" Assalamualaikum ....mama...." kata Faeeq.
Kelihatan ada seorang perempuan berumur dalam lingkungan 40 an sedang duduk di atas kerusi roda sambil melihat pemandangan di balkoni bilik tersebut.
Seketika Faeeq mendekati perempuan itu. Perempuan itu hanya duduk diam tidak bekutik. Faeeq melutut di sebelah kerusi roda mamanya iaitu Datin Suraya. 5 tahun lalu, Datin Suraya telah disahkan lumpuh hampir seluruh tubuhnya dan jugak percakapannya.
" Faeeq dah balik ni. Mama macam mana ? Sihat ? Kenapa mama tak tidur lagi ni ? " kata Faeeq sedih melihat keadaan mamanya yang tidak semakin membaik.
Suraya boleh mendengar apa yang orang cakap namun dia tidak terdaya membalasnya melainkan hanya jari telunjuk yang mampu digerakkan olehnya.
Kenapa ? Mama Faeeq ditempatkan di bilik yang agak rahsia daripada orang ? Sebenarnya ini semua keinginan Thaqeef abang kepada Faeeq. Setelah mendapat tahu bahawa mama mereka lumpuh, Thaqeef berasa malu ya amat. Maka dia menyembunyikan mamanya dari khalayak umum.
Namun begitu, apabila ada klien atau kawan - kawan mamanya bertanyakan soal Suraya , Thaqeef akan memberitahu bahawa mama mereka sekarang berada di Uk. Atas sebab ingi menyibukkan diri supaya tidak teringatkan arwah papa mereka.
Tak baik kan Thaqeef ni ? Mama kandung dia sendiri pun dia nak malu. Hanya semata - mata kerana darjat dan juga harta dia sanggup mengetepikan mamanya. Hanya Faeeq yang menjaga mamanya. Abangnya hanya mengupah nurse peribadi untuk menjaga mama mereka. Faeeq ada juga bertekak dengan abangnya soal mama mereka ditempatkan di bilik yang sebegini. Namun fahamkan saja lah. Abang Thaqeef takkan pernah nak dengar cakap orang lain.
" Mama .... Faeeq nak story something dengan mama.." luah Faeeq akhirnya.
Faeeq seketika duduk bersila di sebelah kerusi roda mamanya lalu meraih tangan mamanya.
" Hmmm Faeeq buntu mama...Faeeq tak tahu nak buat apa sekarang dengan perkahwinan Faeeq. Faeeq tak kuat mama. " kata Faeeq bersama mata yang berkaca.
Suraya hanya mampu berdiam. Tak dapat nak balas kata - kata Faeeq.
" Sampai bila maa ? Sampai bila Faeeq nak kena belakon seolah - olah Faeeq ni tak kenal Ungu ? Faeeq tak kuat maa . Bila setiap kali , Faeeq tengok Ungu nangis bila terkenangkan kenangan kami masa dalam koma tu. Faeeq pun rindu hubungan Faeeq dengan Ungu. Tapi..." kata Faeeq terhenti apabila dia mengesat air mata yang mulai turun saat ini. Arghhh akhirnya dia kalah dengan air matanya.
Macam mana Faeeq boleh mengalami mimpi yang sama dengan Ungu ? Ya sebab Faeeq juga koma selama 3 tahun macam Ungu. Cuma Ungu tersedar dari koma selepas 5 tahun. Mereka koma di hospital yang sama. Sedar - sedar aje dari koma, kebetulan Faeeq dan Ungu ditempatkan di ruangan yang sama cuma bilik saja bersebelahan. Sejak Faeeq sedar , dalam diam Faeeq mengikuti perkembangan Ungu yang masih koma semasa dia membuat fisioterapi.
" Tapi...Faeeq terpaksa buat semua ni sebab Faeeq nak Ungu selamat. Faeeq nak Ungu hidup. Faeeq nak lindungi Ungu dari abang Thaqeef. " kata Faeeq.
Ya, sebenarnya masa first Faeeq terjumpa dengan Ungu dekat hospital tempoh hari masa Ungu sedar dari koma yang sebenar tu, Faeeq juga mengenali Ungu. Faeeq terpaksa buat - buat tak kenal hanya kerana Faeeq tak nak rapat - rapat lagi dengan Ungu. Keakraban ni akan membahayakan Ungu bila Ungu dekat dengan abang Thaqeef.
Faeeq dah tekad untuk menjauhkan diri dari Ungu. Namun perancangan tuhan kita tak tahu. Faeeq tak sangka pulak yang papanya akan jodohkan dia dengan Ungu. Tak sangka pulak Ungu anak kawan papa.
" Hmmm kenapa papa kena buat wasiat macam tu maa ? Kalau tak mesti Faeeq dah batalkan perkahwinan ni " luah Faeeq lagi.
Hah ? Batalkan perkahwinan ? Kenapa Faeeq tak boleh nak buat semua tu pulak ?
YOU ARE READING
My Destiny Love
Teen FictionFAEEQ | UNGU Tubuhnya lama kaku selama 5 tahun kini sedar semula. Namun hidup selepas bangun semula ini telah merampas senyuman dan kebahagiaan seorang gadis bernama Ungu Mikayla apabila dia mendapat tahu bahawa semua nyawa familynya telah diragut d...