Bab 3

7.9K 491 30
                                    


2 minggu kemudian Ungu telah dibenarkan oleh pihak hospital untuk balik ke rumah. Namun Ungu masih perlu buat fisioterapi sebulan sekali dan selebihnya boleh buat di rumah seperti aktiviti harian.

Kali pertama Ungu menjejakkan kaki di rumahnya setelah 5 tahun koma. Kali pertama juga Ungu akan tinggal di dalam rumah yang besar gedabak ini tanpa familynya. Terbit rasa sedih dalam hati bila melihat setiap sudut rumah, hmm menerjah beribu – ribu kenangan di depan matanya.

“ Ungu … Ungu rest lah dulu . Mak Min ada kerja nak buat sikit dekat dapur “ kata Mak Min lalu meninggalkan Ungu di ruang tamu sendirian.

Seketika Ungu memerhati gambar – gambar familynya tergantung kemas di dinding , ada juga yang tersusun di atas meja. Kelihatan wajah – wajah satu familynya yang tersenyum gembira bagaikan tiada sedikit pun kesedihan.

“ Mama … Papa .. Ungu rindu “ desis hati Ungu sambil mengusap – ngusap foto yang ada mama dan papanya sahaja.

Selepas itu dia beralih kepada foto yang hanya ada dia dan adik beradiknya yang lain sahaja. Ungu memeluk foto itu rehat.

“ Ungu rindu dengan semua orang “ desis hati Ungu sebak.

Buat kesekian kali, air mata Ungu gugur lagi.

-----------------------

Faeeq buntu memikirkan jalan penyelesaiannya. Apa yang aku nak kena buat ni ? Betul ke dengan apa yang aku nampak tadi ? Tapi apa motif abang Thaqeef ?

Seketika Faeeq melangkah masuk ke dalam dapurnya. Kosong ! Hmm mana bibik ? Dia buat kerja dekat belakang kot ?

Aduh haus lah pulak. Faeeq mencapai gelas di atas kabinet tiba – tiba dia terpandangkan sesuatu berdekatan tempat gelas tersebut. Ubat tidur ?

“ Siapa punya pulak ubat tidur ni ? Ada orang dalam rumah ni yang susah nak tidur ke ? “ soal

Terbatal niatnya untuk minum air setelah menemui paket ubat itu.

Eh kejap ! Tetiba Faeeq teringatkan sesuatu. Sebelum dia memandu hari kemalangan tu , Faeeq ada minum satu air yang bibik ada buatkan. Air tu rasa lain sangat tapi ingat tak ada apa – apa so Faeeq main minum aje lah. Lepas tu dia drive bawa mama dengan papa jalan end up masa tengah drive tiba – tiba mata Faeeq kabur pastu dia rasa ngantuk sangat – sangat dan …...

Faeeq tersentak ! Aku kena sabotaj ?!

" Bibik !! " jerit Faeeq geram ! Bibik ni pun dari tadi tak nampak batang hidung. Makan gaji buta ke hape ?

Seketika muncul bibik Suri terkedek - kedek.

" Ya tuan. Maaf telat . Tadi bibik baru habis kerja di belakang " kata Suri.

" Saya nak tanya ni. Ni siapa punya bibik ? " kata Faeeq serious.

Bibik Suri kelihatan tercengang seolah - olah tak kenal dengan paket ubat tidur yang ditunjuk oleh Faeeq.

" Enggak tau tuan . Emangnya itu punya siapa ? "

Ehh bibik ni ! Aku tanya dia , dia tanya aku balik pehal ?

" Okay fine kalau bibik tak tahu . " kata Faeeq lalu beredar meninggalkan dapur bersama ubat tidur tersebut. Malas nak tanya bik Suri ni banyak - banyak . Dia ni bukan boleh. Aku tanya soalan di balas soalan pulak.

Suri hanya melihat kelibat Faeeq berlalu begitu saja.

" Aneh ya ? Sejak ketiadaan tuan besar sama puan besar ...kok anaknya jadi karya gitu sih ? " bebel Suri seorang diri.

------------------------

Beberapa hari kemudian ,  Thaqeef baru balik dari outstation. Ya selepas kepergian papa dan mama ,  Thaqeef yang mengambil alih syarikat.

My Destiny Love Where stories live. Discover now