Part 9

966 17 0
                                    

Jaan punching bag

Part 9

Kami di dalam kereta menuju balik rumah. Tiada komunikasi. Shakid dari tadi diam. Dari cara pemanduan pun boleh tau dia tengah marah. Habislah sy kali ni

Kami keluar dari kereta. Shakid angkat semua barang tadi. Sy hanya ikut dari belakang. Hati berdebar kencang ketakutan

Sampai saja dalam rumah. Shakid letak barang tutup pintu. Shakid berdiri tepat di hadapan sy.. Pakk !! Satu tamparan ganas. Terasa kepala berpusing keadaan menjadi gelap. Mata sy gosok tidak nampak apa2.. sy terduduk. Shakid angkat bahu sy berdiri. Satu kali lagi.. pakkk !!! Lebih kuat dari tadi. Tidak sempat sy jatuh sebelah tangan shakid sudah di leher. Shakid heret sy di leher ke dinding dan sy terangkat dalam keadaan leher di cekik. Hanya sebelah tangan sudah rasa mau mati. Sy tidak nampak apa2 lagi.. pandangan kabur. Terasa darah tersekat di kepala. Sy terbatuk.. tangan dan kaki meronta2 minta di lepaskan. Memang tiada suara lagi.. air mata mengalir laju

Sy: ........... (meronta minta di lepaskan)

Shakid: jaan apa kau sudah buat tadi?!

Sy meronta minta di turunkan. Shakid makin ganas. Genggaman tangan semakin kuat. Sesak nafas..

Shakid: Kenapa kau masih sayang ex kau kah?!! Belum cukup lagi apa sy bagi?!!
Sy: ti... ti.. tidak. Ba.. bang lepas.. sakit..
Shakid: kenapa kau pegang dia tadi hahhh?!!!
Sy: ampun.. bang ampun.. lepaskan
Shakid: sy sayang kau jaan.. kenapa kau buat sy begini? Kenapa kau curang?!

Sy tidak dapat beri penjelasan. Tangan di leher menekan terlalu kuat. Sy terasa lemah. Shakid panik sekejap... shakid hempas badan sy ke bawah kasar dan tendang. Ya Tuhan sakitnya

Shakid: masuk bilik sekarang!! (Mata merah dan marah)
Sy: dengar penjelasan sy dulu...
Shakid: masuk bilik sekarang !!!!!

Sy pelahan masuk ke bilik menahan sakit perut. Shakid mau pukul sy di dalam bilik supaya tiada orang lain dengar

Shakid: Kenapa kau masih rindu ex kau?! Kau tidak boleh lupakan dia?!!! Kenapa kau pegang dia tadi....?!!!!!
Sy: tiada apa2 tu bang.. dia...

Tidak sempat menjawab. Shakid buka tali pinggangnya. Sy terduduk di penjuru katil. Kaki dua2 sy peluk erat.. rasa ketakutan kembali lagi. Teringat muka dady. Sy tunduk dan menangis. Shakid mula menghayun tali pinggangnya

Libasan tali pinggang sekuat hatinya. Garisan demi garisan

Shakid: sy bunuh kau jaan....! Sy sakit hati kau buat sy begini! sy cemburu kau taukah?!!
Sy: abg ampun.. bukan sy yg mulakan. Randy yg datang p dekat sy.. dia yg pegang! sy sudah mengelak. abg ampun.. ampun

Ya Tuhan.. tali pinggang terus menghayun laju di badan. Sy duduk pegang kedua kaki. Sy ingat mengandung.. sy selamatkan perut supaya tidak terkena pukulan. Shakid hempas badan sy di katil melibas lagi tali pinggang. Shakid seperti kerasukan memukul sehingga puas

Shakid: kau ni perempuan jenis apa?! Perempuan pub kah? Perempuan suka layan lelaki?!!!
Sy: ya Allah.. abg sy minta ampun..
Shakid: kau diam isha! Kau diam!!! Sy boleh bunuh bila dengar kau bersuara!! DIAM KAU..!!!!!!!!

Shakid macam orang gila memukul. Tali pinggang terus2 di badan sy. Tangisan sy semakin kuat. Sekuat itulah shakid memukul. Shakid bilang "diam....!!" Dia masih mahu memukul. Sungguh2 punching bag itu lah diri sy..... Jaan 😢

Shakid keluar dari bilik. Suasana jadi sepi kembali. Shakid tiada suara lagi. Sy diam menahan kesakitan. Tersenyum sendiri menahan lukanya di hati..

Dalam hati 'Syukurlah sy di pukul begini tapi tiada kesan luka'

Boleh2 lagi sy bersyukur sebab pukulan tadi tidak meninggalkan kesan luka. Hanya kesan garisan tali pinggang lebam sana sini. Tapi kesannya sudah ada di hati ini.. Memori terus mengingat beginilah keadaan sy dari umur 9 tahun. Kesan pukulan ini sudah menjadi hiasan corak di badan. Air mata halus jatuh di pipi tanpa suara..

JPB BY ANDREA KISS (SAID TO BE BASED ON TRUE STORY)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz