Part 15 (Final)

1K 32 4
                                    

Jaan punching bag

Part 15 (FINAL)

Untuk part 15 ni tiada apa babak cerita dan tidak panjang utk sy ceritakan lagi. Sy hanya mahu info pada semua yg sy di sini sudah sihat sepenuhnya. Sedikit sebanyak parut di badan sudah berkurang. Sy semakin sihat dan bebas. Hati sy semakin gembira dapat menikmati hari baru. Banyak lagi yg perlu di pelajari di dunia luar ni.. sy baru melangkah. Doakan sy utk permulaan yg baru yaa... Aamiin

Syukur utk semua doa dan kata2 semangat. Huhu pelbagai cadangan dan jenis2 bantuan orang cuba hulurkan. Terima kasih semua yaa. Bukan tidak menerima tapi sy tidak mahu menyusahkan sesiapa. Apatah lagi sy tidak mahu mendedahkan diri sebenar.. Biarlah sy dengan jalan sendiri. Segala urusan pasti akan selesai tidak lama lagi. Sebab dady sedaya upaya akan urus kesemuanya dan keluarga baru di sini turut membantu sama..

Pertama sekali sy berterima kasih dengan Kakak Andrea kiss. Sahabat pertama yg sy kenali biarpun tidak pernah bertemu. Cukup sekadar di alam maya sy tahu kak andrea punya hati yg baik utk membantu sy seadanya. Kak Andrea ada janji bila dia terjumpa sy di mana-mana pasti dia bagi pelukan shiledkan? Semoga kami akan pertemukan oleh Tuhan di mana-mana. Terima kasih Andrea kiss kerana telah menjadikan jalan cerita jaan dengan begitu bagus sekali. Untuk pemenang cover Album Elli terima kasih utk covernya memang ngam dengan cerita jaan. Utk kesemua readers yg sangat2 baik hati. Doa kalian adalah jalan utk sy terus bersemangat

1.Oktober.2017

Bulan baru utk sy memulakan langkah kaki. Keadaan sy memang ok dan ceria. Jangan kamuorg risau yaa.. apa2 perkembangan sy akan info Sis Andrea utk di kongsi bersama readers semua

Selama tempoh penceritaan "Jaan punching bag" mata sy bengkak menangis setiap malam. Sy sangat terharu dan bersyukur pada Allah s.w.t kerana di kirimkan kawan2 yg menghiburkan hati sy iaitu semua readers di sini. Terima kasih kepada yg sudi berkawan dengan sy biarpun tahu kisah silam sy yg begitu perit. Selama ini tiada seorang pun mahu berkawan dengan sy. Semuanya menjauh. Terasa memori kanak2 di habiskan dengan begitu sia2 tanpa ada peluang mengenal erti kawan. Tapi apa kan daya sy lah manusia yg terpilih menerima ujian ini. Dari kisah ini sy mula menyedari ramainya manusia baik di luar sana. Isha sayang kamu semua

Awalnya sy buka fake acct fb ni kerana kak Andrea arahkan sy reply komen kamu semua akan tetapi sy bercadang selepas story publish sepenuhnya sy akan diactivated fb ni. Sy minta maaf sebab terpaksa meninggalkan kamu semua di sini. Hari ini kita semua akan berpisah di sini saja. Sy tahu semuanya ikhlas berkawan dengan isha. Jangan risau sy masih di kalangan followers Andrea yaa. Sy sentiasa follow cerita sis andrea pasti akan nampak komen2 kamu semua di sini. Biarpun kamu tidak mengenali sy tapi percayalah sy sangat gembira sebab begitu ramai yg sudi berkawan dengan sy. Sy tersedar satu perkara iaitu Tuhan mengambil orang yg sy sayang lalu di gantikan dengan lebih ramai orang yg sayangkan sy. Ini adalah kali pertama sy merasakan betul2 di sayangi dan di hargai. Kalaulah selama ini sy pendam kisah sendiri pasti akan terus2 rasa terhina dan jadi manusia bodoh sampai bila-bila. Terima kasih kepada mereka yg memperkenalkan sy dengan Andrea di KRTB masa tu. Sy tidak sangka dengan hanya meluahkan perasaan begini mampu memberikan rasa yg mendalam buat hati pembaca. Terima kasih kepada yg sudi merasakan kesakitan yg sama. Ya Tuhan.. sy begitu terharu kepada readers yg follow cerita ini tanpa mengira bangsa dan agama. Paling buat sy terharu semuanya mahu memeluk isha. Jauh di sudut hati, sy sudah merasa pelukan kamu semua di sini. Sy minta maaf tidak dapat tunjukkan diri sebenar

Sy tidak tahu ungkapkan bagaimana cara berterima kasih lagi. Apa yg ada di hati sy, sy akan sentiasa ingatkan diri masih di sayangi di luar sana. Terima kasih kepada yg sudi berkongsi kasih sayang dengan isha. Semoga Tuhan merahmati kita semua

Banyak juga mesej yg tidak dapat di balas dan mungkin tidak terbalas lagi. Banyak juga komen yg tidak dapat di balas lagi. Sy minta maaf yaa.. Sy sibuk bekerja. Ini adalah pertama kali sy merasakan erti pekerjaan. Mesti rajin dan kuat. Sy kerja sangat happy teruja begitu ramai manusia pelbagai rupa

JPB BY ANDREA KISS (SAID TO BE BASED ON TRUE STORY)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ