t é n

214 13 8
                                    


*promote!*

Stay by gadishoodie

If korang nak author promotekan cerita korang, just private message or komen dekat mana2 ruang komen okay? ♥

××××××××××××××××××××××××××××××××

DARIEN ARASY POV

Aku mengikut ibu dan abahku ke rumah kejiranan yang berdekatan. Menurut ibu, mereka baru 1 minggu berpindah ke taman perumahan disini dan mengadakan kenduri ringkas.

Seusai mengenakan baju melayu berwarna biru muda ditubuh dan songkok dikepala segera kami bergerak menuju ke rumah yang menjadi destinasi kami.

Selesai solat dan tahlil, aku menjamu makanan yang bermacam-macam disediakan dirumah ini.

Sedang enak menjamu selera, terasa ingin melepaskan hajat pula. Segera aku menghabiskan makanan yang sedang dimakan itu dengan segera. Kini kaki pantas mencari tuan rumah untuk meminta izin menumpang tandas.

"Uncle Harith, boleh tumpang tandas tak? Kat mana ea tandas? " soalku sejurus melihat tubuh tuan rumah ini.

"Hah boleh-boleh. Hah Hayyan pergi tunjukkan abang ni arah nak pergi tandas" balas pakcik itu. Kemudian berbicara bersama anak lelakinya yang dipanggil Hayyan.

"Hah abang, jom Hayyan tunjukkan abang dekat mana tandas" kata budak lelaki yang berada bersebelahan pakcik Harith itu kepadaku.

Aku membuntuti saja budak lelaki itu yang menghala ke arah tandas.

"Abang nama abang siapa? adakah kita pernah bertemu or bersemuka before this?" Soalnya seraya badannya dipusingkan menghadapku. Langkahku mati.

"Nama abang Darien Arasy, panggil abang Dar je. Kita pernah jumpa? Hm tak pastilah, mungkin juga " balasku kurang pasti.

Dalam masa yang sama, aku merasai seperti mengenali ataupun bertemu dengan budak lelaki ini. Wajahnya sungguh seperti biasa dan pernah dilihat. Hah lantaklah, yang penting cepat sampai ke tandas. Mindaku sudah tidak boleh untuk berfikir. Yang ada didalam fikiran ini hanyalah 'tandas'.

"Bang, sorry Hayyan kena pergi tolong papa layan tetamu. Hah tandas dekat sebelah sana je. Sebelah dapur" katanya lalu meninggalkan aku. Aku tercegat sebentar.

Habis, aku ni bukan tetamu?

Aku pun pergi ke arah yang dikatakan Hayyan tadi.

Aku terlihat sekujur badan yang sedang berada di dapur.

"Kak, toilet dekat mana? " soalku kepada dia yang sedang berjubah dan bertudung biru. Nak kata dia bukan manusia, rasanya dia masih berstatus manusia. Hantu? Eh hantu selalu berbaju putih supaya dapat menarik perhatian dan menggoda seseorang.

Perempuan itu pun menunjuk ke arah tandas tanpa menoleh memandangku. Wei muka aku hensem, pandanglah aku. Mesti syok main mobile legend ni, haish tak padan dengan perempuan langsung. Aku pantas masuk ke dalam tandas tersebut. Sudah tidak tahan dan hampir melepas hajat ini. Tak pasal-pasal heboh satu taman 'Anak Encik Zharien buang hajat di dapur milik keluarga Encik Harith'

HAHA aku tak boleh imagine kalau benda macam tu berlaku. Mana nak taruk muka hensem aku ni? Dalam jamban? Woo tak sesuai.

Dalam beberapa minit kemudian, aku melafaz lega kerana sudah termakbul hajatku kah kah kah. Kemudian, aku keluar dari tandas tersebut.

"Arghhhhhh!! " jeritan bergema sebaik saja aku keluar dari tandas itu. Aku terkejut. Aku pun memandang ke arah suara jeritan itu. Gadis yang menjerit itu terpampar dimataku.

Sweet EnemyWhere stories live. Discover now