Bab 29

4.9K 331 14
                                    

Hari pertama permulaan kelas selepas cuti sem best lah jugak. Satu lagi ! Ungu dah tak duduk dorm. Sebab apa ? Yalah kan dah kahwin so ? Apa lagi duduk dengan suami lah.

Lagipun kaklong ada hadiahkan Ungu rumah yang dekat dengan UniKl. Kata kaklong tu hadiah untuk perkahwinan Ungu dengan Faeeq.

Alahai kaklong hmmm kaklong hadiah kan rumah banglo 2 tingkat untuk kami tinggal tak sampai 4 bulan lagi 😪 lepas ni rumah ni siapa pulak yang nak duduk ?

Hari pertama, Ungu pergi U sama - sama dengan Faeeq. Sampai aje U , still ada lah jugak pelajar yang kecam bila tengok Ungu jalan sama - sama dengan Faeeq. Namun, masa dekat rumah Faeeq dah pesan.

" Apa saja yang orang cakap , abaikan ! "

Macam tu lah yang Faeeq pesan.

Ungu mengikuti setiap kelasnya sehingga akhir dengan lancar. Tak ada lah pulak budak senior ke junior ke yang nak kacau apa semua. Elenaa pun tak kelihatan. Pergi mana entah minah tu ? Hahahaha lantaklah yang penting aku tak kena kecam ke apa. Ye idok ?

" Ungu...macam mana kehidupan hang selepas kahwin ni ? Best dak ? " tanya Qismina.

Setelah habis kelas apa semua sampai pukul 4 petang , Qismina dengan Ungu berborak sebentar sebelum balik. Lagipun Ungu nak kena tunggu Faeeq pulak. Kelas Faeeq habis pukul 4.30 katanya.

" Hmmm boleh lah Qis. Not bad " kata Ungu malas.

" Hahahaha not bad ? Biar betul hang ni ? "

" Yelah. Faeeq tu entah lah kejap baik sangat dengan aku, kejap tu kejam sangat dengan aku. Aku pun tak faham apa yang dia nak sebenarnya ..." luah Ungu.

" Hmmm ohh macam tu. Biasa lah rumah tangga ni ada bahagia dan ada sedih - sedih sikit. Hang hanya perlu tabah aje. Be strong ya. In shaa allah rumah tangga hang akan kekal. Percayalah." nasihat Qismina. Kalah orang yang dah kahwin.

Hahahah tak ada lah Ummi Qismina ni selalu nasihatkan Qismina tentang hal ini sebagai satu persediaan. So tak salah rasanya kalau dia sampaikan kat Ungu pulak kan ?

" Hmmm rumah tangga aku akan kekal ? Hahahahaha so funny. Kekal apanya kalau kahwin hanya berdasarkan kontrak ? Tinggal 4 bulan lagi aje nak runtuh..." desis hati Ungu sedih. Dia tak nak story dekat kawan - kawannya. Dia tak nak menyusahkan kawan - kawannya dengan kontrak yang tak masuk dek akal tu.

" Qis ! Jom balik bilik " laung Alana dari jauh dan sempat juga dia melambai - lambaikan tangan kepada Ungu sebagai tanda " Bye ! "

" Okay lah Ungu. Aku balik dulu tau. Hang ? Tunggu Faeeq ka ? " kata Qismina.

Ungu hanya mengangguk.

" Haah. Balik lah. Aku okay tunggu Faeeq dekat sini. " kata Ungu.

Seketika Qismina meninggalkan Ungu seorang diri situ. 10 minit telah berlalu. Jam ditangan Ungu sudah bergerak ke angka 4:40 petang. Batang hidung Faeeq masih tidak kelihatan. Hanya ada beberapa siswa dan siswi yang bergerak pulang.

" Hmm mana Faeeq ni ? " keluh Ungu.

Seketika Ungu membuka phonennya. Dia cuba call Faeeq. Namun hanya operator yang bersuara.

" Haish mana Faeeq ni ? Takkan dia tinggalkan aku kot ? " ngomel Ungu lalu bangun dan mula melangkah di setiap falkulti mencari Faeeq.

Mana lah tahu kot - kot boleh terserempak ke kan ?

Hampir setengah jam Ungu berjalan - jalan di sekitar falkulti mencari Faeeq namun hampa Faeeq tetap tak munculkan diri. Call jugak tidak di angkat. Whatsapp jugak tidak dibalas.

My Destiny Love Where stories live. Discover now