Bab 4

7K 473 21
                                    

" Asal aku tak boleh dengar isi hati dia ea ? " desis hati Ungu.

" Kenapa dengan dia ni ? Berhoodie bagai ? Senyum pun tak ? " desis hati Faeeq juga.

Seketika Ungu mengundur beberapa langkah ke belakang. Seakan - akan takut dengan Faeeq . Pelik ! Sangat pelik kenapa semua hati orang dia boleh baca tapi tidak berkesan langsung pada manusia di hadapannya sekarang ?

Faeeq terkejut dengan reaksi Ungu.

" Errr Cik okay ke ? Kenapa Cik mengundur ? " tanya Faeeq gugup. Takut perempuan ni gila agaknya. Tu nampak lain macam..

Unggu terus menoleh dan beredar dari situ. Faeeq tidak mengejar dibiarkan saja Ungu berlalu pergi.

" Kenapa dia macam takut aje dengan aku ? Aku nampak macam hantu ke ? Handsome kot aku ? Belum pernah mana - mana perempuan yang menjauh dari aku. Gila kot perempuan tu ? " ngomel Faeeq seorang diri.

Seketika Faeeq menoleh ke belakang . Baru dia ingat apa motifnya lari - lari sampai terlanggar orang. Sebenarnya Faeeq tengah melarikan diri daripada orang - orang suruhan abangnya. Sejak pertelingkahan tadi tengah hari dengan abangnya. Abang Thaqeef bertekad nak kurung dia sehingga umurnya mencapai 23 tahun. Sebab apa ? Sebab umur 23 tahun lah baru semua harta Faeeq diserahkan.

Pastu abangnya jugak takut kalau Faeeq melaporkan tentang kes mama dan papanya kepada pihak polis. Ya Faeeq tahu sesuatu akan kemalangan papa dan mamanya. Semua tu dah dirancang oleh abangnya.

Dia tahu semua itu melalui apa yang dia lihat semasa dia menyentuh bahu abangnya tempoh hari...

Faeeq dapat melihat abangnya pergi melawat papa dan mamanya yang terbaring sakit di atas katil di sebuah bilik yang Faeeq sendiri tidak tahu di mana. Hmm alhamdulillah mama dengan papa masih hidup. Dia tak sangka yang abang kandungnya sendiri sanggup buat semua ni semata - mata demi harta ! 😪💔

" Tuan Faeeq ! " jerit salah satu orang suruhan Thaqeef yang bernama Raizman.

Raizman dan kawannya seorang lagi yang bernama Fizo sedang mengejarnya lagi di belakang . Arghhhhh diaorang ada lagi ! Faeeq meneruskan lariannya semula !

---------------------------

Tak sangka pula Ungu berdekatan Tasik di situ ada buka pasar malam. Memandangkan sekarang dah pukul 6 petang so ramailah yang pergi pasar malam.

Tiba - tiba Ungu teringin nak makan kebab ayam. Hmm selalu mama atau papa yang beli kebab ayam untuknya bila pergi pasar malam.

Hah ? Orang kaya pun pergi pasar malam ke ? Ya lah . Mama dan papa tak pernah rasa kekok pergi pasar malam. Sebab apa ? Sebab mama dengan papa tak macam orang kaya lain . Yang hanya memandang kemewahan dan darjat semata - mata. Mama ngan papa juga selalu mengajar kami adik beradik untuk hidup susah. Untuk hidup macam orang lain.

Perut juga sudah berbunyi minta di isi. Sepantasnya Ungu mencari gerai yang menjual kebab ayam. Hanya beberapa tapak saja , Ungu telah menjumpainya. Ungu pun beli lah kebab ayam.

Setelah kebab ayam itu siap , Ungu terus membuka balutannya lalu ngapp ! Hahahaha sambil berjalan - jalan mencuci mata melihat makanan - makanan lain , mulut juga tidak berhenti membuat kerja mengunyah kebab ayam ! Serious sedap gila namateyyy 😭❤

Sambil berjalan dan makan kebab tu . Banyak jugak lah isi hati orang yang duk beli kat pasar malam tu. Bermacam - macam jenis isi hati orang antaranya ...

' Haish lama betul lah nak beli chicken wing ni pun '

' Heee abang yang jual murtabak tu handsome lah '

' Aduh lupa pulak tadi mak aku suruh beli apa lagi ea ? '

Lebih kurang macam tu lah isi hati - isi hati orang yang Ungu dengar tapi hanya ada satu yang menarik perhatiannya.

My Destiny Love Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ