Bab 4 - LAGI?

207 5 8
                                    

"ALICIA! NAK IKUT AYAH AMBIK ABANG TAK? HARINI DIA KENAA BALIK SEBAB HABIS ORIENTASI!" Mendengar suara ayah nya , Alicia jelas teruja dek kerana sudah lama tidak berjumpa dengan abang nya sendiri.

"Nak nak! Ibu ikut tak?" Soal Alicia yang sedang bergegas hendak bersiap.

"Tak. Ibu zumba malam ni." Ibu yang kebetulan ada disitu lantas menjawab soalan Alicia. Alicia hanya akur dengan kata-kata ibu. Alicia dengan pantas masuk ke bilik mandi untuk menukar pakaiannya.

***************
"Ayah , Alicia masuk kejap , nak solat Asar. Alang-alang boleh tunggu abang sekali." Ujar Alicia kepada ayah nya. Ayahnya hanya mengangguk sambil fokus memandang skrin telefon. Alicia mengambil beg sandang mininya dan berlalu keluar.

Langkah diatur dengan kemas , hati berdebar-debar memasuki kawasan kolej.

'Aku bukan student sini , boleh ke masuk? Masuk je lah.' Getus hati Alicia. Dia melangkah dengan berhati-hati sambil memerhati sekeliling. Dia memasuki kolej melalui pintu pagar yang terbuka memudahkan pelajar untuk keluar dan masuk. Alicia berjalan menerusi ruang legar yang dinding nya dihiasi lukisan para pelajar seni. Sejenak , Alicia melihat satu per satu lukisan itu dengan penuh teliti. Sedang memerhati kedengaran suara seorang jejaka sedang mengeluh di beranda atas.

"Haihhh. Sial lah Ayie tu! Memang mulut macam binatang betul!" Alicia memandang wajah lelaki itu dengan muka penuh tanda tanya.

"Masalah rebut awek lah tu" Alicia bermonolog sendiri dan meneruskan pembacaannya.

" Rilex lah Faisal. Kau tahu kan Ayie tu sayang Ayra macam mana? Better kau biar je lah dia." Faisal mendengus mendengar kata-kata rakannya. Sedang memikirkan kemarahannya , mata nya tertumpu pada tubuh seorang gadis yang tinggi lampai yang sedang memerhati lukisan dengan penuh teliti.

"Wei , kau tunggu sini kejap. Aku nak turun bawah kejap." Faisal terus berlari menuruni anak tangga yang terletak dihujung bangunan. Tiba sahaja di laluan galeri , gadis itu hilang.
hit! Terlepas. Arghh!" Faisal mendengus marah.

***************

"Mana surau ni..?" Alicia berjalan sambil matanya melilau dan meliar mencari dimanakah keberadaan surau. Sedang berjalan sambil memerhati sekeliling , Alicia memasuki ruang jalan yang sunyi dan terdapat pintu-pintu besar di dinding. Memerhati keadaan sekeliling , jantung Alicia jelas berdebar-debar.

"Aku kat mana nii" Sibuk mencari surau, kedengaran bunyi tapak kaki yang agak laju dibelakangnya. Alicia mula menggelabah.

'Siapa ikut aku ni?!' Langkah Alicia semakin laju selaju debaran jantungnya. Tetapi sejenak tiba-tiba Alicia terhenti. Langkah yang mengikuti juga terhenti.

'Shit! Betullah dia ikut aku. Tak boleh jadi ni.' Tanpa sengaja , bahu Alicia disentuh maka terhayang lah tumbukan padu tepat di batang hidung seseorang. Walaupun melepaskan sedas tumbukan , Alicia menutup mata.

"Kau.. kenapa kau tumbuk...aku..." kedengaran suara lelaki berbicara lantas Alicia mengintai sedikit siapakah gerangan manusia itu.
'Debuk!'lelaki Jatuh bagaikan nangka busuk yang sering kedengaran di dalam kebun. Mata Alicia membuntang.

"Shit! Apa aku kena buat ni?" Alicia mula gelabah. Dia bergegas kearah jejaka yang dipukulnya itu dan mencangkung dihadapannya. Alicia mengeluarkan jari telunjuknya dan mencucuk-cucuk bahu jejaka tersebut.

"Awak? Encik? Are you okay? Awak, encik bangun lah. Jangan main." Alicia mencucuk dengan makin laju.

"Bangun lah. Bangun lah!" Alicia mula menggoncangkan tubuh jejaka itu. Tetapi tiada respon. Airmata ketakutan mula mengalir di pipi Alicia. Alicia mula buntu. Dia terduduk menangis seperti budak kecik dek kerana ketakutan bahawa tumbukannya akan membawa kematian pada seseorang.

PILIHANWhere stories live. Discover now