Part 2

1.3K 23 1
                                    

Part 2

* Terima kasih kepada readers yg sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mamy. Sy pula melebih2 sedih sebab terimbas kenangan pahit yg lalu. Sy berjanji akan teruskan hidup ini sehinggalah sy menemui kebahagiaan utk diri sendiri. In shaa allah. *

Mata mamy tertutup rapat buat selamanya..

Sy rapatkan muka di muka mamy. Terasa badan mamy semakin berat, kaku dan pucat. Tangisan kuat mamy tadi tiba2 berhenti. Bagaimanakah sy ini? Dady kan teriak tadi dia bilang sy menyusahkan... saya? Menyusahkan..?

Sy: mamy kenapa ni...?

Sy: mamy.... mamy

Mamy pucat. Tiada hembusan nafas lagi. Kenapa mamy begini? Sy teriak dan menangis sekuat hati

Sy: DADY....!!!!!

Dady makin cemas. Perempuan tadi pun panik melihat keadaan mamy. Dady pegang mamy.. lepas tu dady berdiri pegang perempuan tadi "syg pulang dulu. Nanti abg call k?" Perempuan tadi angguk kepala ketakutan. boleh2 lagi dady p kiss tu perempuan depan sy! Depan jasad mamy bah.. sungguh durjana!

Perempuan tadi terus berlari keluar. Hanya tinggal sy dan dady meraung menangis

Dady: ya Allah.. Syg bangun.. bangun...
Sy: apa dady sudah buat?! kenapa mamy begini?!

Dady: kau diam!! Jangan cakap apa2 yg kau nampak tadi!! (Marah)
Sy: sy mau bagitau orang apa dady buat!
Dady: tau lah apa jadi kalau kau cakap!

Dady ugut akan pukul sy sampai mati macam dia buat pada mamy. Dady ugut boleh bunuh sy bila2 masa. Sy bukan saja menangis ketakutan tapi sedih kehilangan mamy

Sy goyangkan badan mamy tidak bergerak lagi... Mamy.... Mamy... Mamy janji akan sihatkan? Mamy tipu... Mamy...

Tangisan demi tangisan. Di usia 9 tahun tanpa mamy. Apa akan jadi? Benarkah kata orang 'Biar bapa yg mati, jangan mama' ?? Mamy apa sy perlu buat ni..? Mamy bangun lah...

Dady teriak ke rumah jiran sebelah minta tolong. Ramai jiran yg datang menolong keadaan. Ada juga yg sudah mengesahkan mamy sudah tiada lagi. Mamy di baringkan di tilamnya tadi. Kesiannya bubur tadi pun tidak sempat di makan. Beberapa hari ni memang mamy tidak ada selera makan mungkin sebab bersedih

Seorang imam dan beberapa bidan kampung datang ke rumah utk mengurus jenazah mamy. Saudara sebelah mamy ada juga yg datang membantu mengurus jenazah mamy. Hanya saudara jauh.. Dalam dunia ini sy hanya ada mamy dan dady. Bila sy mahu di bawa oleh makcik dady bilang "Sy boleh jaga anak sendiri. Sy boleh tanggung isha...". Benar kah? Ya Allah macam mana kehidupan akan datang?

Kesemuanya turut bersedih sebab mamy baik orangnya dan cukup di kenali oleh jiran2 kami. Hanya ayat ini berulang2 dari semua orang "kesian anaknya masih kecil lagi..."

Sy menangis dalam pelukan makcik2 yg datang ke sini. Dalam hati sy 'makcik pelihara lah sy.. makcik tolong lah sy..' tapi dady kejap2 datang ke tempat sy bagi amaran jangan bising atau cakap apa2. Sebab dady bilang sy hanya ada dady dan akan hidup dengannya

Dady lupakah dulu kau sayangkan mamy? Sayangkan sy..? kenapa dady berubah? Dady satu2nya yg sy ada tapi dady sudah mengecewakan hati mamy dan buatkan sy benci ada bapa!

Dady meraung menangis. Seolah-olah pedihnya kehilangan. Tapi itu semua lakonan. Air mata drama yg di buat2. Tangisan dady makin kuat sedang di tenangkan oleh beberapa orang. Benarkah nilai air mata itu..? Bagaimana membezakan air mata palsu? Sungguh2 manusia itu penuh agenda. Macam mana lah keadaan selepas ini? Entah..

Mamy di mandikan dan di kapankan. Hanya sekujur tubuh berbalut kain putih di atas tilam ini. Sy duduk menyaksikan keadaan mamy di pembaringan sehinggalah badannya di tutup habis oleh kain putih. Kenapa sy berteriak nangis? Perasaan apakah ini? Mamy kita akan berpisah kah? Inikah maksud mamy mahu pergi jalan jauh? Mamy bawalah sy bersama. Sy terus2 menangis dan di peluk oleh makcik yg ada di sini. Mata sy bengkak menangis. Hati sy sakit. Sy benci dady! Sy tidak mahu hidup dengannya!

JPB BY ANDREA KISS (SAID TO BE BASED ON TRUE STORY)Where stories live. Discover now