Bab 20

4.9K 368 12
                                    

Kemunculan seseorang memang menggugat kesabaran Ungu Mikayla. Haish kenapa? Dalam banyak - banyak U kenapa kena masuk Unikl ni jugak haish. 🙀

Hari ni Alana tak masuk kelas sebab dia tak sihat. So berdua aje lah Ungu dengan Alysa. Hmmm kelihatan lect tak masuk lagi.

" Ermm Ungu.. Aku mahu ke toilet bentar ya? " kata Alysa.

" Nak saya teman ke? "

" Eh enggak usah. Aku bisa pergi sendiri kok... "

Ungu hanya mengangguk. Seketika tinggallah Ungu bersendirian di dalam dewan kuliah bersama pelajar - pelajar yang lain.

Ungu membelek - belek buku rujukannya. Dia ada mengulang kaji sedikit. Tetiba ada satu suara menegur Ungu.

" Cik.. Tempat sini kosong tak? Boleh saya duduk? "

" Tempat ni... dah... Ad...a " kata - kata Ungu tergantung apabila dia mendongak memandang orang itu.

What? Apa dia buat kat sini? Ishhhhh! Masalah dah datang 😧

Iman Irfan mempamerkan senyuman manisnya yang mampu mencairkan setiap hati perempuan yang melihatnya tapi tidak pada Ungu Mikayla.

" Kau buat apa kat sini Lipan? " tanya Ungu.

Hahahahahahaha Lipan? Ya Ungu dari dulu memang suka panggil Irfan dengan panggilan Lipan. Siapa Iman Irfan ni?

Actually Iman Irfan ni adalah sepupu Ungu. Anak kepada paklong Ungu yang sedang membantu kaklongnya di syarikat papa.
Ungu tak suka dengan Irfan sebab Irfan ni dari kecil suka buli dia. Buat dia menangis. Pastu Irfan ni pulak suka jugak cari pasal dengan dia. Arghhh memang serabutlah kalau bersama dengan lipan ni! 😭

" Errr maaf ya. Ini tempat aku.. "

Kemunculan Alysa menyelamatkan Ungu. Seketika Irfan mengangguk lalu memberi laluan untuk Alysa duduk dan dia pula berlalu pergi mencari tempat lain. Sebelum tu sempat lagi dia berpesan kepada Ungu.

" Jumpa nanti ya "

Ungu hanya mencebik. Tak nak aku jumpa dia! Menyakitkan hati aje 😧

Setelah Irfan beredar, Alysa memandang ke arah Ungu.

" Kamu kenal sama dia? Siapa tu? Aku enggak pernah lihat sebelum ini. "

" Hmm kenal. Tu sepupu saya. Sepupu annoying saya. "

Alysa mengangguk bersama ketawa kecil.

------------

Ungu jadi tak selesa pulak bila setiap langkahnya diikuti langkah seseorang. Bila Ungu jalan perlahan, orang tu pun jalan perlahan. Bila Ungu jalan laju, dia pun jalan laju. Hish rimas! Ungu terus menoleh memandang tajam ke arah orang itu.

" Kau ni dah kenapa Lipan? Jangan ikut aku boleh tak? " marah Ungu.

Irfan pamer wajah bersahaja. Sikit pun tak berganjak.

" Kenapa? " tanya dia perlahan.

" Kenapa apa pulak? " tanya Ungu pelik.

" Kenapa kau tunang tak tunggu aku? " tanya Irfan lemah.

Ungu tersentak.

" Kau tahu kan yang aku suka kau? Kenapa kau bertunang dengan orang lain? " kata Irfan serious.

Ya Iman Irfan dah lama simpan perasaan terhadap Ungu Mikayla.Walaupun dia selalu mengusik, buat nangis Ungu tapi dari kecik - kecik lagi dia mempunyai angan - angan ingin bersama dan memiliki Ungu. Namun apabila dia tinggal bersama mamanya di luar negara dan study dekat sana dia dah jauh dari Ungu. Masa dapat tahu yang family Ungu kemalangan dia hanya berharap Ungu baik - baik saja. Apabila papanya iaitu paklong Ungu nak balik semula ke Malaysia dia ingin sekali ikut namun dihalang mamanya.

My Destiny Love Where stories live. Discover now