Datang aje U , Ungu telah digemparkan dengan berita hot ! Apa berita yang hot sangat tu ? Ya satu U kecoh akan berita Lee Faeeq hot guys UniKl dengan Elenaa Batrisya top girl U break up!😱 dan yang kecohnya sebab diaorang break up disebabkan Elenaa curang dengan lelaki lain dalam diam.
Setiap langkah Ungu hari ni ditemani dengan suara - suara orang yang sibuk bercerita tentang break up diantara Faeeq dengan Elenaa. Haish lah manusia asyik nak bercakap pasal orang aje 😌 hmmm tapi mana Faeeq ? Batang hidung tak nampak langsung ! Pelik ?
Frust menonggeng ke mamat tu ? Hmmm kalau betul lah dia frust sadis betul lah aku. Sebab apa ? Sebab baru break dengan girlfriend pun dia dah frust menonggeng. Habis kalau dia putus tunang dengan aku ? Mesti dia happy kan?
Tengah - tengah Ungu jalan tetiba dia terlanggar seseorang yang jalan arah bertentangan dengannya. Namun kali ni Ungu tak terjatuh.
" Sorry " ucap Ungu.
" Hmm "
Ungu mendongak. Eh ? Faeeq ? Panjang umur.
" Faeeq ..."
" Apa ? "
" Be....betul ke awak dengan ..."
" Kenapa ? Kau nak ketawa kan aku lah ni sebab break dengan Elenaa ? Ke kau happy sebab dah tak ada penghalang antar kau dengan aku ? " tembak Faeeq terus.
Ungu terkedu dengan tuduhan yang dilemparkan. Apa ni ? Aku cuba untuk tunjuk yang aku ni care pasal dia tapi dia salah anggap ?
" Apa awak ni ? Saya tanya aje kan ? Awak jangan tuduh saya ...."
Kata - kata Ungu terhenti apabila kedengaran suara Elenaa yang tiba - tiba muncul.
" Biy ! " panggil Elenaa yang mula mendekati posisi Faeeq dan Ungu sekarang ni.
Faeeq bertambah dingin melihat kehadiran gadis yang telah menipu dan curang dengannya.
" Biy maafkan I ...kita getback please biy ? " kata Elenaa gedik manja tanpa menghiraukan Ungu yang di situ.
Faeeq hanya memandang tajam ke arah Elenaa. Dia tidak memberi respon langsung. Seketika Elenaa ingin meraih tangan Faeeq namun cepat - cepat ditepis Faeeq.
" Biy ...please jangan buat I macam ni...I minta maaf , I janji I takkan curang lagi.." rayu Elenaa dengan air mata palsu nya. Letak eye mo aje lebih ni 😒
Dalam beberapa saat aje ada mata - mata yang memerhati adengan di antara Faeeq dan Elenaa yang menjadi perbualan mulut satu U.
Ungu jadi tak sedap hati pulak. Lebih baik aku chawww ! Kang aku kena sekali.
" Please biy ? "
Seketika Ungu ingin melangkah pergi untuk membiarkan Faeeq dan Elenaa selesaikan urusan diaorang sendiri. Malas nak masuk campur..
Zappppp ! Pergelangan tangan Ungu yang berlapik baju ditarik Faeeq. Ungu tidak jadi melangkah.
" Sorry Elenaa . You dah terlambat . I dah jumpa pengganti you. Jauh lebih baik dari you. So you move on aje lah ya ? " kata Faeeq selamba.
What ? Apa yang Faeeq cakap ni ? Gila ke weyhhh ? Semua orang tengok kot ? Dia cakap jangan bagitahu orang pasal pertunangan kami tapi kenapa dia yang kenalkan aku sebagai pengganti Elenaa ? Mampus aku ! Satu U kecam aku nanti.
" What biy ?! You gantikan tempat I dengan minah lembap ni ? What the... ? "
Faeeq tersenyum sinis.
" What ? Minah lembap you cakap ? Heyy this my girl ! My new girl and she is mine ! " kata Faeeq sengaja mahu mengapi - ngapikan Elenaa. Tubuh kecil Ungu dirangkul Faeeq.
YOU ARE READING
My Destiny Love
Teen FictionFAEEQ | UNGU Tubuhnya lama kaku selama 5 tahun kini sedar semula. Namun hidup selepas bangun semula ini telah merampas senyuman dan kebahagiaan seorang gadis bernama Ungu Mikayla apabila dia mendapat tahu bahawa semua nyawa familynya telah diragut d...