kau terkejut sangat. kau tu jalan sambil termenung tak takut pulak mati sebab masuk longkang?" soal Azam sambil memandang tepat ke arah Ayie. Belum sempat Ayie membalas , Azam meneliti setiap inci wajah Ayie.

"Kau asal? Kenapa mata kau merah?" Mendengar soalan Azam , Ayie melarikan pandangannya.

"Mana ada apa-apa. Mata aku okay je. Aku tak rasa apa-apa pun." Ayie menafikan kenyataan yang di perhatikan oleh Azam. Azam memandang Ayie dengan wajah yang penuh tanda tanya.

"Aku ada mata. Aku nampak lah. Jangan-jangan kau... hisap ganja!" Mendengar tekaan Azam , Ayie terus memandang tepat ke arah Azam.

"Kau ingat aku ni geng-geng kepala High macam kau ke?" Ayie memandang Azam dengan pandangan yang sangat tajam. Azam hanya terkekek-kekek.

"Hahahaha habis tu? Takkan kau menangis kot? Kau nak menangis sebab apa sial? Hahahaha." Azam sememangnya tidak pernah ada sense of humor  dalam hatinya. Ayie menggeleng.

"Dah lah. Daripada aku pening kepala melayan kau yang tak betul ni , lebih baik aku balik dorm." Ayie berjalan laju meninggalkan Azam.

"eh Ayie! Tunggu lah aku!" Azam berlari anak mendapatkan Ayie.
"Rilek lah kau ni nak entap-sentap. Kau kan tahu aku macam mana. Kita kan dah berkawan dari darjah 1. Macam dalam lagu tu. Dari darjah 1 , eh macam mana lagu tu?" Ayie tersenyum mendengar kata-kata Azam. sememangnya mereka merupakan kawan baik dari kecik sampai lah sekarang. Hampir semua sama. Sehinggakan tempat belajar pun mereka pilih untuk pergi ke tempat yang sama.

"Banyak lah kau Azam. Memang kau kawan BAEKK aku. Kalau aku mati , will you die for me too?" Ayie mula berjenaka.

"For you , I will do anything. But , kau gila aku nak mati kalau kau mati? Banyak lagi benda aku nak buat kat dunia ni daripada mati dengan kau. Takada-takada." Ayie tergelak besar mendengar dialog balasan yang di sampakan oleh Azam.

"Baby boo~" satu suara gedik memenuhi ruang legar saat mereka sedang berseronok sesama mereka.Mereka berdua berpaling.

"Someone is coming~" Azam membuat pengumuman menggunakan suara soprano nya untuk memberitahu ketibaan pemilik suara gedik itu.

"Nampak nya , aku pergi dulu lah ye?" belum sempat Azam membuka langkah , Ayie menahan bahu nya. Azam memandang wajah Ayie dengan muka aneh.

"Aku nak kau jadi saksi saat ni." mendengar kata-kata Ayie , Azam jelas tidak faham dengan apa yang dimaksudkan. Tetapi dia akur. Maka dia berdiam menunggu apa yang dimaksudkan oleh Ayie.

"Sayang. You know.. emm... I'm so sorry babe. I bukan ada hati pun dekat Remy tu. Dia yang goda I." Jari jemari Ayra laju elalui lengan Ayie yang tak berapa kurus dan tak berapa berisi itu. Ayie mencebik.

"Remy? You even know his name Ayra. Why I think this is funny? Kan Azam?" Ayie memandang Azam. Azam jelas terkedu. Terkejut kerana tiba-tiba nama nya naik di antara perbalahan mereka.

"Ha. Kelakar kelakar. Ha ha ha ha." Wajah Azam bagaikan cuak. Ayie meneruskan gelak jahatnya.

"Ha ahahahaha. Look Ayra. I hope u listen to me CAREFULLY. This. Is." Ayra meluru peluk Ayie sebelum Ayie sempat menghabiskan ayatnya.

"I love you." Ayra membuat suara ala-ala esakan seakan mahu menangis. Ayie sememangnya lemah dengan air mata perempuan. Ayie melepas kan tangannya dari bahu Azam. Ayra memandang Azam dan menyuruh nya pergi dengan isyarat mata.

"Be.Ram.Bus." gerak mulut Ayra jelas menyatakan ayatnya. Azam tidak berganjak. Dia tersenyum sambil menggeleng. Ayie mengangkat tangannya bagaikan mahu membalas pelukan. Azam jelas tidak senang melihat tindak balas itu. Hati nya ingin sahaja dia memberikan tumbukan padu kearah wanita itu. Tetapi itu sudah melanggar prinsip nya yang tidak mahu menjadi lelaki dayus. Ayra tersenyum apabila dia merasai pergerakan tangan Ayie. Sangkaannya meleset. Ayie ternyata memegang bahu nya hanya untuk meleraikan pelukan itu.

"Ayra , Ayra. Listen. I will not being fool by you ANYMORE. " Ayie tersenyum kearah Ayra. Dia lantas memandang Azam.

"Jom. Aku rasa semak sangat kat sini." Azam tersenyum lantas melompat kearah Ayie.

"Bro , aku tak pernah nampak yang kau secerdik ini. Dah lama sebenarnya aku rasa nak terajang tumbuk muka betina ni. Jom lah. Aku pulak LEMAS tengok muka dia ni." perli Azam benar-benar dihadapan Ayie dan Ayra. Ayie menggeleng dan tergelak lalu berlalu pergi meninggalkan Ayra yang sudah bertukar menjadi MERAH. 

"Ahhhhhhhhhhh!!!!" Ayra menjerit bagaikan orang gila yang kehilangan arah. Mendengar jeritannya , Ayie dan Azam tersenyum dan berlalu pergi tanpa menghiraukannya.


PILIHANWhere stories live. Discover now