éleven

208 12 4
                                    

Hayyra kagum melihat tersegamnya bangunan-bangunan di sekolah barunya itu. Sungguh besar dan indah kawasan-kawasan disini.

Jika ingin dibandingkan sekolah lamanya dengan sekolah ini, pastilah sekolah barunya ini lebih besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jika ingin dibandingkan sekolah lamanya dengan sekolah ini, pastilah sekolah barunya ini lebih besar.

Hampir sesat Hayyra mencari pejabat dikawasan sekolah besar seperti sekolah ini. Mujurlah ada guru yang menemuinya dan bertanyakan kepadanya apa yang dicari.

Orang tua-tua dahulu ada pesan, malu bertanya sesat jalan, tak malu bertanya tak sesatlah jalan. Peribahasa ini sesuai untuk Hayyra yang sesat mencari arah tujuan.

"Welcome to Pristine Highschool, new girl" ucap guru wanita lingkungan 40-an kepada Hayyra.

Hayyra membalas dengan senyuman dan menyalam tangan guru wanita tersebut.

"Kebetulan saya tengah ronda-ronda di sekeliling sekolah, nasib baiklah saya terserempak kamu, kalau tak, sesat sampai penghujung waktu sekolah lah jawabnya " sambung guru tersebut lagi bersama selitan perlian pada ucapannya.

Hayyra tersengih.

"Nama saya Puan Balqis. Saya guru disiplin sekolah ni. Meh saya tunjukkan kamu arah pejabat" ujar Puan Balqis lagi. Hayyra mengikut langkah guru wanita itu.

Selesai mendaftar pelbagai perkara yang perlu diselesaikan, akhirnya selesai juga.

Puan Balqis segera membawa Hayyra ke kelas yang akan didudukinya nanti.

Sambil menuju ke kelas barunya itu, dia meneroka keindahan kawasan sekolah itu. Jujur memang sungguh indah sekolah ini dengan pelbagai jenis bunga ditanam disetiap tepi laluan sekolah.

Tiba sahaja dikelas 5 Crystal, para pelajar didalam kelas tersebut terdiam seketika. Kebisingan yang melanda tadi tiba-tiba bertukar menjadi sunyi sepi.

Puan Balqis mengetuk pintu bilik darjah itu, seraya memberi salam kepada para penghuni didalam kelas tersebut.

Para pelajar pantas berdiri tanda hormat dan menjawab serentak salam Puan Balqis itu tadi.

Puan Balqis melangkah masuk ke dalam kelas 5 Crystal, begitu juga dengan Hayyra yang mengikut langkah guru wanita itu.

"Hari ini, kelas kamu ada pelajar baru. Inilah pelajar barunya. Dia dari sekolah Queen Elizabeth Girl School di Kuala Lumpur. Okey Hayyra, sila kenalkan diri kamu kepada rakan-rakan baru kamu" ucap Puan Balqis kepada Hayyra yang berada disisinya.

Mata Hayyra terbeliak melihat beberapa wajah pelajar yang seperti dikenalinya.

'Like seriously?!! Dia sekolah sini?!' desis Hayyra bersama riak wajahnya yang terkejut apabila memandang wajah seorang pelajar lelaki yang sungguh dikenalinya.

"Ehem! Hayyra kenalkan diri kamu, jangan buang masa" pinta Puan Balqis sambil mencuit lembut bahu Hayyra.

Hayyra tersedar dari dunianya, akibat deheman dan cuitan Puan Balqis. Hayyra tertunduk malu.

Sweet EnemyWhere stories live. Discover now