fourteen

299 15 7
                                    

Selesai bersarapan, Darien segera bersalaman dengan ibunya.

"Pergi dulu, ibu. Bye Assalamualaikum" kata Darien selepas menyium tangan suci ibunya.

"Eh, sabar dulu. Tunggu Hayyra tu, dia baru nak bersarapan. Takkan Darien nak tinggalkan dia? Dia pun nak pergi sekolah kan? Hah sehala lah jalan" balas Puan Farina.

"Bu? Maksud ibu, ibu nak Hayyra bonceng dengan Darien? Ewwww ibu jangan buat lawak please! " Darien membantah kata ibunya. Dasar anak durhaka kah kah.

"Eh ibu tak buat lawak. Kesian Hayyra tu. Takkan dia nak jalan kaki? Eh Darien ni, sekolah tu jauh. Dah dah jangan mengada dengar cakap ibu ye" Puan Farina memulas telinga anaknya itu. Susah sangat nak dengar kata.

Darien meraung kesakitan. Sadis ibu ni sanggup pulas telinga anak sendiri. Fikir telinga ni buah pulasan ke hah?

Hayyra yang sudah selesai menikmati sarapan segera menuju mencari Puan Farina.

"Hah aunty! Hayyra nak pergi sekolah dah ni. Tapi siapa ea yang hantar Hayyra? Jalan kaki ke? " soal Hayyra.

"Eh tidak. Kamu amik je helmet ni, dekat luar tu ada driver super bike tengah tunggu he he" Puan Farina menghulurkan topi kaledar yang berada di tangannya kepada Hayyra.

"Driver super bike? Maksud aunty, Darien ea? Aunty, jangan lah macam ni. Tak manis lah orang pandang kalau Hayyra naik dengan Darien hm" kata Hayyra sayu.

"Eh haah lah. Baguslah kamu ni. Maaf aunty tak fikir pulak pasal ikhtilat semua tu, astafiruAllah" balas Puan Farina. Hayyra lekas melakar senyuman.

" Tapi.. kamu nak pergi sekolah naik apa? Dah lambat ni. Kalau nak suruh uncle, uncle dah pergi kerja. Takpe lah, hari ni kamu naik dulu dengan Darien " sambung Puan Farina lagi.

"Alah aunty jangan begini. Anniyaaa" Hayyra membuat muka mahu menangis. Namun, apakan daya terpaksa akur.

Hayyra pantas memasang kasut sekolah dan lantas keluar dari rumah tersebut.

"Lembap gila kau! Dah nak pukul 7 dah ni aduh! " marah Darien. Hayyra terkejut dan terkedu. Tak sampai 1 saat keluar rumah sudah kena tengking. Anak siapalah tekak macam mikrofon ni. Anak aunty Farina opss.

"Kau pehal hah?! Kau pekak ke hah? Dah lambat dah ni. Kau tercegat macam beruk kat situ pehal?! Kang aku tinggalkan, kau nangis! Cepat ah!" Ucap Darien sambil menjeling Hayyra.

"Hah ye ye! Volume suara tu pelahan sikit. Nanti aku pekak" Pantas Hayyra membonceng motor yang dibawa Darien.

----------------------------------------------------------------------------------------------

"Wei balik ni kita lepak mamak nak? Nak ke taknak lepak mamak? " soal Khairyl berserta rap ketika memakai kasut sekolah sebaik sahaja keluar dari musolah kerana baru sahaja selesai menunaikan solat fardu zuhur.

"Aku okey je. On! Hah kau Dar? On tak? " Balas Rizqan pula sambil kening tebal kiri miliknya diangkat menunggu jawapan daripada Darien yang sedang fokus mengikat tali kasutnya.

"Tak, aku tak boleh. Sorry lah, next week amacam?" Alasan Darien. Disebabkan dia perlu menjemput Hayyra pulang dari sekolah dia terpaksa menolak pelawaan rakannya. Semata-mata kerana gadis itu. Ikutkan hati mahu sahaja dia berterus terang tentang sebab dia tidak boleh mengikuti mereka untuk lepak di mamak, namun biarlah hanya dia dan Hayyra sahaja tahu. Tidak mahulah viral satu sekolah. Maklumlah Khairyl itu mulutnya sedikit puaka. Rizqan pun dua kali lima sahaja.

"Hek eleh kau ni. Spoil lah, Dar! Menyampah ai! Mengajuk lah" Khairyl mencebik berserta rupa comelnya.

"Eee geli siyut kau ni nak merajuk pulak" Darien melihat Khairyl dengan penuh jijik sambil menolak bahu kanan Khairyl.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sweet EnemyWhere stories live. Discover now