Bab 30

5.1K 338 6
                                    

Faeeq mundar mandir di hadapan bilik kecemasan. Hatinya rasa tidak tenang memikirkan keadaan Ungu. Ya Allah , macam mana aku tak teringat langsung yang aku tak tinggalkan kunci rumah ? Hmm kalau jadi apa - apa dekat Ungu , aku takkan maafkan diri aku.

" Encik Faeeq ? "

Apabila namanya dipanggil saja, dia terus menerpa ke arah doktor yang bertugas.

" Doktor macam mana keadaan isteri saya ? " tanya Faeeq risau.

" Alhamdulillah. Dia tak ada apa - apa . Cuma dia demam sedikit saja dan perutnya juga gastrik. Mungkin disebabkan terlalu lambat makan barangkali. " jelas doktor.

Faeeq menghembus nafas berat. Hmmm kau memang bodoh Faeeq. Kesian Ungu.

" Encik Faeeq jangan lah risau ya. Kejap lagi Puan Ungu akan dipindahkan ke wad personal. Encik boleh melawat dia kejap lagi. Ok lah kalau tak ada apa - apa , saya beredar dulu ya..." kata doktor itu lagi.

Faeeq mengangguk kecil.

" Terima kaseh ya doktor " ucap Faeeq.

" Sama - sama " kata doktor lalu beredar.

5 minit kemudian, Ungu telah siap dipindahkan ke wad personal. Ungu masih tidak sedarkan diri lagi. Faeeq masuk ke dalam wad tersebut. Dilihatnya Ungu yang terbaring lemah di atas katil.

Tetiba dia teringatkan gambar yang dihantar Elenaa.

" Hmm betul ke Ungu berpelukan dengan Eijaz tu ? " desis hati Faeeq sambil memerhati wajah Ungu yang tertidur lesu.

Seketika Faeeq duduk di kerusi yang disediakan bersebelahan dengan katil Ungu. Tangan Ungu diraih.

" Ungu ...maafkan Faeeq. Faeeq masih keliru dengan gambar tu. Faeeq...takut kalau gambar tu yang akan rosakkan hubungan kita " monolog Faeeq hanya di dalam hati.

Faeeq mengusap lembut tangan Ungu. Hmm keadaan Ungu sekarang, tidak diberitahu kepada ahli keluarga yang lain. Takut mereka risau aje.

" Er...Faeeq....sam..sampai...hati..awak..." kata Ungu tiba - tiba mengigau dalam pengsannya.

Faeeq tersentak.

" Ke...napa..Elenaa..cium...pipi awak..." kata Ungu lagi bersama sedikit air mata yang mengalir dari tepi matanya.

Tangan Faeeq digenggam erat oleh Ungu yang tidak sedarkan diri itu seakan - akan tidak mahu lepas.

" Macam mana Ungu boleh tahu pasal tu ? Kejao ..."

Tangan kanan masih tidak lepas dari pegangan tangan Ungu, maka Faeeq menggunakan satu lagi tangan untuk mengeluarkan phone milik Ungu dari poket seluarnya. Faeeq sempat ambil phone Ungu yang ada di dalam pegangan Ungu semasa pengsan.

Faeeq terus menekan butang tengah pada phone dan alangkah terkejutnya apabila terpapar gambar Elenaa yang mencium pipinya di cafe tadi. Faeeq melihat satu lagi gambar yang Elenaa memeluknya juga.

" Ya Allah apa semua ni ? " desis hati Faeeq.

Faeeq cuba mencernakan semuanya. First Elenaa hantarkan gambar Ungu yang berpelukan dengan Eijaz. Pastu ada orang hantar gambar Elenaa yang cium pipi aku dekat Ungu. Ok ! Aku dah tahu apa motif semua ni. Damn ! Diaorang ni memang nak rosakkan relay aku dengan Ungu !

Faeeq mengenggam tangan Ungu erat kembali. Ditatap wajah Ungu dalam - dalam.

" Ungu kuat ya ? Faeeq akan settlekan semua ni " ucap Faeeq perlahan.

------------------

Keesokkan harinya, tengah best - best berborak tetiba wajah handsome Eijaz ditumbuk Faeeq.

My Destiny Love Where stories live. Discover now