" Apa ?! Korang tinggalkan dia ?! Asal korang ni bodoh sangat hah ?! " tengking Thaqeef . Ya dia geram kerana orang suruhannya tidak cekap membuat kerja.
" Maaf boss sebab masa tu kitaorang dengar siren kereta polis sebab tu kitaorang terus cabut aje " jelas Fizo.
" Hahahahaha aku suruh buat kerja sikit tu pun tak reti ?! Aku suruh tangkap dia aje ! Yang kau pergi tikam dia tu pehal ?! " kata Thaqeef lagi.
" Sa..ya..tak..sen..gaja boss. Tertikam " kata Raizman pulak.
" Arghhh sudah keluar - keluar dari bilik aku sekarang !! " jerkah Thaqeef.
Terus orang suruhannya tergopoh gapah keluar dari bilik kerja Thaqeef.
Thaqeef mengetuk - ngetuk jarinya di atas meja. Mukanya memang dah macam singa saat ini. Dia bengang ! Sebab tak dapat nak tangkap Faeeq.
" Tunggu kau Faeeq ! Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing ! " kata Thaqeef seorang diri. Jelas sekali hati Thaqeef menyimpan terlalu banyak dendam terhadap Faeeq.
-------------------------
Sudah 2 hari Faeeq tak sedarkan diri. Hmmm Ungu dah suruh doktor datang check tapi still sama. Kenapa dia ni tak bangun - bangun hah ? Sampai bila nak tidur ?
" Ermm Ungu , makanan ni nak Mak Min masukkan balik dalam rumah ke ? " tanya Mak Min yang menatang dulang berisa bubur dan juga air suam.
" Ermm tak payah lah Mak Min...Mak Min boleh letak dekat meja tu . " suruh Ungu.
Seketika Pak Kasim munculkan diri. Mak Min pula beredar masuk ke rumah sebelah. Ada kerja yang nak dibuatnya.
" Ungu ... " panggil Pak Kasim..
" Hmmm ? "
" Ungu tak risau ke kalau lelaki ni orang jahat ke ? Perompak ke ? Atau dia ada motif jahat dekat Ungu ke ? "
Ungu diam seketika. Hmm tak mungkin lah lelaki depan dia ni orang jahat . Lagi pun nampak muka macam budak baik aje ? Tapi kalau dia baik kenapa dia kena tumbuk dengan orang ? Sampai kena tikam bagai ? Ni mesti ada something ni.
" Ungu ? " panggil Pak Kasim lagi setelah Ungu tidak memberi respon.
" Errr tak kot. Kita fikir positif sudah lah Pak Kasim " kata Ungu selamba.
Pak Kasim hanya mengangguk. Tetiba dia rasa macam nak buang air kecil pula.
" Err Ungu , Pak Kasim pergi toilet kejap ea ? "
Ungu hanya mengangguk. Setelah itu dia memerhati semula wajah tidur Faeeq.
" Hmm kenapa lah aku tak boleh nak baca isi hati dia hah ? Pelik ! Takkan ada golongan tertentu aje yang aku boleh dengar ? Tak rasanya semua aku boleh dengar . " desis hati Ungu.
Seketika Ungu menyelak rambutnya ke belakang telinga lalu dia mendekatkan telinganya ke bidang dada Faeeq . Dia nak sangat dengar isi hati Faeeq. Kot - kot lah Faeeq cakap pasal 2 orang yang tumbuk dia tu ke ?
Makin lama makin dekat telinga Ungu di bidang dada Faeeq . Sehinga tinggal seinci tiba - tiba.
" Ehem - ehem " Faeeq berdehem.
Tersentak Ungu dibuatnya. Dia terus mengangkat kepalanya memandang ke arah Faeeq .
Mata Ungu sedikit membulat. Dia dah sedar ? 😨
" Tak penat ke asyik teliti muka saya aje ? Saya tahu saya handsome. Pastu tadi macam nak tidur atas dada saya aje ? " usik Faeeq walaupun dalam keadaan lemah.
Blushing Ungu dibuatnya. What ?! Dia dah lama sedar lah maksudnya ?
Ungu terus bangun dan berdiri tegak.
YOU ARE READING
My Destiny Love
Teen FictionFAEEQ | UNGU Tubuhnya lama kaku selama 5 tahun kini sedar semula. Namun hidup selepas bangun semula ini telah merampas senyuman dan kebahagiaan seorang gadis bernama Ungu Mikayla apabila dia mendapat tahu bahawa semua nyawa familynya telah diragut d...