t h r e e

289 17 4
                                    


Hey! Enjoy

-------------------------------------------------------------

Hayyra tekun membaca buku novel
miliknya. Cuaca diluar agak panas ketika waktu tengah hari sebegini.

Hayyan menghampiri Hayyra yang sedang focus dengan novelnya.

"Kak Ara, jom pergi beli dessert? Hayyan cravingg lah" Hayyan menguis-nguis baju kakaknya itu. Hayyra tidak memberi respon kerana novel lebih penting dari adik takgunanya itu. Jujur adik memang tak guna, berguna bila perlu je HAHAHA *ampun

"Kak Hayyra Qayrisha!! " jerit Hayyan ditelinga kanan Hayyra.

Hayyra terkejut dan melatah. Buku novelnya sudah terbaling mendarat dilantai akibat terkejut dengan pekikan ditelinga.

"Apa ni Hayyan jerit-jerit? Kalau kak Ara pekak nanti macam mana hah? " marah Hayyra sambil menarik telinga adiknya. Kemudian buku novel miliknya tadi diambil dan kembali dibaca.

"Hm sorry lah, kak Ara tu yang tak layan Hayyan. Alah jomlah pergi beli dessert!! Please lah kak Hayyra yang cantik menarik kau memang deboom!" Suara Hayyan digedikkan. Muka aegyo ditayangkan.

"Haishhhhh yelah! Nasib puji" serabut Hayyra dengan adiknya itu. Nasiblah kau comel wahai Hayyan Qasyaff.

Segera dia mengambil shawl hitam dan cardigannya untuk dipakai.

Hayyan sudah tersenyum gembira kerana tidak sabar ingin menyumbat kek kegemaran didalam perutnya.

××× ××× ×××

"Hah, Hayyan nak kek ape? " soal Hayyra dengan muka acuh tak acuhnya itu.

"Alah, macam tak tahu je favorite Hayyan ape eee nak merajuk lah" Hayyan mencebik. Masalah lah budak ni.

"Aduh gediknya adik aku ni. Ouh baru kak Ara teringat yang Hayyan suka kek oreo kan kan kan?" Kening kanan Hayyra terangkat-angkat.

Hayyan memandang kakaknya dengan pandangan 'wtfffff'

"Hayyan suka kek red velvetlahhh eee teruk betul lah kak Ara ni" Kata Hayyan. Muka mencebiknya masih kekal ditayangkan.

"Oooo dah tukar fav ea? Ni mesti kes tengok drama red velvet yang ada si neelopa dengan alip satar tu an? Tak pun kes minat girlband red velvet kan? Mesti Hayyan minat Irene dengan Yeri kan kan" Mengarut Hayyra dengan bangganya. Jurujual sudah buat muka 'eh kau nak beli ke nak popetpopetpopet?!'

Hayyra tersengih memandang jurujual tersebut.

Darien POV

Aku, Khairyl dan Rizqan pergi ke restaurant berdekatan pantai ini.

Kemudian, kami bertiga menuju ke arah kaunter untuk memesan makanan. Nasib barisan tak begitu panjang, mudahlah untuk urusan berjual beli hehe.

Hati aku membara geram. Menunggu giliran yang berjam-jam. Ceh tipu je, tak sampai 5 minit pun.

"Ehem, cepat sikit ah! Nak pilih makanan pun susah ke? Aku dah penat beratur ni" Aku berdehem, dan menegur gadis dihadapanku dengan kurang sopan. Alah biarlah.

Gadis dihadapanku memandang aku sekilas sambil memberi jelingan maut.

"Haish, sabar lah! Aku baru je nak order grr" marah gadis itu.

"Hehe maaf bang, kakak saya memang lembab sikit kekadang. Sabar ea bang" sambung seorang budak lelaki disebelah gadis itu. Gadis itu mencubit bahu budak lelaki itu. Mungkin adik dia barangkali? Tapi adik kiyut miyut, kakak macam singa je.

Hayyra POV

Segera aku memesan kek tiramisu, kek red velvet dan jus tembikai dikaunter restaurant ini.

Maklumlah, dibelakang barisanku ini, terdapat manusia yang tidak mengenal erti sabar.

Segera aku menunggu dikaunter sebelah, untuk mengambil makanan yang telah dipesan tadi dalam proses disiapkan.

"Hayyan, lain kali kakak taknak teman pergi sini lagi. Asal back up mamat tadi tu? " Hayyra memandang adiknya dengan pandangan helang. Ceh.

"Hehe mana ada back up. Kenyataan lah kan? Kak Ara macam Flash dalam cerita Zootopia tu HAHA" gelak Hayyan. Hayyra menayangkan muka marahnya.

Hayyan tersenyum keriangan setelah mendapat kek kegemarannya.

Maklumlah craving teramat, tak pasal-pasal aku yang kena belanja budak ketot ni brrrr.

Kek yang kami pesan sudah ditangan aku dan Hayyan. Selesai membayar, kami mengorak langkah untuk keluar dari 'Restaurant Hawai kawai dawai' haha tipu je. Restaurant Hawaiiy

Darien POV

Selesai memesan beberapa makanan dikaunter, aku, Khairyl dan Rizqan segera menunggu di kaunter sebelah untuk menunggu makanan yang dipesan tadi.

"Eh, mana perempuan yang pakai shawl hitam tadi tu ea? Dengan sorang budak lelaki tadi tu? Uolls ada nampak tak? " soal seorang jurujual lelaki yang agak auww dihadapan aku.

"Ouh diorang dah balik dah, kenapa?" balas Khairyl seraya menyoal kembali.

"Tadi dia ada order jus tembikai, dah bayar pun. Tapi, dia tertinggal jus ni. Omg macam mana ni?!" Suara sotong jurujual itu keluar sambil ditangannya memegang jus tembikai milik gadis tadi. Aku menyirap, rasa nak tampo je. Dah tahu tertinggal, pergi lah hantar kat dia, apa susah?

"Serius lah? Takkan dia tak perasan jus yang dia order tak de kat tangan dia?" Rizqan pula merespon sambil memeluk tubuh. Susah kes ni nak diselesaikan. Ceh macam detective conan choii tak masal.

"Biar je, nanti dia datang balik lah tu. Tak payah kesah sangat" balas aku. Kecoh je semua ni, benda kecik je nak dibesar-besarkan ape cite?!

"Hah, apa kata you tolong hantar dekat perempuan tadi tu. Rasanya, kalau you kejar mesti sempat serempak dia. Caya lah cakap ai" jurujual lelaki itu menghulurkan jus tembikai kepada aku. What the hell, why me?!

"Erkk, asal aku pulak? Kau ah hantar, kau kan pekerja kat sini. I'm only a customer okey! " Aku membentak.

Khairyl dan Rizqan tidak henti-henti memaksa aku supaya ikut kata si jurujual sotong tu. Diorang siap bagi aku kata-kata semangat, lol pikir tournament ke hah?! Aku pun give up, terpaksa hantar jus tersebut kepada perempuan tadi. TERPAKSA guys.

Aku mengambil jus tembikai itu ditangan Mr. Sotong itu dengan
ke-ti-dak-rela-an hati.

Segera aku mengorak langkah pantas mencari susuk tubuh gadis tadi. Mindaku sedang memproses ootd milik gadis tadi, first sight kot susah lah nak ingat dress up dia.

"Woiiiii!! " aku menjerit ke arah seorang gadis. Mesti tu dia.

Bila dia pusing je, aku terkejut. Lol salah orang der.

Aku kecewa + memalukan dan berbagai lagi.

Tiba-tiba ada seorang gadis menghampiriku. Jus tembikai yang sedangku pegang tadi sudah hilang ditangan akibat dirampas oleh gadis itu.

"Mine right? " soalnya.

"Tak lah, lembu punya" kata ku. Dia memandang aku dengan pandangan 'haha kelakarnya'

"Hah tahu pun kau punya. Itu pun boleh lupa erk" aku menjelingnya menyampah.

"Suka hati aku lah, tak kacau nenek moyang kau pun kan" balasnya ganas. Wow main nenek moyang nampaknya.

"Kau ta-----" tidak sempat aku ingin berkata-kata, dia sudah hilang dari radar. Mungkin ke planet venus sana? Mungkin lah, sebab muka dia dengan alien tak ada beza.

'Dah lah tak reti berterima kasih!!' Marahku. Kemudian kembali ke keberadaan Khairyl dan Rizqan direstaurant tadi.

.
.
.
.
.
.
.
.

Sorry sebab this chapter too mengarut plus cliché. I'm really sorry dear readers 😅😘 btw sorry if kurengg faham or ada typo kah kah kah. Last, don't forget to vote and comment!! ((Author takdo ideooooo!! *cryingggg*)) okey bye stay tuned for next part! 😘





Sweet EnemyWhere stories live. Discover now