BAB 13 - PLAN

228 13 2
                                    

"ALHAMDULILLAH. KENYANG PERUT HATI SENANG." Mendengar gurauan Andy , abang Alicia , semua tergelak kesenangan. Alicia masih lagi membisu dek kerana hatinya masih lagi panas.

"Oh ya. Sekejap. Saya nak pesan kek." Azam meminta diri untuk kehadapan kaunter kek.

"Ayie , awak ambik jurusan apa?" soal Ayah Alicia. Alicia memandang ayahnya dengan wajah hairan. 
"Jurusan ninja!" Andy bergurau. Alicia tersenyum sedikit dengan usikan abangnya itu.
"Saya ambik kos teater uncle. Degree." jelas Ayie. Ayah dan abang mengangguk.
"Degree? Maksudnya . awak ni sebaya dengan Andy?" soal ayah.
"Saya tak pasti. Tapi saya tahun ni 21 tahun. Pun saya dah masuk semester akhir" Jelas Ayie.
"Bawah setahun. Kiranya kau ambik asasi lah kan?" soal Andy. Ayie mengangguk tanda betul.

"Ha , Alicia. Kalau haritu terima je tawaran diploma teater haritu , tak ke Ayie ni dah jadi senior Alicia?" mata Alicia membuntang. DIa memandang ayahnya sambil membuat isyarat mata dan mulut tanda marah kerana rahsianya dipecahkan. Ayie memandang Alicia dengan wajah terkejut.

"Oh really? Tak sangka awak minat benda yang sama." ujar Ayie.
"Bukan benda baru pun. Maksudnya kita tak berjodoh lah tu." balas Alicia sambil menghirup air nya. Beberapa saat kemudian dia hairan mengapa semua bagaikan terkejut dan terdiam.

"Alicia, You're mentioning about jodoh?" mendengar kalimat itu , Alicia memandang Abangnya. Wajah nya mula kelihatan rona-rona kemerahan dek kerana mula rasa malu. Ayie menahan gelak nya sambil memandang ke tempat lain. Alicia menekup wajahnya keatas meja kerana malu mahu memandang AYie yang berada di hadapannya.

"Dah ada calon ke?" usik ayah. Alicia menggeleng kan kepalanya yang sudah selamat melekat di atas meja.
"Adik ku sayang , abang rasa Ayie kosong. kan?" Andy memandang wajah Ayie. Ayie mengangkat kedua keningnya dan mengangguk tanda mengakui kebenaran itu. Alicia lantas mengangkat kepalanya.

"Abang ni!." Alicia memukul bahu abangnya banyak kali kerana usikan yang tak munasabah seperti itu.
"aduh aduh! Sakit lah!" mereka yang melihat hanya tergelak.

"Rasanya , elok kita gerak. Mana tahu princess ni nak cuci cuci mata kat sini ke?"semua memandang tepat kearah Alicia yang sudah mengeluarkan muncung sedepa. 

"TAK NAK! NAK BALIK! Tak nak kawan semua orang. Hmph!" semakin panjang muncung mulutnya membuat mereka semua tertawa.

"Ada apa-apa yang saya missed ke?" Azzam datang sambil memegang beg plastik dan terdapat kotak kek di dalam nya.

"Tak ada apa lah. Settle?" soal Ayie. Azam menunjukkan thumbs up  yang bermakna sudah selesai hal yang ingin diselesaikan. 

"Shall we?" ujar Ayah. Mereka semua bangun dari duduk lalu ayah menuju ke kaunter untuk bayar.

"Bill?" soal ayah. Mereka yang mengekor dari belakang turut berhenti.
"Bill? Semua dah dibayar tadi. Oleh Encik yang pegang kek ni." Ujar gadis yang menjaga kaunter itu. Semua memandang Azam.
"Seriously. Thank you so.." Alicia ingin mengucapkan terima kaish tetapi pantas di potong oleh Azam.

"Eh kenapa saya pulak. Saya tolong bayar je, yang bayar." belum sempat menghabiskan kata-katanya , Ayie menekup mulut Azam.
"Eh Terima kasih Azam sebab sudi belanja kitaorang semua. Jarang kau baik." Azam cuba untuk bercakap tapi terhalang dek kerana mulutnya ditutup oleh Ayie.

"Jom?" ujar Ayie. Mereka yang pelik dengan karenah Ayie hanya mengangguk akur dan meneruskan langkah mereka keluar dari restoran itu.

****************************

MEREKA BERJALAN DI DALAM MALL ITU SAMBIL MELIHAT-LIHAT KEDAI YANG ADA DISEKITAR ITU.

"Eh , ayah nak tengok tempered glass. Alicia pergi lah tengok-tengok kat kedai. Beli lah apa-apa." tanpa berpaling , ayah Alicia terus berjalan meninggalkan mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PILIHANWhere stories live. Discover now