Bab 24

4.6K 322 12
                                    

Ungu mengekori setiap langkah Faeeq sejak dari tadi. Itu membuatkan Faeeq rasa rimas. Dia menoleh memandang tepat ke wajah isterinya itu.

" Kau ni kenapa ? Asyik ikut aku aje ? Rimas tau tak ? " bebel Faeeq.

" Hmmm awak nak bawa saya pergi mana yang honeymoon tu ? " tanya Ungu.

Faeeq diam sejenak. Dia menghembus nafas panjang.

" Ada lah. Kau tak perlu tahu " kata Faeeq selamba lalu mula membelangkangi Ungu.

" Tapi awak tak bincang apa - apa pun dengan saya ? " balas Ungu lagi.

Faeeq tidak menyahut soalan daripada Ungu itu. Dia terus beredar masuk ke dalam bilik air.

Hish dia ni suka main teka teki lah dengan aku ! By the way Ungu dengan Faeeq tak ada kelas ke ? Tak ! Kebetulan weeding diaorang masa cuti sem 🙈💘

" Hmm Faeeq nak bawak aku honeymoon ? Serious lah dia dah cari location ? " desis hati Ungu.

Dalam 5 minit macam tu baru Faeeq keluar dari toilet. Entah apa yang dia buat dalam toilet tu pun tak tahu lah.

" Ermm...pack barang kau " kata Faeeq tetiba.

Ungu berpaling menghadap Faeeq kerana sejak dari tadi dia asyik melihat pemandangan di luar tingkap bilik Faeeq.

" Pack barang ? Kenapa pulak ? " tanya Ungu pelik.

Hmmm Faeeq dah nak halau aku ke hape ? Ke dia nak ceraikan aku dah ? Aduhh baru aje kahwin semalam kot takkan dah kena jadi janda ? 😭

" Esok kita bertolak pergi honeymoon " kata Faeeq seraya mengeluarkan beg travelnya yang tersimpan rapi di dalam almari.

Ungu tayang muka pelik. Biar betul mamat ni ? Cepatnya nak pergi ? Ke mana sebenarnya destinasi Faeeq ni ?

" Awak serious esok kita nak pergi honeymoon ? " tanya Ungu inginkan kepastian.

" Ermmm "

" Awalnya ? "

" Kau ni banyak tanya lah...kita kena pergi awal sebab cuti sem bukannya lama mana. Hmmm nanti kang kalau aku tak bawa kau pergi honeymoon, orang - orang sibuk tanya tak pergi honeymoon ke ? Arghh.." bebel Faeeq sambil tangannya ligat menyusun pakaian yang hendak di bawaknya.

Tetiba perbuatan Faeeq terhenti apabila Ungu menyetuh tangan Faeeq.

" Biar saya packkan " tawar Ungu. Heeee seorang isteri kena lah bantu suaminya. Tak gitu ?

Faeeq menjauhkan tangannya dari disentuh Ungu. Seketika dia berundur 2 tapak menjauhi Ungu.

" Errr hah pack lah. Betul jugak kan ? Buat apa ada isteri tapi tak tolong packkan barang suami ? " kata Faeeq.

Ungu hanya mempamerkan senyuman kepada Faeeq. Jantung Faeeq berdengup kencang 😳

" Ermm awak ...kita nak pergi berapa hari ? " tanya Ungu sambil menyusun baju- baju Faeeq di dalam beg.

" 3 hari " kata Faeeq yang sibuk duk scroll ig.

" Ermm pergi mana ? " tanya Ungu cuba memerangkap Faeeq. Tumpang dia duk kusyuk dengan phonenya. Kot - kot lah kan terlepas cakap ke ?

" Ish kau ni ...kan aku dah kata jangan banyak tanya " bebel Faeeq. Faeeq tidak masuk perangkap Ungu lah pulak.

" Errrr takpa ! Saya dah tahu dah nak pergi mana " kata Ungu spontan.

Faeeq mengalihkan pandangannya dari screen phone ke arah Ungu.

" Nak pergi mana ? " tanya Faeeq serious.

My Destiny Love Where stories live. Discover now