Part 12

792 21 2
                                    

Jaan punching bag

Part 12

Dengan linangan air mata sy menuju ke sungai. Banyaknya kain mau cuci. Sy rindukan suami. Kenapa keluarga shakid begini? Kenapa sikit pun tidak mendengar penjelasan apa yg terjadi? Sy cepat2 mencuci mau siapkan sebab risau shanji menangis tadi minta susu. Badan sy basah2 terkena air sungai.. sejuk lagi. Mana lagi hati terus risau keadaan kami di sini. Siap mencuci terus menjemur. Lega sudah habis kerja. Hati berfikir laju bagaimanakah 3 hari ni tanpa suami di sini? Sudahlah di tempat orang..

Sy duduk rehat sekejap pandang air sungai. Tiada apa yg boleh di lihat di sini. Hanya bunyi mata air yg deras seperti air mata sendiri. Ya Tuhan adakah Engkau melihat penderitaanku? Bilakah semua akan berakhir? Perlukah di pertahankan rumahtangga yg rapuh ini? Mamy... mamy... sy rindukan mamy. Sy pandang kedua tangan yg kecil ini sudah mampu membuat pelbagai kerja. Kalau mamy ada di sini pasti tidak akan membiarkan sy hidup begini.. Sy rindukan mamy. Sy lap air mata.. sy mesti kuat demi shanji

Adnan datang

Adnan: Isha kalau sudah siap ammi suruh masak

Sy pandang adnan. Adnan simpati tapi tidak boleh buat apa2

Sy: adnan.. sy tidak salah. Anak tu terjatuh sendiri (menangis)
Adnan: ya sy tahu. Kamu sabar ya

Sy lap air mata

Adnan: cepatlah nanti ammi bising..
Sy: hmmm...
Sy: adnan kenapa perlu cuci di sungai? Kan ada mesin basuh..
Adnan: ada baju yg tidak boleh cuci guna mesin basuh. Isha kesian kamu. Mesti penat kan?
Sy: hmm..
Adnan: kau cepat2lah siap nanti ammi marah lagi
Sy: kejap lagi lah sy datang
Adnan: sy jalan dulu...

Sy berdiri menuju balik. Perlu masak lagi? Ini malam keluarga akan makan nasi. Beberapa hari makan naan ja. Sy pun tak tau macam mana mau sesuaikan diri. Mereka bukannya faham sy orang asing di sini. Apa benda pun tidak cuba memahami bangsa lain

Sampai di rumah bukannya di bagi peluang pegang anak. Sy terus di suruh ke dapur masak. Sy masak sajalah apa yg shakid pernah ajar. Time makan semua komplen tak sedap. Cairlah! tiada rasalah! Ada juga yg tak sanggup makan. Mulut dorang terus2 bercakap tapi sy bukannya faham. Adnan pandang hanya diam..

Shanji menangis kuat. Sy cepat2 mau ambil baby. Adik shakid yg seorang lagi namanya Laila pun benci sy. Sy ambil shanji di tangannya.. dia tak bagi

Sy melawan mau ambil. Kesiannya air mata shanji menangis begini kuat. Entah apa laila sudah buat ni. Sy bersuara saja biar laila tidak di faham

Sy: laila bagi anak sy..!!

Laila bising2 tidak mau bagi shanji. Dia terus masuk bilik. Tangisan shanji tidak di dengari lagi. Biliknya di tutup rapat. Sy ketuk pun tidak di layan lagi. Laila adik shakid yg ke 4 sudah berumahtangga lebih dari 5 tahun tapi tidak punya anak. Mungkin sebab itulah dia mau ambil sayang2 shanji. Ya Tuhan.. sedihnya sy berpisah dengan anak

Adnan di suruh bercakap lagi

Adnan: malam ni isha jangan tidur di bilik. Tidur di ruangtamu sini ja
Sy: kenapa..?
Adnan: hmmm kau dengar sajalah apa mereka cakap. Supaya tidak gaduh
Sy: tapi kenapa...?

Adnan pun seperti malas sudah mau sampaikan apa hal di rumah ni. Sy duduk kepenatan. Malam ni tidur di luar? Keadaan sejuk begini? Hmmm

Laila ada lain sikit orangnya.. kuat bising. Tapi suaminya pendiam. Entahlah pendiam2 pun ubi berisi juga macam syaitan. Nama husband laila si khismat. Khismat keturunan iran tulen. Tinggi dan hensem orangnya. Mata kehijauan. Selama sy di rumah memang tidak pernah bercerita dengannya. Sy takut shakid marah. Sy hanya boleh bercakap dengan adnan. Itupun sepatah dua kata. Khismat pernah datang ke Malaysia. Melayu tidak lurus.. tapi dia faham

JPB BY ANDREA KISS (SAID TO BE BASED ON TRUE STORY)Where stories live. Discover now