e i g h t

220 15 0
                                    

Darien POV

Kini masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Pengumuman pemenang bagi aktiviti yang dijalankan sepanjang pertandingan berlangsung. Tapi sebenarnya, aku menanti masa untuk pulang ke rumah kesayangan aku je HAHA.

Hadiah-hadiah sudah tersedia di atas meja bersebelahan guru-guru pengiring. Tinggal masa untuk mendengar keputusan sahaja. Ceh macam nak ambik result pititeri je.

Sebelum itu, kami semua diminta untuk berkumpul didalam kumpulan masing-masing.

Selesai para guru memberi pengumuman dan sedikit ucapan, Madam Ain pun segera mengumumkan keputusan.

"Tempat ke-3 dimenangi kumpulan...." Kata Madam Ain tidak lengkap. Saja mahu memberi debaran kepada pelajar-pelajar. Eleh aku tak debar pun. Sebab aku pegang pada kata-kata Sir Rayden 'menang kalah adat pertandingan, tapi kalau boleh nak menanglah'

"Tempat ke-3 dimenangi oleh kumpulan 4!!" Sambung Madam Ain lagi. Tepukkan bergema dipantai itu dengan tepukkan para pelajar dan guru.

Aku agak terkejut mendengar keputusan itu. Zeaneesa yang berada disebelahku sudah terjerit high note mungkin sebab tidak percaya dengan keputusan tersebut ataupun sebab dia sedih tak dapat jadi winner.

Tapi jujur aku tak sangka kumpulan aku mendapat tempat ke-tiga sedangkan banyak persalahfahaman antara ahli-ahli kumpulanku. Tapi kalau dah rezeki, alhamdulillah lah. Syukur, reputasi aku masih terjaga HAHA.

Aku berserta 5 orang ahli kumpulanku yang lain segera bangun dan pergi ke hadapan untuk menuntut hadiah tersebut. Hamper bersama pingat untuk setiap seorang diberi kepada kami.

"Tempat ke-2 dirangkul oleh... " kata Madam Ain selepas selesai mengumumkan tempat ke-3.

Bunyi acah-acah drum yang dilakukan oleh pelajar-pelajar lelaki membuatkan debaran semakin memuncak didalam diri setiap pelajar yang lain.

"Tahniah! Kumpulan 5!!" Sambung Madam Ain lagi.

Rizqan, Kayla dan ahli kumpulan mereka yang lain segera bangun dan mara ke hadapan untuk mengambil hadiah yang disampaikan oleh Sir Rayden.

Tepukkan gemuruh diberikan kepada mereka. Tidak terdetik langsung rasa iri hati didalam hati ini kerana mereka menang, tapi perasaan bangga terhadap kemenangan Rizqan dan ahli kumpulannya.

Selesai sahaja menyatakan keputusan tempat ketiga dan kedua, kini keputusan yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar iaitu tempat pertama.

"Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan.... Korang rasa kumpulan berapa?" Soal Madam Ain. Aduh saja nak buat pelajar lain dedo.

"Tempat pertama diraih oleh kumpulan 3!! Tahniah! " sambung Madam Ain dengan sedikit jeritan rock, wuu serupa Ella.

Khairyl, Izyane dan ahli-ahli kumpulannya agak terkejut mendengar keputusan tersebut. Mereka sedikit kaku dan tidak percaya.

Pantas Madam Ain menyeru kepada ahli kumpulan 3 untuk mara ke hadapan dengan segera.

Ahli-ahli kumpulan 3 pun pantas bangun dan segera pergi ke hadapan dan menuntut hadiah mereka.

Paling tak percaya aku, Rizqan dan Khairyl dapat meraih hadiah walaupun tak sekumpulan.

Dan paling aku gembira kerana Rykal tidak merangkul apa-apa hadiah, sungguh gembira dihati ini hanya tuhan je tahu. Astafirullah jahatnya aku. HAHA bukan selalu la.

Selesai sahaja sesi penyampaian hadiah, kini masa untuk sesi pengambaran kali terakhir dipantai ini.

Kemudian, aku dan yang lain segera memenuhi perut bas. Macam biasa, aku akan duduk bersebelahan dengan Khairyl dan Rizqan di seat yang paling hujung.

Sweet EnemyWhere stories live. Discover now