bab 2

423 18 2
                                    

Darien Arasy memarkir superbike miliknya ditempat parkir yang disediakan di kawasan sekolahnya.

Bagpack berjenama Nike disandang olehnya.

Kakinya mengorak langkah ke arah sekumpulan lelaki yang sedang berkumpul di perkarangan dataran perhimpunan sekolah.

"Yow guys, bila nak gerak?" Darien bersalam dengan rakan-rakannya dengan cara mereka sendiri.

"Macam mana nak gerak, kau tu lembap macam siput tahu tak?! Nasib ah kita orang ni penyabar tau! Kalau tak dah lama kena tinggal dengan bas Pak Mat tu" Marah Rizqan sambil tangannya menumbuk bicep kanan Darien.

"Wei rilex lah, kau patut bersyukur aku datang. Dah lah kau dengan Khai paksa aku join rombongan short-short-short vacay ni. Kalau tak disebabkan korang, aku tak pergi tau. So bersyukur sikit aku still join " Darien menumbuk semula Rizqan. Rizqan mengadu kesakitan.

"Hah dah2 jangan bergaduh, tu hah sir Rayden dah panggil nak bagi ceramah" Khairyl memegang tangan Darien dan Rizqan.

"Ceramah? Or taklimat? Kau ni! Lepaskan tangan aku! Kunyit! " Darien menepis-nepis tangan Khairyl dari terus memegang tangannya.

"Eee lepas lah, aku tak nak join geng kunyit!!" Rizqan menendang kaki Khairyl.

"Aku baru nak sweet2 dengan korang. Ngajuk lah cenni. Susah ah dapat member tak sweet hm" mencebik muka Khairyl.

Darien dan Rizqan terus meninggalkan Khairyl. Lagi dilayan, lagi gay jadinya.

××× ××× ×××

Guru pengiring memeriksa nama-nama pelajar direkod kehadiran. Nama-nama mereka disebut, dan mereka diminta masuk ke dalam bas.

"Muhammad Darien Arasy bin Zharien"

"Muhammad Syed Rizqan Isyraff bin Syed Rizwan"

"Muhammad Khairyl Danielle bin Kadri"

Darien, Khairyl dan Rizqan mengambil seat yang terletak dihujung bas iaitu 5 seat memanjang. Senanglah mereka ingin memekak secara berjemaah disitu.

Terdapat dua buah bas yang akan mengikuti rombongan tersebut. Bas A yang dipandu oleh Pak Mat hanya untuk pelajar lelaki sahaja.

Bas B pula yang dipandu oleh Pak Zan akan dipenuhi bas tersebut dengan pelajar perempuan sahaja.

Ini sebab guru-guru yang bijak dan pintar kerana ingin mengelakkan kegedikkan berlaku didalam bas jika pelajar lelaki dan perempuan disatukan.

Kira-kira 60 pelajar yang mengikuti rombongan tersebut.

Darien memasang iPod miliknya dengan earphone dan kemudian disumbat ke telinganya. Lagu How Long by Charlie Puth berputar ditelinganya.

"Woo, lawanya case iPod kau! Warna pink giteww auwww HAHA" Kata Rykal Eldra dengan volume suaranya yang sungguh kuat masyaAllah, sampai Pak Mat si driver bas tu pun dengar. Ni kes nak memalukan kaum sendiri lah ni. Kemudian, membaling plastik chewing gum ke kepala Darien yang sedang mula lena dengan dunia muziknya.

Rizqan dan Khairyl memandang Rykal dengan pandangan 'aku tumbuk muka kau kang'

Darien masih kekal dengan posisi selesanya itu. Memang dia dengar kata-kata Rykal yang menyakitkan itu, tapi dia berfikiran rasional untuk mengabaikan sampah masyarakat itu. Dah lah tak reti buang sampah dalam tong sampah. Kau fikir kepala aku tong sampah hah bangsat?!

"Wei Darienoob! Pinjam iPod pink kau tu boleh? Kalau tak boleh, nanti jangan lupa pm tepi bagitahu igshop yang jual case iPod cam tu Hahahahaha" Evil laugh oleh Rykal dan turut diikuti Aliff dan Aideal iaitu merangkap asdiqo' kepada syaiton.

Sweet EnemyWhere stories live. Discover now